Saturday, February 13, 2010

17 Februari 2010: Kali Ini Bukan Anwar Minta Tangguh Sodomy II Tapi Minta Digugurkan

Anwar melalui Karpal Singh berhujah bahawa bersandarkan kepada 3 laporan doktor bahawa tidak terdapat penetarsi atau tusukan ke lubang dubur Saiful. Kerana itu Karpal mohon agar sodomy II digugurkan.

Namun seperti yang diterangkan oleh peguam cara II Mohammad Yusof Zainal Abiden,pada hari pertama sodomy II pada 3 Februari lalu,memang air mani yang disedut daripada dubur Saiful adalah air mani kepunyaan Anwar. Mohammd Yusof berhujah bahawa pakar kimia, forensik dan doktor perubatan yang menjalankan analisis terhadap Saiful mengsahkan bahawa Air Mani itu memang daripada air mani Anwar.

Dalam hujah balas Mohammad Yusof semalam, bagi mengetepikan hujah Karpal yang bersandarkan kepada laporan doktor, MY berkata, laporan itu hanya merupakan kolaborasi dan belum boleh menyatakan keadaan sebenar sehinggalah doktor berkenaan memberi keterangan di dalam mahkamah.

MY berhujah bahawa mahkamah rayuan tidak sepatutnya memberi kebenaran kepada kepada Anwar kerana ianya merupakan "abuse" kepada proses mahkamah yang berpaksi kepada keadilan, yakni "innocence until proven gulity".

Rayuan Anwar untuk menggugurkan sodomy II akan didengar 3 panel hakim, yaitu YA Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaimad Daud dan Datuk Azhar@ Izhar Ma'ah.

Sodomy II adalah tuduhan kepada Anwar yang dikatakan meliwat pembantunya Saiful Azlan Bukhari pada 26 Jun 2008, disebuah kondominum di Bukit Damansara.

Sementara itu, YA Mohammad Zabidin Mohd Diah Hakim Sodomy II akan membuat keputusan pada 18 Februari, samaada melucutkan dirinya daripada mendengar kes ini.

No comments:

Blog Archive