Tuesday, September 16, 2014

Gagasan Persekutuan Malaysia: Kes Sabah

PUNCA Pembentukan Persekutuan Malaysia bermula apabila pada 27 Mei 1961 di Singapura, Perdana Menteri Malaya Tunku Abdul Rahman Al-Haj mencadangkan idea itu.

Idea atau gagasan itulah yang merupakan satu detik penting yang membawa perkembangan parti politik di Sabah. Selian itu, Kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957 juga merupakan satu katalis kepada penubuhan parti-parti di Sabah.

Lanjutan daripada gagasan penubuhan Malaysia maka menjadi pelancar kepada kesedaran politik dan menyebabkan muncul-munculnya parti-parti politik di Sabah dan matalamat parti-parti itu adalah untuk Sabah merdeka.

Secara faktanya gagasan penubuhan Malaysia dikemukakan oleh Tunku dalam persidangan dengan persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara bertempat di Hotel Adelphi, Singapura.

Menurut Tunku melalui cara penubuhan Malaysia, maka mempercepat kemerdekaan Borneo Utara (North Borneo), Sarawak dan Brunei.

Matalamat kedua penubuhan itu, agar supaya kekuatan ekonomi di semua wilayah itu akan signifikan kepada rantu ini.

Disamping itu, melalui penubuhan satu negara baru, ianya boleh membendung resapan komunis di wilayah-wilayah berkaitan.

Peranan Parti Politik Sabah ke Arah Kemerdekaan Sabah

United National Kadazan Organization (UNKO)

Parti United Kadazan Organization (UNKO) merupakan parti pertama di tubuhkan di Sabah Parti ini di anggotai oleh kaum Kadazan dan kumpulan Kristian lain seperti Rungus dan Murut. Antara tokoh-tokoh penting UNKO, selain Donald Stephens ialah seperti Peter Mojuntin, Herman Luping, Ganie Gilong dan G.S Sundang.

Rancangan untuk menubuhkan parti UNKO ini mula di fikirkan pada 26 Mac 1961. UNKO di tubuhkan berasaskan penyatuan pertubuhan-pertubuhan sosial dan kebudayaan orang Kadazan di seluruh Sabah untuk membentuk satu pertubuhan politik. Proses pembentukannya telah di pesatkan lagi apabila pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mengumumkan di Singapura cadangan gagasan Malaysia.

Rentetan daripada pengumuman gagasan Malaysia ini, Persatuan Sosiobudaya Kadazan telah mengadakan satu Kongres Persatuan di rumah kediaman Donald Stephens. Dalam kongrses tersebut satu resolusi telah di luluskan bagi menubuhkan satu lembaga pusat untuk menyelaraskan semua kerja-kerja Persatuan Kadazan di Sabah. Kongres telah mengambil keputusan untuk menamakan Lembaga Pusat itu sebagai The United National Kadazan Organization (UNKO). Pertubuhan ini merupakan parti politik suku Kadazan yang berpusat di pantai barat Sabah yang di tubuhkan pada bulan Ogos 1961 yang di pengerusikan oleh Donald Stephen iaitu seorang ahli perniagaan peranakan Australia-Kadazan dari Jesselton (Kota Kinabalu).Beliau adalah saudagar balak (timber magnate) dan juga terkenal sebagai pengarang akhbar North Borneo News and Sabah Times.(kemudiannya di kenali sebagai Sabah Times). Kekayaan hasil konsesi balak yang di perolehi daripada penjajah British,telah membolehkan menampung perbelanjaan kegiatan parti politik UNKO .Melalui pengelibatan beliau sebagai pengarang akhbar North Borneo News and Sabah Times telah memudahkan penyampai pandangan UNKO mengenai politik Sabah dan Malaysia secara lebih berkesan.

Pada awal penubuhan UNKO, ia mendapat sokongan terbesar daripada kalangan orang-orang Kadazan/Dusun Pantai Barat, terutamanya dari Penampang dan Papar. Kebanyakan ahli-ahli jawatankuasa kerja adalah terdiri daripada mereka yang beragama Kristian.Pada awal penubuhannya, UNKO hanya membuka keahliannya kepada orang-orang Kadazan/Dusun termasuklah orang Dusun dan Sino-Kadazan. Donald Stephens percaya dengan jumlah penduduk Kadazan/Dusun seramai 167,367 (32 % dari jumlah penduduk Sabah) pada tahun 1960 sudah cukup bagi UNKO untuk berdiri dengan teguh sebagai sebuah parti politik dan boleh menjadi dominan partner dalam sebarang penggabungan parti politik lain yang wujud di Sabah.

