Friday, September 19, 2014

Perlu Kah Pertukaran Kepimpinan Sabah?

KALAU dalam syarikat; perubahan peneraju, jika syarikat itu tidak mampu bersaing lagi, kehilangan memontum untuk maju, pengurusan yang ada tidak mampu mendatangkan keuntungan lagi kepada syarikat.

Bagi sebuah organisasi pula, jika pimpinan yang ada sudah tiada kemampuan lagi baik daripada segi mental mahupun fizikal; sehingga tiada lagi idea-idea baru yang mampu ditonjolkan, sehingga organisasi itu kelihatan tiada uummhh lagi.

Demikian juga dalam parti politik, jika pemimpin sesebuah parti politik itu tiada sokongan lagi, dalam hal ini sokongan rakyat, maka mahu tidak mahu seseorang itu perlu berhenti agar supaya pemimpin lain boleh mengambil alih, tujuannnya hanya agar parti itu kekal relevan, masih disokong dan seterusnya boleh membela penyokong dan ahli-ahlinya.

Dalam kes Sabah, Datuk Musa Aman hanya dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003; dalam perjalanannya sebagai Ketua Menteri, telah melalui tiga orang Perdana Menteri, bermula darpada Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kemudian Dato Seri Najib Razak. Perlantikan Musa, tidak selama jika dibandingkan dengan mantan Ketua Menteri Sarawak, Dato Abdul Ghani Othman (Johor); Datuk Adenan Yacob (Pahang).

Juga dalam perjalanannya sebagai Ketua Menteri, beliau melalui tiga pilihanraya umum, pertama tahun 2004, kemudian tahun 2008 dan terakhir tahun 2013.

Memang daripada segi prestasi, pada tahun 2013, memang berlaku penurunan, kerana untuk pertama kali 12 ADUN dimenangi pembangkang, manakala kerusi parlimen relatif sama, walaupun bertambah satu iaitu Parlimen Penampang.

Keadaan tahun 2013, tidak boleh dikatakan penurunan prestasi Musa, kerana keadaan berlaku juga di Sarawak, samada melalui PRN negeri bumi kenyalang itu pada tahun 2011 atau pilihanraya parlimen. Pada PRU-13, rata-rata kawasan yang mempunyai pungundi yang marjinal seperti di selangor, Johor, Pulau Pinang, malah di Pahang berlaku penurunan jumlah kerusi Bn; malah di Terengganu walaupun pengundi majoriti hanya satu kaum, BN hampir tumpas.

Di Sabah, walaupun kehilangan 12 kerusi, 11 kerusi itu adalah kawasan cina dan KDM terkecuali DUN Klias yang dimenangi Datuk Lajim Ukin, pemimpin utama Bisaya, dan kawasan itu merupakan majoriti bisaya; itupun kemenangan Lajim hanya 140 uni.

Walaupun Sabah kehilangan 12 kerusi DUN, namun kerajaan Negeri masih memerintah dengan kuasa 2/3 di DUN Sabah. 

Tindakan G8 Ketua-ketua Bahagian Umno (dua orang sudah mengaku diperalat/diperangkap), di mana Ketua Bahagian Sepanggar merangkap ahli parlimen Sepangar- Jumat Idris, mengaku sebagai jurucakap kepada kumpulan itu untuk membincangkan pertukaran kepimpinan negeri kepada Perdana Menteri, seharusnya tidak berlaku, pendapat demikian diluahkan sendiri oleh Speaker Dewan undangan Negeri Sabah- Datuk Seri Salleh Tun Said, kerana menurut beliau kuasa melantik Ketua Menteri adalah prerogatif Perdana Menteri.

Membincangkan sesuatu dibawah bidang Perdana Menteri, boleh dikatakan semacam lawan tauke; atas sebab itu, PM tidak melayan permintaan itu; malah perjumpaan yang seharusnya membicangkan soal-soal progran sosio-ekonomi bagi kawasan-kawasan yang diwakili G-8 itu akhirnya tidak dilayan; atas sebab apa? dibenak PM, awak-awak semua tidak mengikut saluran!!!. "Dalam benak PM, Pengerusi Perhubungan Umno dan Ketua Menteri saya yang lantik, mengapa awak-awak mendahului saya"

Nampaknya G-8 ini tidak menerima konsep Satu Ketua sepertimana yang dicanangkan oleh Datuk Salleh pada Mesyuarat Umno Bahagaian Kota Belud baru-baru ini; nampaknya mereka merasa boleh juga menjadi ketua; dengan cara memberi dakawaan yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sabah.

