Latest News

Sodomi II: Apa Kata KJ

Seminggu dua ini saya rasa tumpuan orang ramai dan juga media antarabangsa akan diberi kepada kes rayuan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, di Mahkamah Persekutuan.

Saya tidak mahu mengulas tentang perkara spesifik dalam kes ini. Biar mahkamah buat kerja mereka.

Cuma saya nak jelaskan kepada rakan-rakan satu perkara sahaja. Yang dibicarakan pada minggu ini bukan negara kita, bukan kerajaan dan bukan sistem kehakiman kita. Yang dibicarakan adalah Anwar Ibrahim.

Mungkin apa yang saya tulis ini perkara yang obvious, tetapi kalau kita dengar propoaganda dari pihak Anwar, beliau cuba memberi gambaran bahawa perbicaraan ini adalah satu isu nasional dimana yang dihakimkan bukan beliau tetapi negara dan institusi kerajaan negara.

Mereka yang sanggup merempuh pagar UM semalam telah mendengar amanat terakhir dari Anwar yang menggunakan tema-tema yang sama - kes ini satu tindakan zalim untuk membunuh karier politik beliau, dll.

Bagi saya kes ini adalah kes tentang Anwar. Bukan kes yang melibatkan kerajaan. Kerajaan tidak memaksa Anwar buat apa yang beliau dituduh buat kepada Saiful. Anwar sendiri dituduh buat perkara itu, jadi kenapa nak dibicarakan kredibiliti kerajaan? Seorang individu dituduh buat satu kesalahan, satu negara kena tanggung isu ini daripada usaha untuk memburukkan imej negara di mata dunia sampai demonstrasi sana-sini yang cuba dianjurkan oleh penyokong-penyokong Anwar.

Cukup lah nak mengheret rakyat dalam kes peribadi. This is not about Malaysia. This is about Anwar. This is about an individual and what he allegedly did. No one forced him to do it. The government certainly did not force him to do it. So go for your appeal, but don't drag the country with you.

Dan untuk makluman rakan-rakan, mulai hari ini pelbagai tohmahan akan dibuat terhadap institusi kehakiman kita. Bagi Anwar, hanya keputusan yang memihak kepada beliau boleh membuktikan mahkamah kita bebas dan adil. Ini logik apa? Patut dia terima apa sahaja keputusan. Jangan cakap hanya satu keputusan sahaja yang boleh diterima.

Dah banyak kali Anwar bawa kes saman malu ke mahkamah, termasuk dua menentang saya. Bila timbul kes saman malu yakin pula beliau dengan institusi kehakiman kita. Banyak juga kes yang beliau menang. Yang itu beliau boleh terima sebagai bukti kebebasan institusi kehakiman. It goes both ways, Anwar. You cannot just accept the decisions that go your way. You cannot have double standards in how you accept decisions from our courts.

Ada pula yang cakap mahkamah kita tidak adil dalam kes yang dibicarakan hari ini. Saya tak tahu macam mana lagi mahkamah kita boleh memberi peluang yang secukup-cukupnya pada Anwar. Bagi yang tak ingat, kes ini mula dibicarakan pada 7 Ogos, 2008. Ya, 2008. Bukan kes yang dibawa secara ekspres tapi diberi masa bertahun-tahun. Kes yang ditangguhkan sebanyak 67 kali. 67 kali. Kebanyakkannya atas permintaan peguam Anwar.

Itu sahaja yang saya nak tulis tentang perkara ini. Apa sahaja keputusan mahkamah, saya harap sebagai rakyat Malaysia kita terima. Ini bukan masalah negara. Ini masalah seorang individu. Banyak lagi kerja kita untuk membangunkan negara. Whatever the verdict, we need to move on. Seperti mana dipetik daripada wall fb ketua Pemuda Umno itu.

3 Responses to "Sodomi II: Apa Kata KJ"

Anonymous said...

Sebenarnya kj nk ckp apa ni....

Anonymous said...

Apa yg kj ckp tuu betul...majoroti rakyat sudah muak dan ramai yg dah muntah hijau...anwar tu satu hal...bapak segala masalah...tapi yg menyokong tuu punya la hebat sgt...dia org gerenti percaya anwar kaki liwat...tapi apa aku kesah...sbb agenda@dendam peribadi nak hancurkan kjaan BN/Umno lebih utama...

Anonymous said...

Khairy cakap betulkah?? Kalau kita ikuti hujah dan bukti, kita nampak yang tertuduh tidak bersalah, dan kalau kita amati pertuduhan, saksi bawak cerita yg mengelirukan bkn kepada hakim, tapi kepada kita yang mendengar.. tapi keputusan tetap salah Anuar. Yang ditakutkan ini adalah pakatan jahat, yg mana walau apa bukti pun yang dibawa, Anuar tetap akan dihukumkan bersalah


Dalam kes saman malu lain lah halnya khairy, kes yang jelas dan tidak berselindung - yang bukti dan hujahnya nyata dan jelas.. buat atau tidak, ada bukti atau tidak - sebarang keputusan hakim senang dibuat dan rakyat mcm kita pun senang percaya..

Blog Archive