Thursday, February 12, 2015

Kalau Najib Letak Jawatan- Boleh Kah Bn Kembali Kuat?

KALAU Dato Seri Najib Tun Razak letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, boleh kah Barisan Nasional (Bn) kembali kuat? Satu pertanyaan yang perlu dijawab oleh setiap pemimpin Umno dan Bn serta penyokong UBN di semua peringkat.

Tun Abdullah Badawi meletakan jawatan pada 2 April 2009, kerana diminta bertanggungjawab kepada kegagalan UBN mempertahankan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat. Selepas itu, Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April tahun yang sama, dan kemudian mengetuai UBN pada PRU-13.

Semua orang tahu, walaupun UBN membentuk kerajaan pusat, namun jumlah kerusi tahun 2008 berkurang 7, daripada 140 ke 133. Dan untuk pertama kali, undi popular UBN dirampas pembangkang. UBN hanya mendapat 47 peratus undi popular, manakala PR 52 peratus. Kalau sistem demokrasi Indonesia, UBN sudah kehilangan kerajaan. Oleh kerana sistem demokrasi negara berasaskan jumlah kerusi, maka parti-parti mana yang mempunyai banyak kerusi itulah pememang, bukannya berasas kepada undi popular.

Sejak hujung tahun lepas, Najib mendapat kritikan daripada mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir Mohammad, daripada mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, malah daripada mantan Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddun Maidin. Juga, secara konsisten kritikan kepada Najib datangnya daripada wartawan veteran A Kadir Jasin, dan Yahya Ismail. Itu semua daripada lingkaran pemimpin melayu, tidak termasuk daripada pembangkang, yang mempergunakan kritikan para individu yang disebutkan, menambah rempah ratus, membakar, mengipas dan semua serapah agar kedengaran, bahawa Najib ada seorang pemimpin yang tidak diperlukan.

Terbaru, malah Tun Dr Mahathir berkata, jika beliau masih Perdana Menteri, tindakan pertama beliau menjawab semua kritikan, adalah meletakkan jawatan.

Najib diselebungi berbagai masalah peribadi mahupun pentadbiran. Masalah peribadi dikaitkan dengan tingkah isteri beliau Datin Rosmah Mansor, yang menampakan tindakan isteri Perdana Menteri sebagai control master kepada suaminya. Masalah pentadbiran pula dikaitkan dengan isu 1MDB, yang kini sudah menjadi isu kontraversi, hampir 200 kali ganda teruk berbanding NFC.

Memang Najib dalam pendekatan, sangat murah hati mempergunakan kewangan negara, sebagai contoh kerana bencana banjir baru-baru, beliau telah mengumumkan RM500 juta untuk membantu mangsa banjir secara langsung, RM800 juta untuk pembaikan infrastruktutur dan bantuan-bantuan lain.Demikian juga 4 tahun lalu, beliau memperkenalkan Bantuan kewangan 1Malaysia (BRIM), dan yang terbaru menurunkan tarif litrik, ekoran penurun harga minyak.

Secara jangka pendek, memang kelihatan pendekatan Perdana Menteri mahu membantu rakyat, Akan tetapi selama mana bantuan itu? atau sekerap mana?

Rakyat perlukan satu polisi yang mapan untuk berdepan dengan fenomena perekonomian dunia, sepertimana pendekatan Tun Abdullah yang memperkenalkan berbagai koridor, program pembasmian kemiskinan melalui projek Agropolitan, manakala Najib hanya memperkenalkan NKRA dan KPI yang lebih mengarahkan kepada pelaksana, bukannya kepada sasaran utama, iaitu rakyat jelata.

Program NKRA hanya melibatkan para pelaksana, demikian juga KPI tertunpu kepada pelaksana. Apa yang rakyat mahu, adalah satu kebijakan yang membuatkan rakyat mudah mendapatkan pendapatan, demi berdepan dengan sara hidup yang semakin meningkat.

Jika peluang pekerajaan semakin banyak, rakyat tidak akan mengeluh berkaitan dengan harga barangan yang tidak turun-turun, walaupun harga minyak telah turun.

Persoalannya sekarang, desakan demi desakan agar Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan, jika ianya berlaku, boleh kah dalam tempoh masa 3 tahun, penggantinya boleh mengubah keadaan? atau kah keadaan akan semakin buruk? kerana damage has been done.

Melihat keadaan semasa, siapapun Perdana Menteri, akan berdepan dengan keadaan yang bercelaru, tiada seorangpun boleh menyelamatkan keadaan. Fikir-fikirkan lah

7 comments:

Anonymous said...

1. The answer is YES

2. The new PM must be people oriented, not rhetorical, firm and not flip glop, knows who put him up the throne, not compromising tax payers' money etc.

3. Heed thr advice of veterans but not necessarily gollowing blindly. Do somr modification.

4. Say NO to ball carriers and avoid excessive decorums JANGAN SUKA DIPUJI

5. Listen less to unqualified advisors and stay on course.

6. Disband PEMANDU, cancel 1MDB, bring back ISA, enhanced Sedition Act, stop BRIM and decline TPPA and many unnecesary initiatives by najib.

Insyallah.....umno n bn akan jadi kuat

Anonymous said...

Boleh... Terlalu banyak yang boleh dilakukan... Syaratnya Ah Jib Gor kena turun.. Tun M tahu benda dia nak buat..

Anonymous said...

Insyaallah mesti ada orang, alhamdulillah kalau Najib turun, sudah banyak kesilapan berlaku harap jangan menyusahkan lagi rakyat.

Anonymous said...

Perkhidmatan PM Najib makin cmerlang,TM akan gigit jari tengok Najib kian mendapt tempat di hati rakyat dan juga di mata dunia.Perekembangan ekonomi meningkat di luar jangkaan.Orang Cina terus membena kekukuhan ekonomi, dan kekayaan,orang Melayu masih terus orang itu tak bagus ,orang ini tak baik,kerja tetap kurang.Bila susah salahkan orang lain.TM salahkan Najib beri BR1M,kerana najib tak beri projek mega pada bekas keroni TM.

Aku lebih selesa di zaman PM Najib berbanding di zaman TM,kerana sebagai peniaga aku rasa berniaga di zaman Najib lebih mudah dan selesa berbanding di zaman Tun.Melabur di pasaran saham pun lebih stabil walau pun dalam keadaan ekonomi dunia tak menentu,berbanding di zaman Tun DZ selalu manipulasi pasaran utk wang kopi beliau.

Anonymous said...

Sapa berani bagi guarantee?

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Anon 22.49.....

1. Harap anda berjaya dengan keangkuhan anda. Jadilah pro najib....tapi jangan menyesal

2. TDM ke TDZ ke bukan baik sangat pun tapi veteran2 yang telah melonjak negara from ZERO to HERO.....and proven to withstand any onslaught.

3. I am not a fan of both but being practical so far the best albeit shortcomings here and there. There are many successful people including YOU who had benefitted from their leadership

4. What they have built for malaysia were literally destroyed by pak lah and najib

5. In any case, anon 22.49 all the best of luck. Sesal dahulu pendapatan....sesal kemudian tidak berguna....

WALLAHU'AKLAM

Blog Archive