Latest News

Zamani: Patutlah Kurus Kering Terlibat Dadah Jenis Heroin dan Syabu

Rabu di Ampang, Bekas vokalis kumpulan popular Slam, Zamani ditahan bersama seorang wanita selepas ujian air kencingnya disahkan positif dadah jenis heroin dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat pada awal pagi.

Penyanyi Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 43, ditahan polis pada pukul 12.30 tengah malam bersama wanita berusia 33 tahun selepas serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Polis turut menjumpai satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram di atas tilam di dalam bilik tidur kediaman berkenaan.

Penyanyi dan wanita itu ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Dalam soal siasat awal Zamani mengaku terlibat pengambilan dadah jenis herion dan syabu sejak 10 tahun lalu.

1 Response to "Zamani: Patutlah Kurus Kering Terlibat Dadah Jenis Heroin dan Syabu"

Anonymous said...

aku dah agak dah..aku syak dr dulu lg..rupa mcm penagih...x salah tekaan aku.
inilah realiti artis kita..klu x terlibat dgn dadah..x boleh maju ke?
sedih sgt bila bangsa melayu jd mcm ni..
lu pikirlah sendiri...

Blog Archive