Nampaknya, Datuk jumat Idris, ternampak tidak ikhlas dalam ucapannya pada Mesyuarat Umno Sepanggar baru-baru ini, atas sebab apa? hari ini di wall facebook beliau, beliau masih lagi menulis dan merujuk dengan perjumpaan dengan PM pada 10 julai lalu. 


Salam jumaat nampak nya seorang lagi ketua bahagian kena tekanan tahap tinggi dan buat kenyataan menafikan terlibat dengan pelan peralihan kuasa. Politik sabah sudah macam flem bollywood


Jumat Idris SD kronologi nya bermula apa bila pemimpin kdm bn dan pemimpin kdm dalam umno merasa tidak puas hati dengan perkongsian kuasa dlm bn negeri. Ianya dimulakan oleh dato seri salleh tan sri pandikar amin datu amir kahar datuk lajim dan Dsp ghafur sejak sebelum PRU lagi. Datuk lajim memilih keluar umno tapi kami ikut barisan. Benda ni mcm gunong berapi kerana isu sosio ekonomin dan politiking dalam umno sendiri . Kemuncaknya apabila pemimpin kanan parti parti komponan berjumpa dengan saya dan mohon sesuatu harus dilakukan maka pejabat PM siapkan apoinmen untuk PM mendengar semua pandangan dan laporan mengenai kawasan masing masing dari aspek sosio ekonomi rakyat terutama kaum bumi. Ekoran itu banyak pertemuan berlaku diantara pemimpin bn dan umno serta pemimpin komponan dengan PM. Apa yang meteka lapor pada PM saya tidak tahu tetapi mereka ini berjumpa saya di parlimen dan Mohon supaya saya jadi jurucakap saja


Jumat Idris Tekanan dan habuan sentiasa datang apabila timbul sedikit usikan terhadap pimpinan sabah. Kalau flem hindi siapa menentang akan dibeli kalau engan terima tawaran akan dibunoh


Jumat Idris Prinsip nya semua pemimpin harus hormat pendirian dan pandangan masing masing dalam isu pelan peralihan kuasa ni. Saya hormat apa pendirian mereka tapi kena hormati juga pendirian saya selaku pemimpjn sepanggar. Pelan peralihan tidak bertujuan mengujudkan perpecahan dalam umno sabah malahan demi keutohan kerajaan barisan nasional sabah. Pelan ini sokong oleh parti pbs upko mca dan ldp selain majoriti ketua bahagian. Coba lihat berapa ketua bahagian yang tampil menentang pelan peralihan kuasa ini. Pehak ketua menteri tak boleh menganggap kami musoh kerana apa yang disampaikan pada PM adalah fakta dan rasionalnya kenapa perlu peralihan kuasa. Ini mengenai politik sabah bukan sepanggar dan dilihat dari perspektif politik BN itu sendiri. Saya yakin ketua ketua bahagian dapat SIGNAL melalui ucapan PM semasa majlis buka puasa iaitu selepas kami melaporkan pelan peralihan kuasa. Kalau itu pun tidak mampu baca bukan lah pemimpjn politik

Jumat Idris Pak min saya cuma ajukan pelan peralihan kuasa bukan merampas kuasa . Mau menang mesti kuat mau kuat mesti bersatu bagaimana bersatu harus kuatkan siratul rahim . Kalau pelan ini difikir wajar dan PM yakin ujudnya keperluan berbuat demikian maka pertukaran harus berlaku secepatnya kerana orang baru perlu masa untuk kuatkan parti dan BN selain menarik keyakinan penjawat awam. Kalau PM buat keputusan tidak perlu maka dato musa aman akan kekal dan semua ketua bahagian akan akur dan sokong. Kenapa isu ini dilihat sebagai nagatif dan bertindak ala flem hindi pula.
Jumat Idris ASN betul lah tu tekanan peranca politik. Tapi geopolitik masa kini sudah memasuki era dimana rakyat cukup matang bercakap mengenai demokrasi Kebebasan bersuara dan sebab itu isa dimansoh bukan begitu tuan

2 comments:

Strategi Perang:Pengenalan said...

Dari Selangor dah berjangkit ke Sabah.

Anonymous said...

Musa dah sangat lama tu. Bagi mengelak api dalam sekam moleklah dan wajarlah di ganti, dengan syarat bukan Jumat dan sepadan dgn nya.

Blog Archive