APAKAH Anwar kekal bebas? atau perlu kembali ke penjara. 10 Februari ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan bagi memberi keputusan rayuan penjara 5 tahun yang dijatuhkan kepada Ketua Pembangkang itu pada 7 Mac 2014.
Sekiranya didapati bersalah, Anwar, 67, terpaksa melepaskan kerusi Parlimen yang disandangnya kini berdasarkan artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.
Dalam rayuannya, Anwar meminta Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan Mahkamah Rayuan selepas ia membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi untuk membebaskannya.
Prosiding pendengaran rayuan terakhir kes liwat Anwar diadakan pada 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu.
Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
1 comment:
Bagilah dia berehat semula, dah 10 tahun tak rehat, mungkin dalam rehatnya dia boleh ingat semula kat mana jam omeganya disimpan.
Post a Comment