Sunday, December 21, 2014

MAHU BERKUASA: Betul Kah Melayu Terpaksa Mengemis

KERAKUSAN kuasa adalah punca timbulnya pengemis politik. Pengalaman menuntut kemerdekaan, bangsa tidak menjadi pengemis. Bangsa melayu memperlihatkan kekuatan melalui kesatuan, maka pihak penjajah longgar hati untuk meneruskan penjajahan.

Demikian juga semasa mahu merebut pemerintahan, semua bersatu dengan satu visi menang dalam pilihanraya. Selepas menang, timbullah kerakusan. Pemimpin yang dahulu sepasukan, dianggap pesiang, dan harus disingkirkan, perlu dicantas.

Sabah mengalami dahulu, bagaimana cantas mencantas, bagaimana saling menjatuhkan. Akibatnya sejak tahun 1963, Sabah kerap mengubah kerajaan. Akibat perubahan itu, maka Sabah jatuh miskin.

Kini Malaya pula merasakan, bahawa akibat daripada kerakusan berkuasa, maka orang melayu yang dahulu sebagai master, kini terpaksa mengemis untuk berkuasa. Umno perlu mengemis, Pas perlu mengemis dan kini PKR perlu menjual bangsa, agama dan adat istiadat, terpaksa menerima budaya bukan norma untuk dapat kuasa.

Tun Dr Mahathir baru melihatnya sekarang. Dahulu, keadaan itu belum dirasakan, walaupun beliau tahu bahawa melayu sudah berpecah. 

Pemerintahan Mahathir selama 22 tahun, dikhayalkan dengan sokongan bukan melayu. Malah beliau mendabik dada pada tahun 1999, meskipun Anwar menentang habis-habisan, namun Bn tetap mendapat kuasa 2/3 di dewan rakyat, atas sebab sokongan kaum lain.

Tahun 2004, Abdullah Badawi merasa megah dan angkuh kerana BN menang piliharaya dengan majoriti yang besar di Dewan Rakyat; malah belum pernah dicapai oleh mana-mana Perdana Menteri.


Tun Dr Mahathir mula dipulau, projek yang diluluskan semasa Perdana Menteri ke-4 itu seperti Jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dengan Singapura dibatalkan, Transkereta api yang menghubungkan asia dibatalkan.

Abdullah memulakan perpercahaan di zaman moden Umno berkuasa. Tun Dr Mahathir pantang dicabar, tidak kisah - kalah atau menang jadi abu. Benar juga, pada PRU-12, BN hampir kehilangan kuasa. BN hanya mampu membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Abdullah dipersalahkan, dan beliau terpaksa letak jawatan pada 2 April 2009. Najib mengangkat sumpah perdana menteri ke-6. Pada awalnya, Najib mendapat rating yang tinggi menurut beberapa kajian, walaupun rekod beliau semasa TPM, tiada sebarang PRK yang beliau ketuai pernah menang.

Najib secara diam-diam meminta bantuan pemikir luar, terlahirlah macam-macam slogan antaranya 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Selain itu lahirlah 1MDB-pengumul harta bagi negara, melalui pemberian tanah-tanah berharga di bandar-bandar, kemudian tanah-tanah itu dijadikan jaminan bagi meminjam duit daripada consortium bank, kini pinjaman berjumlah RM40bilion. Pinjaman itu tidak termasuk dalam pinjaman negara yang mencecah RM700bilion.

Najib memperkenalkan bayaran one-off kepada kumpulan sasar melalui penjimatan subsidi minyak yang berjumlah RM4.6 bilion, sehingga tahun 2015 sejumlah RM18.4bilion diagihkan kepada kumpulan sasar, yakni Ketua Keluarga yang berpendapatan RM 4,000 ke bawah.

Tawaran kewangan kepada rakyat melalui BR1M tidak menggamit sokongan rakyat. Pada PRU-13, Bn kehilangan sokongan popular.

Gabungan berbagai parti yang ditunjangi Umno itu hanya mendapat 47 peratus yang diterjemahkan kepada 133 Kerusi Parlimen.

Sistem demokrasi negara berasaskan jumlah kerusi, yakni parti mana yang mencapai 112 kerusi lebih dahulu daripada 222 adalah pemenang pilihanraya.

Demokrasi Malaysia sama dengan demokrasi di Amerika, United Kingdom, Australia dan negara-negara Commonwealth lain.

Trend masa kini dengan berpaksikan kepada dua PRU lalu, nampaknya melayu mulai tergugat. Kelangsungan kuasa melayu di Semenanjung sangat tergantung kepada bumiputera Sabah dan Sarawak.

Atas sebab itu, pembangkang melihat, hanya melalui perbalahan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak, maka mereka akan dapat menduduki Putrajaya.

Melayu penyokong Pas dan PKR di Semenanjung, menganggap melayu yang menyokong Umno adalah musuh utama. Mereka hanya menidakkan melayu Umno. Demikian juga Melayu Umno mahu menidakkan melayu Pas dan PKR.

Penyakit itu menular di Sabah dan Sarawak. Sesama kaum bumiputera saling menidakkan satu sama lain. Yang pada akhirnya, melayu, bumiputera akan menjadi pengemis.


Lihat bagaimana keadaan di Selangor, sesama melayu saling bercakaran meskipun memerintah, akhirnya DAP yang menjadi anak bulan.

No comments:

Blog Archive