Thursday, October 09, 2014

Ke Sungai Buloh: Anwar Menghitung Hari

28-29 Oktober ini, merupakan masa yang menunggu Anwar Ibrahim, apakah beliau akan kembali ke Sungai Buloh, atau sebaliknya.

Dua hari telah tetapkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk mendengar Rayuan Anwar berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan 7 Mac lalu, di mana Defecto Leader PKR itu dijatuh hukuman 5 tahun penjara kerana didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya pada 26 Jun 2008 antara pukul 3-4.30 petang di sebuah kondominum di Bukit Damansara.

Sebenarnya, jika Anwar kembali ke Sungai Buloh, maka inilah kali kedua beliau menghuni penjara itu, kerana sebelum ini beliau pernah meringkuk di penjara itu selama 6 tahun kerana kesalahan yang sama sebelum beliau dibebaskan pada tahun 2004, semasa Tun Ahmad Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya Anwar kembali ke Sungai Buluh, maka jika mahkamah mengkuatkuasakan hukuman penjara 5 tahun tanpa pengurangan, maka Anwar akan dibebaskan pada umur 72 tahun, dan jika beliau ingin kembali ke arena politik, maka perlu menunggu 5 tahun lagi; ertinya beliau hanya akan boleh bertanding pada umur 77 tahun. Usia itu merupakan penamat kepada karier politik beliau.

3 comments:

Anonymous said...

alahhhh..tangguh punya sbb kali ini peguam mati plak

Anonymous said...

UMNO pembela bangsa Melayu.

Anonymous said...

Hang mmg dah sewel ke ?

Blog Archive