Sunday, October 26, 2014

Liwat II: Selamat Berehat Untuk Anwar

Seksyen 377B Kanun Keseksaan memperuntukan 20 tahun penjara dan sebat; akan tetapi Mahkamah Rayuan pada 7 Mac menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada Anwar kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya seorang lelaki pada 26 Jun 2008. Menurut pihak pendakwaan hukuman itu tidak mencerminkan keadilan dari sudut kepentingan awam berbanding dengan kesalahan yang dilakukan. Atas sebab itu pihak pendakwaan memohon mahkamah persekutuan yang mendengar kes itu pada 28-29 Oktober agar menambah hukuman itu.

Nampaknya daripada sudut pendakwaan, pasukan itu memang menginginkan agar Pemimpin Umum PKR itu menjalankan hukuman yang lebih lama dalam penjara.

Apa kah Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan permohonan pihak pendakwaan itu? atau mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan? atau membuat keputusan yang memihak kepada Anwar?

Biasanya, keputusan Mahkamah Persekutuan tidak menganggu keputusan Mahkamah Rayuan, namun dalam perkara ini, memandangkan Seksyen yang digunakan memperuntukan hukuman penjara 20 tahun; nampaknya keputusan 5 tahun penjara tidak memadai untuk seksyen keseksaan itu. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah Persekutuan pada 29 Oktober, apakah hujah balas peguam Anwar yang mengandungi 35 butir alibi; boleh mempengaruhi barisan hakim? Jika tidak AYT mengucapkan selamat berehat untuk beliau.

No comments:

Blog Archive