Mohd Anuar Ismail memberitahu inkues bahawa beliau telah diberitahu oleh seorang pegawai sprm lain, yakni Bulkani Paharudin, bahawa pada kira-kira pukul 2 pagi 16 julai Tan Boon Hwa ada bertengkar dengan Teoh Beng Hock di tandas.Namun keterangan Mohd Anuar ini disangkal oleh Mohd Najeib. Menurut Najieb bahawa beliau tidak mendengar apa-apa pertengkaran pada pukul 2 pagi, kerana masa itu keadaan cukup senyap. Keterangan Najieb ini bagi menjawab soalan peguam keluarga TBH Gobin Singh Deo.
Keterangan Najieb ini diperkuat oleh Mohd Asharf dengan menjelaskan bahawa pada masa itu keadaan cukup senyap di pejabat sprm.
Mohd Anuar sebagai penyiasat kes membabitkan peruntukan tahunan YB Seri Kembangan Ean Yong Hin Wah mengaku bahawa beliau telah ketiduran semasa perakaman percakapan TBH sedang dibuat.
Sementara itu Mohd Asharf juga memberitahu inkues bahawa keadaan TBH setelah selesai perakaman percakapannya adalah biasa-biasa sahaja, malah sempat meminta air kira-kira pukul 4.45 pagi 16 julai.
Semasa memberikan air, Mohd Asharf tidak melihat siapa-siapa berada dalam ruang pejabat sprm di mana TBH lepak.
Semasa inkues Pegawai yang ditugaskan menyiasat TBH Mohd Anuar memberitahu bahawa beliau terbangun tidur pada 8.30 pagi 16 julai. Kira-kira pukul 9 pagi 16 julai, beliau ternampak beg TBH terletak di sofa di mana TBH berbaring.
Mohd Anuar menganggap, bahawa TBH tertinggal beg tersebut dan akan mengambilnya semula apabila TBH datang semula ke pejabat sprm untuk menyerah dokumen yang diminta kepadanya.
Mohd Anuar juga dalam keterangannya memberitahu bahawa semasa dijumpai mayat TBH di tingkat 5 bangunan Plaza Masalam, beliau tidak langsung membuat laporan polis sebaliknya ke Putrajaya untuk meminta arahan baru. Beliau juga beranggapan bahawa ada pegawai lain yang akan buat laporan polis, kerana pada masa itu, beliau menyaksikan ramai pegawai sprm berkumpul di mana mayat TBH dijumpai.
Mohd Anuar adalah pegawai yang ditugaskan menyiasat TBH, sepatutnya beliaulah yang bertanggungjawab, akan tetapi kerja-kerja rakaman percakapan dilakukan oleh orang lain, malah laporan polis pun terpaksa meminta arahan daripada pegawai atasannya.
TBH adalah saksi utama sprm dalam kes membabitkan peruntukan tahunan DUN Seri kembangan, sepatutnya pegawai yang ditugaskan tidak membiarkan TBH terabah-rabah, sehingga apa kelibatnya kurang diketahui oleh Mohd Anuar Ismail.
Apakah ada sesuatu faktor yang tersembuyi sehinggakan Mohd Anuar berbuat demikian. Tergantung kepada daya teori dan hujah Gobind Singh Deo untuk merungkainya.

No comments:
Post a Comment