Wednesday, September 03, 2014

Kemelut MB Selangor: Tiada Perkembangan Terbaru

SETAKAT INI tiada perkembangan terbaru berkaitan kemelut MB Selangor. Tarikh akhir mengemukakan senarai nama kepada Sultan Selangor adalah pada Rabu 3 September 2014. DAP, PKR dan PAS diminta mengemukakan sekurang-kurang tiga nama kepada Sultan untuk pertimbangan untuk dilantik sebagai MB, bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang telah dipecat daripada PKR.

Walaupun pihak istana telah mengesahkan menerima surat daripada PKR masing-masing bertarikh 14 Ogos dan 1 September, namun dalam surat balas daripada istana yang dihantar kepada PKR petang tadi, masih lagi mahukan agar parti itu menghantar tiga nama.

Nampaknya, proses melantik MB Selangor yang baru akan memakan masa, atas sebab keenggan PKR menghantar lebih daripada dua nama. PKR hanya menghantar calon tunggal iaitu Presiden PKR yang juga isteri kepada Anwar Ibrahim.

Melalui maklum balas daripada Sultan Selangor yang masih mahu senarai tiga nama daripada PKR, maka seharusnya PKR akur dengan permintaan itu, jika parti itu masih enggan, ertinya parti itu mahu memaksa Sultan membuat keputusan sesuai dengan kehendak Anwar Ibrahim.

Mengapa takut sangat mengemukakan lebih kepada dua nama? Rezeki ditangan Allah, tiada sesiapa yang boleh menghalang, jika itulah rezeki Wan Azizah. Demikian juga jika bukan rezeki isteri Anwar itu, walaupun dihantar tanpa saingan, maka kalau bukan rezeki beliau, maka tidak akan beliau dapat.

1 comment:

Anonymous said...

ketum punya puncanya..

Blog Archive