Saturday, October 04, 2014

Isu Sabah Dalam Malaysia: Many Way To Skin A Cat: Rahman Dahalan

“Many Way To Skin A Cat” antara hujah Dato Rahman Dahalan dalam forum dan dialog antara beliau dengan Ahli Parlimen Penampang- Darel Leiking pada Sabtu petang di Kota Kinabalu.

Forum dan Dialog yang bertajuk “Sabah dalam atau luar Malaysia” menurut Rahman, adalah “tajuk” yang agak provokasi; atas sebab beliau dan Leiking, hadir sebagai panel, tidakpun terfikir untuk membincangkan keadaan itu, kerana, tiada data atau hujah yang boleh mendokong hujah, kalau Sabah berada di Luar Malaysia; data atau fakta yang ada hanya Sabah berada dalam Malaysia untuk tempoh lebih setengah abad.

Menurut Rahman mereka tidak mahu terperangkap dengan ilusi, khayalan, andaian sepertimana hujah dua tiga ketul pemimpin Sabah yang cuba menggambarkan keadaan “apabila” Sabah di luar Malaysia.

Salah seorang cendikawan yang duduk sepentas dengan Rahman dan Leiking, Dr Ramzah Dambul daripada Universiti Sabah (UMS) yang bertindak sebagai pengulas daripada sudut akademik, menganalogkan keberadaan Sabah dalam Malaysia, sebagai sebuah perkahwinan; untuk itu, beliau melihat apakah perkahwinan selama lebih 50 tahun itu bahagia kah tidak. Menurut beliau, kebahagian tidak boleh diukur daripada segi material sahaja, tetapi dalam aspek psikologis juga.

Menurut ahli akademik itu, isu yang diwar-warkan oleh berbagai pihak, termasuk kadar kemiskinan di Sabah, kajian menunjukan, bahawa kemiskinan di Sabah, bukanlah merujuk kerana Sabah berada di Malaysia; sebaliknya banyak faktor lain termasuk sifat rakyat itu sendiri, tofografi dan sumber pendapatan serta kadar pengetahuan atau pendidikan.

Rahman dalam hujahnya, untuk menjawab hujah segelitir rakyat atau pemimpin di Sabah berkaitan “royalty minyak” menjelaskan bahawa sebenarnya Petronas membayar purata hampir RM1bilion setiap tahun kepada Sabah, kerana hasil minyak Sabah. Sebesar amaun itu juga dibayar kepada Kerajaan Persekutuan. Selain itu, Rahman memberi data, bahawa saban tahun, kerajaan persekutuan menyalurkan kewangan kepada Sabah, rata-rata 3 kali ganda jumlahnya berbanding kutipan percukaian daripada negeri itu. Sebagai contoh pada tahun 2013, kutipan cukai sebesar RM4.2bilion, namun peruntukan yang disalur kepada Sabah sebesar RM11bilion.

Dalam forum hari ini, Rahman dan Leiking memang mengakui kebaikan Sabah berada dalam Malaysia, antara lain, perkhidmatan keselamatan, kesihatan, pendidikan adalah di bawah tanggungjawab Persekutuan. Tiga sektor tersebut merupakan sektor yang memperlukan peruntukan besar.

Dalam menjawab isu Borneonisasi, seharusnya rakyat Sabah berbangga, kerana melalui konsep Persekutuan, anak-anak Sabah juga boleh menjawat jawatan penting di negeri-negeri lain dalam negara ini; selain itu; jabatan-jabatan penting persekutuan yang beroperasi di Sabah termasuk Universiti, imigresion, jabatan pendaftaran, kastam diketuai oleh anak-anak Sabah. 

Malah. menurut Ramzah Dambul, apa yang penting, siapapun orang yang mengetuai sebuah agensi kerajaan di Sabah, ditererminasi dan komitmen orang itu kepada konsep borneonisasi, bukannya seseorang yang berasal daripada Sabah, akan tetapi tidak mempunyai konsep itu.

Pendidikan di Sabah, sejak sekian lama dibantu oleh guru-guru daripada Semenanjung Malaysia, malah yang cukup mengecewakan, anak tempatan yang menjadi pendidik, agak sukar untuk mengajar di pendalaman Sabah, dan hakekatnnya, orang-orang daripada Semenanjunglah yang mengisi kekosongan itu.

Mengejar kekuarangan modal insan, bukannya mudah, atas sebab itu, negara-negara majupun, mempunyai polisi untuk menarik bijak pandai daripada negara lain, malah ditawarkan sebagai rakyat istimewa. Singapura dan Austarlia mengambil pendekatan ini. 

