Friday, September 05, 2014

Kemelut MB Selangor: Jika ADUN Pas Yang Dilantik? Apa Kah Anwar Akur?

NAMPAKNYA hasrat Anwar Ibrahim untuk meletakan isterinya sebagai MB Selangor, bakal terhalang. Memang dari awal-awal lagi pihak istana kurang berkenaan kepada isteri Anwar untuk menggantikan Khalid yang dipecat Anwar daripada PKR. Bukan sahaja Sultan, malahan sebahagian besar rakyat Selangor kurang setuju kepada perlantikan Wan Azizah sebagai MB.

Kesmuskilan yang besar yang difikirkan oleh Sultan dan rakyat Selangor, bahawa jika Azizah dilantik, beliau di bawah pengaruh suaminya, atas sebab itu beliau tidak akan mampu berkhidmat dengan rakyat Selangor.

Bukan sahaja Sultan maklum akan tetapi rakyat Selangor juga tahu, bahawa tindakan menggantikan Khalid, atas sebab MB Selangor itu enggan menurut arahan Anwar agar kewangan negeri dipergunakan untuk memperkuat Pakatan Rakyat umumnya dan PKR khasnya.

Dengan keadaan yang demikian, maka untuk melantik Azizah sebagai MB, terlalu tipis, dan mungkin itulah prasyarat yang diminta oleh Sultan Selangor, bahawa setiap parti DAP,PKR dan PAS perlu mengantar sekurang-kurangnya tiga nama untuk pertimbangan.

Senario yang ada adalah, Wan Azizah tidak sesuai, manakala Azmin Ali awal-awal lagi menolok untuk dilantik, dan kini tinggal calon daripada Pas. Jika calon daripada Pas dilantik, apa kah Anwar akur? atau apa kah DAP juga akur? Sangkaan awal, Anwar bakal menolok, demikian juga DAP akan menolak, apa kah keadaan itu, bakal menghancurkan pakatan tiga parti???

1 comment:

Anonymous said...

Pakatan Rakyat akan hancur....

Blog Archive