PEMLIHAN media antarabangsa Bloomberg terhadap Idris Jala dalam senarai 50 orang berpengaruh dalam korporat banking mempuyai agenda barat dalam pentabiran Najib.
Idris Jala, mula dikenal apabila dilantik sebagai CEO Mas. Semasa menjadi CEO, salah satu tindakannya untuk menjadikan syarikat penerbangan itu "untung" adalah menjual aset-aset syarikat itu yang bukan menyumbang kepada operasi. Walaupun penjualan aset dilakukan, namun, Mas secara jangka panjang tidak dapat bertahan dan terus rugi, dan kini syarikat itu dibill out dengan RM6 bilion.
Najib tidak melalui penyelidikan yang baik, terpengaruh dengan kenyataan yang "semu" dan menarik Idris jala ke dalam kabinet dan dijadikan sebagai kapten utama dalam mencatur ekonomi negara. Walaupun berbagai tindakan dilakukan melalui strategi yang dilakukan Idris Jala, namun hingga kini belum menampakan lonjakan luar biasa dalam perekonimian negara. Melihat pertubuhan ekonomi negara pada para paras sedikit di atas 5%, ertinya strategi yang dibuat, tidak signifikan dengan berbagai tindakan yang dilakukannya termasuk membayar jutaan ringgit pada perunding antarabangsa.
Hutang negara bukannya berkurang, malah terus bertambah, malah melepasi RM500 bilion; IMDP berhutang RM38 bilion; ertinya kemasukan Idris Jala dalam kabinet untuk mencatur ekonomi negara tidakpun berbaloi dengan "marketing" terhadap dirinya.
Barat mempuyai agenda tersembunyi, jika dahulu menobatkan Anwar sebagai Menteri Kewangan yang sangat berpengaruh, namun selepas penobatan itu, Malaysia hampir sahaja ranap.
Sebagai seorang yang bukan berlatar politik, Idris cuba bercakap politik, tindakan politiknya yang pertama pada PRN Sarawak tahun 2011, yangmemberi kenyataan berkaitan injil berbahasa melayu. Dan kini, kenyataannya berkaitan Akta Hasutan 1948, menurutnya kalau Malaysia mahu menjadi negara maju maka akta itu perlu dihapuskan.
Amerika adalah negara paling maju di dunia, namun penjara Guantanamo di Selatan Cuba masih beropreasi, malah akta yang lebih ketat berbanding ISA yang dimansuhkan Malaysia masih mereka praktekkan.
Kenyataan Idris Jala berkaitan pendakwaan terhadap Azmi Sharom pensyarah undang-undang Universiti Malaya yang memberi pandangan berkaitan krisis Perak tahun 2009; meskipun belum jelas apa kah kenyataan itu berunsur akademik atau hasutan; namun Idris berpendapat ianya tidak perlu dilakukan. Seorang pensyarah, tidak semestinya mengeluarkan pendapat berorentasikan akademik, boleh sahaja pendapatnya berorentasikan pendapatnya sendiri yang boleh diketogrikan sebagai hasutan. Pandangan akademik adalah pandangan yang yang boleh diterima oleh semua pihak dan sudah tentunya pandagan itu boleh diterima pakai apakah melalui norma undang-undang, agama, sosial atau ada istiadat.
5 comments:
SEmua pandangan yang merosakkan, prestasi tak seberapa lagak saja lebih. silap pilih penasihat.
Setiap pendapat ada had nya.. tidak kira sape la org tue, ahli politik ke.. ahli akademik ker..
Klu pcakapannya mmg menjurus ke arah menghasut.. maka akta hasutan harus dikenakan ke atas beliau..
BERANI KERANA BENAR.. TAKUT KERANA SALAH
Kata orang dia adalah pejuang liberalisasi. Apa pendapat DSN.
Amat menghairankan bagaimana Najib bolih melantik seorang bukan Islam walaupun pribumi utk menerajui PEMANDU yg menasihat tentang hala tuju negara kita. Adakah beliau seorang kristian akan meletakan Islam sebagai asas utk perancangan hala tuju negara..
Lihat apa perlembagaan kata tentang Islam dan pentadbiran negara.
Ini le masaalah UMNO tak pernah belajar dpd kesilapan lampau yg mengugat kedudukan Agama Bangsa Negara pada hari ini.
Najib tak usah terlalu ghairah dgn perancangan ekonomi.....jika pembangunan akan menjadikan kera dari hutan bertambah kaya raya.
untuk cantas semua ni , cantas najib dulu,dia lah punca segala masalah dalam Negara.
najib tak layak jadi ketua sebab dia lembek dan dia ada banyak kecintaan dia pada cina.orang-orang liberal ni tak sesuai jadi pemimpin melayu.
Post a Comment