TITAH Sultan Selangor sungguh mudah. Sila kemukakan lebih daripada tiga nama untuk dipertimbangkan bagi jawatan MB Selangor yang baru. Malangnya, PKR dan DAP bersifat bodoh sombong, pura-pura tidak faham dengan titah itu. Pihak Istana sekali lagi mengingatkan PKR dan DAP selepas menerima surat sesuai dengan tarikh yang diberikan, agar parti-parti itu mengemukakan sesuai dengan titah; namun parti-parti itu enggan juga; atas sebab itu Sultan murka.
Sebenarnya PKR dan DAP mahu menunjukkan kuasa, walaupun kuasa melantik Menteri Besar adalah atas budibicara Sultan; namun mereka tidak mahu faham, kerana dibenak mereka, kuasa Raja Berperlembagaan itu boleh dimansuhkan oleh kuasa parti.
Dari awal-awal lagi PKR telah menunjukkan biadap parti itu kepada Sultan Selangor. Selepas PRU-13 mereka mengemukakan calon untuk dilantik kepada Sultan, apabila lantikan Sultan itu mahu diganti tanpa sebab yang munasabah, mereka membelakangkan Sultan, sebaliknya memaksa Sultan mengikut telunjuk mereka, apabila dengan angkuh menghantar nama untuk dilantik sekali lagi.
1 comment:
Kalau dah bodoh semenjak zaman reformasi, apa nak buat. Dah bodoh lepas tu sombong pulak tu. Heran, ada juga yang dok ikut bontot puak ni lagi. Belum jumpa manusia sebodoh ni, dah hantar nama bini dia, sultan titah hantar 3 nama dari setiap parti. Apa yang susah sangat, memang nak derhaka. Aku makin respect kat Tun M, dia lebih awal mengenali manusia jenis putar alam ni. Nasib baik, cita-cita nak jadi PM berkubur hanya 2 inci saja lagi dari kebenaran.
Post a Comment