Monday, October 06, 2014

Sodomi II: Anwar Tidak Lagi Dapat Sokongan Australia

TIDAK seperti masa-masa lalu, ada beberapa pemimpin Australia menyokong Anwar dalam kes sodomi II beliau, malah pemimpin-pemimpin itu mengertik kerajaan Malaysia. Namun selepas para pemimpin negara itu mendapat gambaran yang sebenar, kini tiada siapapun pemimpin negara kangoro itu menyokong Defacto Leader PKR itu.

Laporan The Sidney Morning Herald pada 3 Oktober lalu di SINI memetik bagaimana Anwar kecewa kerana negara kerajaan Tony Abbot berdiam diri berkaitan sodomi II beliau yang bakal dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 28-29 Oktober.

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan telah mendapati bahawa Anwar bersalah melakukan seks luar tabii, iaitu liwat, terhadap bekas pembantu lelaki beliau di sebuah kondominum di Bukit Damansara pada pertengahan tahun 2008.

Menjelang hari perbicaraan itu, nampaknya Anwar kelam kabut, kerana tiada lagi sokongan daripada pemimpin luar negara, tidak sama keadaannya semasa kes itu sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Anwar kini keseorangan, dan kelihatannya beliau sedang mengelabah kerana beliau yakin akan kembali menghuni Sungai Buloh.

Anwar sebelum ini melalui Rafizi Ramli, MP Pandan, mengilhamkan Langkah Kajang, untuk membolehkan MP Permatang Pauh itu menjadi MB Selangor; kerana menurut perkiraan mereka, apabila Anwar dilantik sebagai MB, maka ianya menjadi tekanan kepada badan kehakiman untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan. Namun, tindakan itu tidak menjadi, malah menjadi pemakin kepada haru biru dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Kini Anwar telah bundak, sehingga terpaksa berjumpa berbagai pemimpin luar untuk mendapat sokongan, dan beliau mendesak agar pemimpin luar negara memberi tekanan kepada Malaysia; namun semua itu tidak berjaya. Anwar seperti biasa hanya mendapat sokongan Senator Nick Xenophon, penyokong LGBT.

No comments:

Blog Archive