MUNGKIN ada segelintir ahli politik mahu Musa melepaskan jawatan. Mereka memberi hujah, kononnya demi peremajaan; demi pembaharuan, demi polisi yang baru.
Memang lazim apabila ada Ketua Menteri baru, sudah tentunya polisi dan pendekatan akan baru; setidak-tidaknya itulah yang bergolek pada segelintir ahli politik. Namun itu hanya alasan, sebab utamanya adalah agar seseorang yang mereka mahu menjadi ketua, agar supaya keinginan mereka tercapai.
Keinginan seseorang ahli politik adalah untuk mendapatkan habuan dalam bentuk projek dengan mengatasnamakan rakyat. Apabila keinginan mereka itu tidak terpenuhi, maka mulalah mereka mengatur langkah, menaikkan seseorang yang sanggup menunaikan kehendak mereka.
Musa mempunyai halatuju, Hala Tuju Sabah sebagaimana beliau gariskan selepas sahaja dilantik sebagai Ketua Menteri. Hala Tuju Sabah, beliau gunakan sebagai panduan untuk membangun Sabah, dalam semua bidang, termasuk sosio-ekonomi.
Apabila ada cadangan projek yang tidak menyumbang kepada Hala Tuju, sewajarnya diketepikan, kerana projek seumpama itu dirasakan tidak berimpak secara jangka panjang kepada pembangunan Sabah secara keseluruhan.
Projek yang bersifat in-situ, hanya bermatalamat jangka pendek, dan tidak memberi impak kepada pembangunan secara menyuluruh, sebaliknya hanya menguntungkan secara financial kepada pemohonnya. Keengganan Musa melayan permohonan projek seumpama ini, menyebabkan ada pemimpin yang bertindak mahu menggantikan Musa, termasuk memperburukan beliau kepada Perdana Menteri.
Apa yang terlepas pandang oleh kumpulan pemimpin ini, adalah Perdana Menteri mempunyai fakta dan angka, yang tidak dimiliki oleh sesiapa, kerana beliau adalah Perdana Menteri. Sebagai Perdana Menteri, sudah tentu beliau tahu bagaimana pencapaian seseorang Ketua Menteri atau Menteri Besar.
Jawatan Ketua Menteri di mana Umno merupakan tunjang kerajaan, adalah dibidang kuasa Perdana Menteri. Apabila ada orang lain yang cuba memasuki wilayah Perdana Menteri itu, dalam Bahasa kasarnya seseorang itu dianggap menceroboh.
Kenapa Musa mahu diganti? bukan kah sejak beliau dilantik sebagai Ketua Menteri, kewangan kerajaan negeri menjadi mapan; bajet tahunan mencecah RM4 bilion, dan merupa satu rekod. Untuk tahun 2014, enam bulan pertama, perdagangan Sabah mengalami lebihan RM4.9 bilion; ertinya lebihan itu akan masuk simpanan negeri. Untuk menggunakan lebihan kewangan itu, maka bajet tahunan akan ditingkatkan; adalah diperkirakan bajet tahunan negeri untuk tahun 2015 akan mendekati RM5 bilion atau mungkin lebih.
Kerajaan negeri telah mengurus berbagai projek yang bersifat labour intensif seperti PIOC, Samur dan lain-lain. Projek-projek seumpama itu telah mencipta 25,000 peluang pekerjaan.
Kalau dalam sebuah syarikat, pencapaian seseorang CEO dilihat daripada untung yang dicipta melalui operasi syarikat, namun sebagai Ketua Menteri, apa yang dinilai, bagaimana seorang Ketua Menteri memperbagai aktiviti selain mencipta peluang pekerjaan, menambah pendapatan negeri, juga menambah pendapatan rakyat.
Bagi mereka yang bukan bermastautin di Pantai Barat Sabah, lihat keadaan kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Putatan malah kea arah Tuaran, kawasan itu pesat membangun, dan sudah tentunya pembangunan itu mampu mengwujudkan peluang pekerjaan juga peluang perniagaan.
Bukan sahaja wilayah Pantai Barat yang mengalami pembangunan yang pesat, malah Pantai Timur termasuk kawasan kudat dan Pedalaman. Sipting tidak lama lagi akan menjadi pusat pengeluaran urea, manakala Kimanis kini sebagai Pusat Gas, menyusul kemudian adalah daerah Kota Belud.
Dalam segi politik, Musa melalui tiga Pilihanraya Umum, dengan pencapaian kuasa 2/3 di DUN Sabah, malah menyumbang kawasan Parlimen yang cukup yang diperlukan oleh Kerajaan Pusat.
Memang, pada PRU-13, kawasan KDM dan Cina, banyak kawasan yang kalah, itu bukan kerana Musa, kekalahan itu atas sebab penolakan suku kaum KDM dan cina yang merupakan kompnen parti Bn. Penolakan itu bukan sahaja berlaku di Sabah malah seluruh negara.
No comments:
Post a Comment