Monday, November 03, 2014

Sodomi II: Nampak Gayanya Anwar Pasti Masuk Lagi

HUJAH peguam bela Anwar dipatah satu persatu oleh Tan Sri Muhammmad Shafee Abdullah, walaupun Peguam yang mewakili pendakwaraya itu hanya berhujah 65 peratus daripada keseluruhan hujah beliau.

Dalam hujahan hari ini, hari ke-5 rayuan Anwar terhadap hukuman 5 tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2008; dengan pasti dan yakin bahawa Male Y adalah Anwar; menolak sepenuhnya hujah pembela, bahawa Male Y adalah lelaki lain.

Bukti pertama adalah diperolehi daripada berus gigi yang digunakan Anwar semasa ditahan di lokap pada 7 Julai 2008. Pemeriksaan di berbagai peringkat, bahawa airmani yang dikesan pada dubur mangsa mempunyai DNA yang konsisten antara Male Y dan Mangsa.

No comments:

Blog Archive