PADA Ahad pagi, 25 Januari 2015, satu operasi membunuh Marwan atau Zulkifli Hir dijalankan oleh Polis Filipina secara bersendirian.
Jumlah anggota polis yang terlibat seramai 392 setara komando yang mendapat latihan daripada askar Amerika. Pasukan polis itu berpecah kepada beberapa kumpulan, memasuki satu kawasan yang dipercayai tempat Marwan bersembunyi di Kampong Tukanalipao, Pekan Mamasapano, Propinsi Maguindanao.
Operasi yang membawa kod Oplan Woiverine hanya memerlukan 30 minit sepertimana perancangan Philippiens National Police (PNP).
Operasi itu tersangat penting kepada PNP, kerana Marwan adalah Osama Ben Ladennya Asia Tenggara, malah kepalanya bernilai USD6juta yang ditawarkan kerajaan Amerika.
Marwan atau Zulkifli Hir seorang pakar pembuat bom kelahiran Johor dan mendapat latihan dariapa Jemaah islamiah Indonesia.
Sejak tahun 2010, perburuhan terhadap Marwan dilakukan. Hanya tahun 2011, ianya menjadi perburuhan rasmi PNP dan Kerajaan Filipina.
Kira-kira pukul 4.20 pagi, pasukan komando PNP berjaya memasuki sebuah kawasan dimana terdapat sebuah rumah nipah, dan didalamnya Marwan sedang tidur. Pada pukul 4.30 pagi, target terbangun, lalu ditembak dengan tepat. Salah seorang anggota komando PNP sempat mengambil darah target untuk ujian DNA, namun pasukan memutuskan untuk membawa keluar mangsa.
Dalam proses keluar itulah, pasukan komando polis dihujani peluru daripada seluruh arah dan dipercayai dilakukan oleh BIFF ( Bangsamoro Islamic Freedom Fighters) serpihan MILF ( Moro Islamic Liberation Front).
Dalam pertempuran itu, 44 anggota PNP terkorban berbalas nyawa Marwan.
Sebagai rakyat negara ini, memang kita simpati kepada keluarga mangsa, namun undang-undang dan kegiatan jenayah tidak boleh ditoleransi.
Marwan mempunyai impiannya sendiri, satu impian yang bercanggah dengan kemauan masyarakat antarabangsa, termasuk negaranya sendiri. Apapun, Al-fatihah kepada arwahnya, dan anggota PNP yang beragama islam.
1 comment:
Seekor lagi terrorist dari Malaysia mampus. Buat malu negara, buat susah bangsa.
Post a Comment