SEMALAM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Shahidan Kassim sanggup menjadi orang tengah, untuk mendamaikan Dato Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir, Mantan Perdana Menteri.
Agak-agak apa yang boleh dilakukan Shahidan? sedangkan beliau dilantik Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota kabinet dan sekaligus sebagai pelaksana dasar Perdana Menteri itu.
Permintaan Tun Dr Mahathir jelas, ubah dasar Umno dan kembali ke malay centric, atau ubah orang. Jika permintaan ini sanggup dilaksanakan Najib, maka akan mudahlah tugas Dato Shahidan mendamaikan kedua-keduanya. Jika tidak, ertinya usaha beliau tidak akan ke mana-mana, kerana sifat Mahathir semua orang faham, terlalu sukar mengalah.
Pertembungan antara Najib dan Mahathir, sebenarnya sudah sampai ke puncak. Mantan PM itu, tahun lepas sudah menarik sokongannya. Maka bermulalah babak-babak bidasan mantan PM itu.
Isu utama yang diangkat adalah 1MDB, kemudian BR1M dan seterusnya dasar PM terhadap kaum melayu terutama yang berhubungan dengan ekonomi.
Ekoran bidasan itu mantan PM itu dan kadang-kadang Tun Daim turut membuat beberapa kenyataan, akhirnya menyatukan Najib dengan musuh utama Bn- Anwar Ibrahim.
Anwar dalam satu kenyataan yang mendapat liputan daripada media Umno TV3, bahawa Ketua Pembangkang itu sanggup berkerjasama dengan SPRM, jika suruhanjaya pencegah rasuah itu mahu menyiasat mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin. Kenyataan itu, macam berlaku permainan dibelakang tabir antara beliau dengan Najib.
No comments:
Post a Comment