Membangun kawasan yang luas dengan taburan penduduk yang tidak merata seperti Sabah, bukannya mudah. Kos membangun jalanraya atau bekalan air atau infra lainnya bukan murah. Membangun prasarana itu, setidak-tidaknya mempunyai nilai ekonomik; jika tidak ianya akan menjadi gajah putih. Atas sebab itu, Sabah belum mempunyai lebuh raya seperti di Semenanjung, kerana kegunaan lebuh raya itu adalah untuk mempercepat pengedaran barangan daripada satu daerah ke daerah lain.

Di Sabah, peredaran barangan terpusat, daripada Pantai Barat khususnya Kota Kinabalu ke kawasan-kawasan lain, bukannya daripada kawasan-kawasan lain ke Kota Kinabalu. Produk daripada kawasan-kawasan lain untuk dikumpulkan di Kota Kinabalu hanya tertumpu kepada produk pertanian dan perikanan; bukannya produk yang berorentasikan eksport. Barangan eksport Sabah, kebayankannya tertumpu di Kawasan Kota Kinabalu.

Atas sebab itu, untuk membangun lebuh raya antara daerah di Sabah, maka kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Datuk Musa Haji Aman, menumpukan kepada projek “downstream” seperti kilang urea (Samur) di Sipiting, SGOT di Kimanis, PIOC di Lahad Datu; Projek Minyak Bersepadu di Kota Belud; kerana selain boleh mencipta peluang pekerjaan juga boleh membuka pembangunan lebuh raya.

Menyentuh berkaitan perkara 20 semasa pembentukan Malaysia tahun 1963, perkara itu menurut Rahman, adalah satu “wish” daripada rakyat Sabah; dan “wish” itu sebenarnya dari masa ke semasa dikaji dan ditambah baik. Sebenarnya tiada lagi isu yang berbangkit dalam 20 perkara itu, yang tidak dipenuhi, Rahman menambah, kerana 20 perkara merupakan “wish” dan menjadi lampiran kepada Pelembagaan Malaysia, maka ianya “subject” kepada penilaian dari masa ke masa.

Menyentuh Royal Commission of Inquiry (RCI) berakitan Pendatang Tanpa Ijin (PTI) di Sabah, Forum diberitahu, bahawa Perdana Menteri sudahpun bersetuju agar laporan itu dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi yang bermula pada 7 Oktober ini. 

Dalam RCI nanti, akan terjawab mengapa berlaku pertambahan penduduk Sabah, tidak sesuai dengan neutral birth of human being. Dalam laporan itu, akan terungkai semuanya, dan melalui laporan itu, diharapkan permasalahan berkaitan penduduk Sabah akan dinoktahkan.

Sabah perlu bergerak ke depan, meskipun sejarah silam menjadi panduan. Sabah tidak boleh lagi memikirkan perkara-perkara yang “tersilap” akan tetapi pemikir/pemimpin Sabah perlu memikirkan bagaimana membangun negeri dan rakyatnya.

Apa yang penting pada Sabah adalah pembangunan industri yang bersifat “downstream” bagi menampung pertambahan pencari kerja; apatah lagi, perpanjangan umur bersara kepada 60 tahun.

Mempermasalahkan, perkara-perkara lalu, bukan sahaja menganggu pemimpin dalam mmerancang membangun Sabah dan rakyatnya, malah boleh menjadi bentuk kecurigaan daripada rakyat Semenanjung; dan jika keadaan ini berlaku, bukan sahaja merugikan rakyat Sabah juga rakyat negara ini secara keseluruhan.

Ramai pemimpin Sabah menjadi anggota Jemaah menteri persekutuan, ertinya kerajaan Persekutuan itu juga kerajaan rakyat negeri ini. Untuk itu, dakwaan setengah pihak, bahawa Kerajaan Persekutuan itu, kerajaan Malaya, adalah satu dakwaan terpesong dan dakwaan mengelirukan serta membohongi rakyat.

3 comments:

Unknown said...

Sabah maju jaya dlm malaysia

Anonymous said...

Kalau betul RM11 billion setahun telah di berikan kepada Sabah dimana kita boleh dapat tengok (rujukan data) kemana duit itu dibelanjakan?

Anonymous said...

Kenapa tidak Sabah tubuh syarikat petroleum sendiri untuk mendapatkan kontrak carigali dan operasi pengeluaran minyak dari Petronas?

Sekurang kurangnya boleh menambah pendapatan negeri.

Blog Archive