BULI Penyanyi lagu Gerimis Mengundang Zamani (Slam) yang dilakukan oleh anggota polis yang menahannya merupakan satu tindakan yang tidak sepatutnya belaku.
Benarlah artis itu seorang penagih dadah, akan tetapi mengekploitasi keadaannya dengan memaksa menyanyi dengan tangan bergari, merupakan satu tindakan melanggar haknya sebagai manusia dan warga negara.
Kesalahan yang dilakukan adalah menagih, itupun merupakan satu penyeksaan kepada dirinya. Seorang penagih, tidak lagi dapat mengawal ketagihannya, kerana dirinya sudah dikawal oleh dadah.
Pihak polis suatu badan yang menguatkuasa undang-undang dan pencegahan seharusnya bertindak melindungi rakyat, bukannya mengambil kesempatan kepada kelemahan seseorang rakyat itu. Memang benar, tindakan anggota atau anggota polis itu melanggar SOP polis, sehingga mencemarkan imej agensi itu. Tindakan tegas perlulah diambil, demi pengajaran kepada anggota-anggota lain.
Pada Rabu lalu, Zamani ditangkap bersama teman wanitanya dikediamannya didapati positif dadah.
2 comments:
Semuanya kehendak Allah...semoga zamani dan teman wanita balik kepangkal jalan, semoga jadi pengajaran kepada polis juga.
Kalau Zamani penagih dadah >>>>> tangkap dan hantarlah dia pergi kaunseling dan medical therapy supaya dia tak menagih dadah lagi. Pulihkan dia supaya menjadi rakyat yang produktif dan menyumbang jasa kepada negara. Yang korang pergi hina dan BULI dia ni kenapa??????
Post a Comment