Latest News

Kemelut MB Selangor: Anwar Masuk Kubur Sendiri

TUN Dr Mahathir tidak perlu menunggu lama untuk melihat kegagalan Anwar. Anwar mahu menunjukkan kekuasaannya melalui Langkah Kajang. Tujuan langkah itu adalah untuk menduduki kerusi MB Selangor. Langkah Kajang tetap berlaku, namun niat Anwar tidak kesampaian kerana tersandung akibat dijatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat sebelum penamaan calon pada PRK itu. Anwar dijatuhi hukuman pada 7 Mac 2014 oleh Mahkamah Rayuan; beliau kini masih dalam ikat jamin sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Pada bulan puasa ramai yang menulis/mengulas bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan dapat menyambut Hariraya dengan aman dan gembira, kerana beliau akan dilucutkan jawatan oleh Anwar sebaik sahaja umat islam selesai berpuasa pada bulan ramadhan.

Benar juga, selepas sahaja umat islam menyambut Hariraya, Anwar mengumumkan nama isterinya sebagai pengganti MB Selangor, walaupun semasa pengumuman itu, beliau tidak meminta Khalid meletakkan jawatan.

Selepas pengumunan itu, maka rundingan dalaman dengan Khalid dilakukan, namun Khalid enggan memberi ruang kepada Wan Azizah, akibatnya Khalid dipecat daripada PKR. Walaupun dipecat Khalid, masih menganggap mempunyai sokongan majoriti DUN Selangor, kerana 15 ADUN Pas berada dibelakangnya dengan tambahan 12 ADUN BN tidak membantah beliau meneruskan tugas sebagai MB.

Namun, pada 14 Ogos, berlaku keadaan di mana Khalid kehilangan sokongan majoriti, apabila dua ADUN Pas membelot dan menyatakan sokongan kepada Wan Azizah. Dengan sokongan itu, maka Azizah mempunyai 30 ADUN termasuk dirinya. DUN Selangor mempunyai 56 kerusi. Sesiapa yang mempunyai sokongan lebih daripada 28 ADUN dianggap mempunyai sokongan majoriti mudah.

Berkaitan perkembangan itu, Khalid menghadap Sultan Selangor pada 23 ogos untuk mempersembahkan perletakan jawatan beliau, namun Sultan menangguh perletakan jawatan beliau sehingga urusan perlantikan MB Selangor yang baru. Ekoran tindakan Khalid itu,Sultan meminta parti-parti dalam Pakatan Rakyat menghantar lebih 3 nama untuk dipertimbangkan untuk dilantik sebagai MB yang baru; namun hanya PAS yang akur, manakala PKR dan DAP derhaka.

Kini, selepas beberapa minggu, kemelut MB Selangor akan sampai ke destinasi terakhirnya, apabila pihak istana telahpun mengedarkan kad jemputan bahawa perlantikan MB baru akan berlangsung pada 23 Sepetmber jam 10 di Istana Selangor.

Desas desus, tiga nama telah ditemuduga untuk jawatan itu, Azmin Ali daripada PKR, Iskandar Samad dan Ahmad Yunus daripada Pas.

Siapa kah diantara tiga nama itu bakal dilantik, sama-sama kita tunggu masa yang telah ditetapkan.

Apa yang jelas, berkaitan dengan kemelut MB Selangor yang dicipta Anwar, tidak mampu beliau tangani sendiri, dan membuktikan bahawa Anwar kecundang dalam tindakannya sendiri. Erti daripada tindakan Anwar itu, seolah-olah beliau menggali kubur untuk dirinya sendiri.

1 Response to "Kemelut MB Selangor: Anwar Masuk Kubur Sendiri"

Anonymous said...

itu pilihan dia

Blog Archive