Friday, October 17, 2014

Apa Kah Benar Musa Akan Letak Jawatan?

SPEKULASI berkaitan Musa bermula sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Menteri. Pada suatu masa, sebelum Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad (kini Tun) sebagai Perdana Menteri menamakan Musa sebagai pengganti kepada Tan Sri Chong Kah Kiat, terdapat gerakan daripada pemimpin kanan Sabah khasnya daripada Umno, sehingga berlaku satu kesepakatan antara tiga kumpulan, "sesiapa sahaja diantara mereka" yang dipilih sebagai Ketua Menteri akan disokong, kecuali Musa.

Rezeki berpihak kepada Musa, dan beliau dilantik menggantikan Kah Kiat pada April 2003.

Dalam perjalannnya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Umno Sabah, Musa pernah bertanding AMT Umno, dan mendapat undian kedua tertinggi bersama Datuk Noh Omar. Pada perhimpunan Umno yang lalu, Musa tidak mempertahankan kedudukannya sebagai AMT, atas sebab sebagai Ketua Menteri, beliau akan tetap menduduki kerusi AMT. Dengan keputusan itu, Musa memberi peluang kepada pemimpin lain bertanding; agar supaya jumlah AMT tidak berkurang. Musa berkeyakinan, semakin ramai jumlah mereka yang menduduki AMT, maka semakin banyak idea untuk menjadikan parti kuat, relevan untuk masa yang lama.

Dalam perjalanannya sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Musa melalui tiga pilihanraya Umum; tahun 2004, 2008 dan 2013. PRU-13, merupakan ibu kepada PRU di negara ini, kerana sentimen PRU-12.

Pada PRU-12, untuk pertama kalinya, selepas tahun 1969 BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat.

Keputusan PRU-13, keputusan buruk Bn, melanda seluruh negara, termasuk Johor, di mana lahirnya Umno. Di Sabah, sebenarnya Bn hanya kalah 11 kerusi Dun, memandangkan satu kerusi adalah milik pembangkang, yang telah menjadi tradisi sejak tahun 2004. Untuk Parlimen, Bn kalah 2, kerana satu MP sudah menjadi tradisi sejak sekian lama, adalah milik pembangkang khususnya DAP.

Daripada 12 DUN yang kalah, hanya satu kerusi daripada Umno, iaitu Dun Klias yang dimenangi oleh mantan pemimpin Umno dan penyandang kerusi itu Datuk Lajim Ukin, itupun dengan majoriti 140. Manakala 11 daripada parti komponen Bn, terburuk adalah parti PBS. Sementara untuk Parlimen, dua kawasan yang ditandingi Presiden komponen Bn, LDP dan UPKO kalah, masing-masing kepada calon DAP dan PKR.

Musa sejak dilantik sebagai Ketua Menteri; telah mencapai berbagai kejayaan, yang sukar dikejar; antaranya penambahan simpanan kewangan negeri, peningkatan pelabur asing, pengurangan kadar kemiskinan selain bajet negeri saban tahun membuat rekod.

Kini terdapatnya spekulasi atau cakap-cakap kedai kopi, bahawa Musa akan melepaskan jawatan seawal Disember ini. Alasan yang diberikan berupa spekualasi; antaranya Musa tidak bertanding AMT, Musa tidak hadir semasa sambutan Hari Malaysia ke-51 di Miri Sarawak. Untuk yang pertama, telah diuraikan di atas, untuk yang kedua, mengapa Musa tidak hadir di Miri, atas sebab beliau membuat lawatan ke Poland, yang diatur sekian lama, yang berkait dengan pembangunan kilang urea (Samur) di Sipitang. Perdana Menteri lebih awal maklum dan tahu, bahawa Musa tidak dapat hadir pada Hari Malaysia ke-51.

Berkaitan dengan kumpulan 8 (G-8) yang dikatakan membincangkan pelan peralihan kepimpinan negeri; sebenarnya kumpulan itu, lari daripada tujuan asal pertemuan itu. Pertemuan dengan perdana Menteri pada 10 julai itu, sebenarnya dilakukan oleh kumpulan Ketua Bahagian di mana kawasan mereka mempunyai pengundi majoriti KDM untuk membincangkan program atau projek dengan Perdana Menteri; namun, ada Ketua Bahagian yang mengambil kesempatan dan memesongkan tujuan asal pertemuan itu. Sebenarnya, tindakan G-8 bukanlah satu konspirasi menjatuhkan Musa, sebaliknya hanya kebetulan berlaku; sepertimana kenyataan Ketua G-8 MP Sepanggar Datuk Jumat Idris; pelan perbincangan peralihan kuasa bukannya ditujukan kepada Musa, sebaliknya perancangan masa depan, jika Musa memilih untuk tidak dilantik lagi sebagai Ketua Menteri.

Memandangkan keadaan politik semasa, berpaksi kepada PRU-12 dan 13; tiada sesiapa pemimpin yang berani memotong angsa yang bertelur emas; Musa bukan sahaja diperlukan di peringkat Pusat, juga di peringkat negeri. Dalam politik, kalau tiada seteru, maka panorama politik tidak akan meriah; atas sebab itu, dalam politik tiada kawan selamanya demikian juga musuh, tiada musuh selamanya. Apa yang penting; pada PRU-14 akan datang, Bn terus menang di Sabah dan mampu menyumbang kerusi yang diperlukan kepimpinan pusat. Apapun, dalam politik semuanya boleh berlaku. 

No comments:

Blog Archive