Friday, October 03, 2014

Isu RM300 Juta: Tiada Apa Perlu Saya Sembunyikan: Ghani Yassin

"ANGKA RM300juta, hanya satu ciptaan pihak tertentu, bagi menggambarkan bahawa saya seorang yang paling jahat" Datuk Abdul Ghani Yassin.

Menurut kenyataan Ketua Bahagian Umno Pensiangan Sabah itu, beliau tidak tahu daripada sumber mana, bahawa beliau telah menyalahgunakan kewangan SLDB sebanyak RM300 juta semasa beliau menjadi Timbalan Pengerusi, Syarikat berkait dengan kerajaan Sabah itu.

Pada Jumaat lalu, Ghani mengaku telah dipanggil oleh SPRM Putrajaya untuk satu kes yang melibatkan salahguna kuasa oleh 'seseorang" yang membabitkan RM 9 juta wang pampasan tanah di Sook.

Menurut Ketua bahagian itu, bukan beliau sahaja dipanggil oleh SPRM malah beberapa lembaga pengarah termasuk mantan Pengurus Besar juga turut dipanggil untuk siasatan.

Ghani seterusnya tidak mahu memberi komen berkaitan perkara itu, kerana ianya kini dalam siasatan SPRM. Biarlah suruhaniaya itu menemui perkara sebenar dan sesiapa yang terlibat perlu mendapat hukuman.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman meminta jangan ada spekulasi berkaitan perkara itu, dan biarlah SPRM menjalankan siasatan untuk mengetahui duduk perkara sebenar.

No comments:

Blog Archive