Latest News

Kemelut MB Selangor: Pas Turut Senarai ADUN Parti itu

NAMPAKNYA kemelut pergantian MB Selangor semakin rancak, apabila PAS dikatakan turut menghantar ADUN parti itu. Terlalu sulit diperkatakan, PAS hanya mengemukakan tiga ADUN daripada parti itu, tanpa nama Wan Azizah Wan Ismail mahupun Azmin Ali.

ADUN Pas yang dipersembahkan kepada Sultan adalah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.

Sementara itu, petang semalam pihak Istana sekali lagi menulis surat kepada PKR agar mematuhi permintaan Sultan agar parti itu mengemukakan tiga nama; dalam perkataan yang mudah, Sultan tidak berkenaan dengan calon tunggal parti itu, Wan Azizah Wan Ismail. Di sebabkan pihak istana tidak menghantar surat serupa kepada DAP, ertinya parti itu telah memenuhi permintaan Sultan menghantar tiga nama. Nampaknya dalam diam DAP juga mematuhi permintaan Sultan.

0 Response to "Kemelut MB Selangor: Pas Turut Senarai ADUN Parti itu"

Blog Archive