Latest News

Kemelut MB Selangor: Jika ADUN Pas Yang Terpilih?

JIKA ADUN Pas yang terpilih? Pakatan Rakyat akan berpecah. Pas juga akan berpecah. CLC Pas yang dikawal penyokong Anwar pada 17 Ogos telah memutuskan bahawa dua nama dicadangkan untuk menggantikan Khalid Ibrahim, Wan Azizah dan Azmin; namun pada hari yang sama Azmin menolak, kemudian MPP Pakatan bersetuju agar hanya Wan Azizah dihantar kepada Sultan. Pas yang diwakili Mat Sabu bersetuju dengan membelakangkan keputusan CLC parti sendiri.

Kini, tiba giliran Presiden Pas membelakangkan keputusan CLC, dikhabarkan Majlis Syura parti itu memberi nasehat kepada Presiden agar menghantar tiga nama exco Pas dalam kerajaan negeri Selangor untuk dipertimbangkan oleh Sultan Selangor.

Presiden Pas, Dato Hadi Awang sebelum mesyuarat CLC pada 17 Ogos telah berulang kali tidak bersetuju Khalid digantikan, malah Dato Nik Aziz Nik Mat juga sepandangan dengan beliau; selain itu majlis Syura, badan tertinggi Pas juga bersetuju agar Khalid tidak diganti; Lajnah politik parti itu juga tidak mengiktiraf Wan Azizah sebagai pengganti Khalid; keadaan itu sebelum mesyuarat CLC pada 17 ogos.

CLC Pas pada 17 Ogos terpaksa membuat U Turn, atas sebab dua ADUN parti itu membelot; untuk itu walaupun 13 ADUN Pas masih menyokong Khalid, namun Pas dan Khalid tiada majoriti di DUN walaupun 12 ADUN Bn tidak membantah Khalid meneruskan jawatannya.

Dalam senario sekarang, jika Sultan Selangor memilih ADUN Pas, apa kah PKR dan DAP menyokong? sudah tentu tidak. Jika tidak, maka besar kemungkinan Pas akan mengwujudkan Kerajaan Perpaduan dengan BN, soalnya jika itu jalan itu ditempoh, apakah dua ADUN yang membelot itu akan menarik sokongan terhadap Wan Azizah? Jika dua Adun Pas yang membelot itu (Saari Sungip ADUN Hulu Kelang, Hasnul Baharuddin ADUN Morib) tetap menyokong Wan Azizah, maka MB baru yang dilantik akan serupa dengan Khalid, tiada sokongan majoriti mudah di DUN Selangor. 

Dalam keadaan demikian, maka Sultan tiada pilihan selain memberi restu untuk membubarkan DUN Selangor bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri, 

Dalam keadaan sekarang, apa yang jelas, tindakan Anwar untuk menjadikan kedudukan MB Selangor sebagai krisis politik; bukan sahaja Pakatan Rakyat akan berpecah malah Pas juga.

7 Responses to "Kemelut MB Selangor: Jika ADUN Pas Yang Terpilih?"

Anonymous said...

Kalau ADUN PAS dilantik jadi MB,
maka akan wujudlah pakatan antara BN dan PAS....

Percayalah, akan ada ADUN PKR yg akan keluar parti dan join PAS

Maka, tertegaklah kerajaan perpaduan di Selangor.

Dan berkuburlah pakatan rakyat diselangor

Anonymous said...

Kalau pm ajak azmin join pakatan umno dan pas settle semua hal..umno 12,pas 13,tski 1,azmin 1..baru ada 27..tapi kalau azmin lompat,setakat 4-5 ikut dia tu senang2 la..pengaruh azmin kuat dlm pkr...kerusi mb boleh bagi pas atau azmin atau digilirkan..mmg anti klimax..anwar dan kit siang mmg terjun lombong..kit siang dah usahakan dari 1969.momentum dah mula nak ok..bila jadi senario yg aku cakap tadi,memang betul2 anti klimax..ramai2 terjun lombong atau terjun jambatan pulau pinang

Anonymous said...

Nak ajak Azmin sorry lah.Aku ni bukan setakat bekas ahli PKR tapi juga bekas Ketua Cabang PKR,tahu sangat siapa Azmin,siapa Anwar dan siapa Wan Azizah.Semuanya tak boleh harap,kalau bawa dalam Umno makin rsaklah Umno.

Anonymous said...

Apa pun ini pengajaran bagi Pas..
Pas perlu sedar yg mereka ini dikhianati olih Anwar sebb terserlah Pas memang dalam rancangan untuk dihijack...sbb tu ramai terserlah perbuatan yg menyisih keputusan Presiden malah cuba menghasut Ahli agar tunggang terbalikkan Ulama dangan pelbagai teori untuk mencacatkan Ulama yg bukan jari Anwar..
Nasib baik ianya berlaku sekarang ..kalau kemudian hari..lagi teruk..mika raid Pas belum sempat Hj Hadi sedar.. jadi Presiden dan Ulama Pas harus kaji semula..amanah menjaga Parti agar tidak dicuri olih anasir ini...
Kalau diteliti yg musuhi sangat UMno ialah Anwar dan Jari jarinya..Bukan Pas..tetapi puak puak ini yg menggunakan Pas sebagai sarong.. Yg Pasti lepas tu sarong pastu dibubarkan macam PRSM.. mana si sy hussin.. mana psrm.. Ingat jangan percayakan mereka yg kita tau tak bolih dipercayai..sebab dah terlalu banyak contoh..

Anonymous said...

Ala bro, azmin ni ni budak je la..dia ni dulu mcm anak angkat tun mahathir dan tun hasmah.kena cuci sikit kepala dia dgn tun jadi bodoh la dia.mula2 ko janji la bulan dan bintang kat dia utk join umno atau pas.mcm yg nuar selalu buat kat bebudak pkr dan bebudak pas.bila dah jinak sikit,lama2 ko sepak je la.hidup ni bukannya lama sgt.gua mmg nak tengok kit siang dan anwar terjun jambatan pulau pinang la..

Anonymous said...

Dap asalnya sokong pkr sbb nk harapkan prn...stalemate...them dun bubar...so boleh letak calon melayu...ada harapan la dpt jd mb dap but then dap silap main chess atas papan dam aji. So strategi mkn tuan jd tragedi.
Pkr dah set bad precedence dgn istana...so lps ni sultan akan guna budibicara sama utk memilih mb baru and no way dap punye leh lepas smpi lama2...kesian dap. Mungkin lps ni..akan ada pertukaran barisan dap di selangor krn gagal dan merosakkan peluang parti.

Anonymous said...

Wahai
Pas, bersatulahdengan umno, saudara seagama sebangsa.Jauhi nuar dan kafir laknat. ISYA ALLAH SELAMAT. Berjuanglah untuk agama dan bangsa.

Blog Archive