Friday, September 26, 2014

Kemelut MB Selangor: Balasan Azmin Pada Pas

HANYA Pas yang mencalonkan Azmin Ali sebagai MB Selangor. PKR sendiri enggan mencalonkan beliau. Namun, selepas mendapat jawatan itu, Pas sekali lagi berkorban dengan kehilangan satu jawatan exco. 

Memang sebagai pengganti kepada jawatan exco adalah jawatan timbalan Speaker, namun jumlah ADUN Pas yang mendapat jawatan tidak berbaloi jika dibandingkan bagimana Pas bertindak sehingga Timbalan Presiden PKR itu menduduki jawatan yang didamkannya sejak tahun 2008.

PKR hanya ada 13 ADUN berbanding Pas 15, namun PKR mendapat jawatan 5 termasuk MB. Bagi DAP, adalah memadai dengan 4 jawatan, 3 exco dan speaker; kerana DAP bukanlah parti yang mahukan Azmin.

DAP dan PKR sebenarnya bertegas, hanya Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dan isteri kepada Anwar sebagao calon tunggal bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Rupanya selepas Pas terutama Presidennya berusaha agar Azmin menduduki jawatan MB Selangor yang ke-15, Azmin membalasnya dengan pengurangan jawatan exco.


Pas kena mengambil iktibar ini, bahawa parti itu sebenarnya bukanlah mustahak kepada PKR dan DAP, melainkan hanya sebagai batu loncatan untuk mendapatkan kuasa.

Azmin berjaya mempergunakan Pas, untuk mencapai keinginannya.

No comments:

Blog Archive