Thursday, January 22, 2015

Benarkah Najib Liabilti BN?

 
BENARKAH Dato Seri Najib Tun Razak, merupakan liabilti Barisan Nasional? Tak kan seorang Perdana Menteri dan Presiden Umno tunggak kerajaan menjadi liabiliti? Kalau bukan liabiti? mengapa ramai sangat mengeritik beliau? Memang pengeritik diluar lingkaran mereka yang berjawatan atau MT Umno, akan tetapi daripada ahli Umno yang mempunyai penyokong.

Setakat ini, memang ada satu dua orang pemimpin Umno yang berjawatan atau pemimpin parti komponen yang mengeritik Perdana Menteri itu secara terbuka, namun kritikan itu tidaklah menyebabkan keadaan seperti yang berlaku kepada Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawai yang terpaksa meletakkan jawatan.

Setakat ini, belum ada yang berani secara terbuka mempersoalkan kepimpinan beliau secara langsung, akan tetapi komen-komen tidak langsung, yang ditujukan kepada Menteri Kabinet yang kadangkala tidak bercakap menggunakan fikiran, akan tetapi main lepas sahaja.

Kalau dilihat daripada segi pemimpin yang berjawatan memang belum ada yang sanggup berkofrantasi dengan beliau, apa yang perlu diingat jumlah pemimpin yang berjawatan terlalu sedikit berbanding yang tidak berjawatan. Dalam sistem demokrasi, majoritilah yang menang.

Umno memperkenalkan pembasmian politik wang, mengelak pemimpin yang bermasalah, namun apa yang nyata, mereka yang terlibat politik wang, bermasalah, masih bertengek, malah diberi peranan besar.

Di luar lingkaran kepimpinan, memang ramai yang mempersoal tindak tanduk Perdana Menteri, antara lain kekerapan beliau ke Luar Negara bersama rombongan di kala diperlukan dalam negara. Kes terbaru, isu bermain golf dengan Barack Obama, dan pada masa yang sama negara dilanda bencana.

Isu Datin Rosmah Mansor, berada dipundak beliau, yang sukar ditepis, adalah pemangkin mengapa beliau dianggap sebagai liabiliti.

1 comment:

dzimba said...

yes it is true bro....tak payah saya nak komen panjang2 la. Semua orang UMNO samada PEMIMPIN ATAU AHLI BIASA PUN BERCAKAP SESAMA SENDIRI DALAM HAL INI AKAN TETAPI TAKUT LA NAK HABAQ KAT DS NAJIB. YANG BERANI MENEGUR CUMA TDM.ITU PUN DAH DI HENTAM OLEH JUAK JUAK KELILING NAJIB.

TAK PE KITA TUNGGU DAN LIHAT YER.

Blog Archive