Latest News

Kemelut MB Selangor: Wan Azizah Tidak Layak: Hadi

SELAMA menjadi ahli Parlimen tidak nampakpun keupayaan Wan Azizah sebagai pemimpin; sudahlah jarang bercakap masalah pengundi yang diwakilinya , juga tiada kemampuan berhujah. 

Seorang Menteri Besar mestilah seorang pemimpin yang mampu memimpin bukan seseorang yang hanya mengikut apa kata orang lain.

Wan Azizah sendiri mengaku, beliau sanggup menjadi boneka kepada suaminya, asalkan beliau dapat menduduki kerusi panas MB Selangor.

Dalam perkembangan lain, Presiden Pas dipetik sebagai berkata Menteri Besar Selangor mestilah seseorang yang mampu memimpin, bukan pemimpin berhujahpun tiada kemampuan; atas sebab itu Pas membuat keputusan bahawa Presiden PKR itu tiada kelayakan dan tidak layak menduduki kerusi MB Selangor.

Melalui kenyataan itu, maka sahlah, bahawa Pas tidak menghantar nama Wan Azizah sebagai pertimbangan Sultan Selangor untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

Khalid terpaksa meletakan jawatan atas sebab dipecat daripada partinya PKR kerana enggan mengikut arahan Anwar untuk mengosongkan kerusi MB Selangor untuk membolehkan isterinya dilantik sebagai MB.

Setidak-tidaknya bangkangan Khalid itu mendapat sokongan daripada Pas, kecuali dua ADUN parti itu yang membelot dan memberi sokongan kepada Wan Azizah.

Nampaknya melalui perkembangan terkini berkaitan calon MB Selangor, hasrat Anwar melantik isterinya akan hanyut.

1 Response to "Kemelut MB Selangor: Wan Azizah Tidak Layak: Hadi"

Anonymous said...

Layak kah nak jadi Menteri Besar, hanya pandai masak maggi, itu pun rendam dalam air panas. Hampasssss

Blog Archive