Inkues kematian Teoh Beng Hock sudah masuk hari ke-25, namun bayangan kenapa Teoh Beng Hock Mati, apa kah kerana bunuh diri, kemalangan atau dibunuh.
Hari ini Timbalan Pengarah SPRM Selangor mengatakan bahawa kematian Teoh Beng Hock tiada kena mengena dengan sprm. Alasanya adalah Teoh Beng Hock bukan di bawah kawalan sprm lagi, kerana TBH telah dibenarkan pulang sebaik sahaja selesai merakamkan percakapannya pada pukul 3.45 pagi 16 Julai lalu. Lagipun tambah Timbalan pengarah itu, Teoh Beng Hock dijumpai mati bukan dalam kawasan pejabat sprm. Untuk rekod Teoh Beng Hock dijumpai di luar tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam.
Kenyataan Timbalan pengarah sprm ini sungguh mengelirukan, kerana selama inkues permasalahan utama adalah pada tingkap terbuka dan kebetulan tingkap tersebut berada di tingkat 14 di mana pejabat sprm terletak.
Kenyataan Timbalan pengarah sprm Selangor tersebut seolah-olah mengelak, bahawa TBH bukannya jatuh dari tingkap Tingkat 14 Plaza Masalam.
Kenyataan Timbalan pengarah sprm ini bercanggah dengan kenyataan beberapa saksi sebelum ini, bahawa TBH masih berada dalam pejabat sprm sehingga pukul 5.30 pagi 16 Julai.
Bedah siasat mayat TBH,pakar pathologi mengatakan bahawa TBH diperkirakan mati kurang 36 jam di saat dibedah siasat pada pukul 12 tengah hari 17 julai 2009.
Jika Teoh Beng Hock mati dibunuh di tempat lain, sudah tentu rakaman cctv Teoh Beng hock keluar pejabat sprm sudah tentunya terakam. Untuk rekod rakaman cctv menunjukkan bahawa TBH tidak pernah keluar dari pejabat sprm.
Kenyataan Timbalan pengarah sprm ini juga sungguh mengelirukan apabila mengatakan, dia melarang bawahannya membuat laporan polis apabila diberitahu tentang penemuan mayat TBH pada jam 2 petang 16 julai. Sebagai rekod TBH adalah saksi utama kes penipuan wang peruntukan untuk DUN Sri Kembangan.
Sesuatu yang aneh dan sukar dipercaya, bahawa sebagai timbalan pengarah, apabila diberitahu bahawa saksi utama dijumpai mati, tidak berusaha menghubungi polis atau keluarganya memberitahu tentang penemuan tersebut. Terbayang bahawa timbalan pengarah ini tidak mempunyai sifat prihatin dan kemanusian.
Sifat timbalan pengarah ini seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu, namun dalam inkues ini sesuatu yang aneh dan ganjil itu akan terungkai. Satu Persoalan.. betul kah Timbalan pengarah ini tidak tahu apa-apa mengenai TBH?

No comments:
Post a Comment