Saingan Parti UNKO

Namun apabila parti United Sabah Nation Organization (USNO) wujud dengan dasarnya yang membuka keahlian kepada semua kaum bumiputera di Sabah sama ada beragama Islam atau tidak telah menyebabkan kedudukan parti UNKO tergugat. Dasar USNO yang membuka keahliannya kepada semua kaum ini telah menarik ramai sokongan orang-orang Dusun yang tidak setuju dengan penggunaan istilah Kadazan sepertimana dasar perjuangan UNKO telah menyertai parti USNO. Golongan Dusun khuatir dengan kedudukan mereka dalam UNKO memandangkan mereka kurang maju dalam pelajaran dan ekonomi akan mudah di dominasikan oleh orang-orang Kadazan Penampang yang sedia lebih berpelajaran dan lebih berada berbanding orang-orang Dusun. Ini terbukti apabila mereka menyaksikan keahlian parti politik UNKO banyak di kuasai oleh orang Kadazan Penampang.

Menurut Donald Stephens, matlamat utama penubuhan UNKO ialah untuk menyatupadukan rakyat Kadazan/Dusun dan Murut supaya mereka pada akhirnya berkerjasama dan bersatu dengan etnik-etnik yang lain untuk memajukan serta membangunkan negeri Sabah. Selain itu, tujuan penubuhan UNKO juga adalah untuk memperkuatkan perhubungan di antara orang-orang Kadazan/Dusun agar mereka dapat memperjuangkan satu cita-cita dan satu matlamat dalam politik, ekonomi, dan sosial, di samping menggesa kerajaan British supaya tidak mengabaikan hak-hak bumiputera Sabah, terutamanya orang-orang Kadazan/Dusun.Ia juga bertujuan untuk menggalakkan semangat orang-orang Kadazan/Dusun supaya bersatu dan tidak mudah mengalah kepada orang-orang lain, agar terus hidup dalam suasana kegembiraan, keharmonian dan kesederhanaan.. 

Penyebab United Sabah National Organization (USNO) Ditubuhkan

Kemunculan UNKO telah menimbulkan rasa kebimbangan di kalangan penduduk bumiputera Islam di Sabah. Oleh itu, bumiputera Islam telah menubuhkan parti politik mereka sendiri,iaitu United Sabah National Organization(USNO) yang mewakili cita-cita dan objektif komuniti Melayu Muslim di Sabah .Ia di lancarkan di Kudat oleh Tun Datu Mustapha pada 23 Disember 1961, empat bulan selepas penubuhan UNKO.

Sebenarnya kewujudan parti USNO ini adalah hasil daripada kesedaran orang-orang Melayu Islam terutamanya Datu Mustapha Harun dan pemimpin-pemimpin Islam Sabah yang bergiat dalam berbagai persatuan Islam.

Kebanyakan pemimpin persatuan Islam tersebut menjadi pemimpin dalam parti USNO. Di antara mereka yang menjadi pengasasnya ialah Datuk Hj.Zakaria Gunn, Datuk Ahmad Mahmud, Hj.Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Datuk Hj. Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Datuk Othman Hj.Sidik dan Datu K.M Edinin.

Pemimpin utama Persatuan Islam Putatan, Allahyarham Datuk Hj. Abu Bakar Titingan adalah Timbalan Presiden USNO yang pertama. Pemimpin-pemimpin Islam ini telah berjaya menggabungkan persatuan-persatuan sosial dan Islam seluruh Sabah di bawah naungan satu parti politik.

Sejak awal penubuhan parti USNO ini, ia telah di pimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun yang merupakan seorang pemimpin bumiputera tempatan yang sangat kuat pengaruhnya di kalangan orang Islam Sabah sejak awal tahun 1950-an. Sebelum penerajui kepimpinan parti USNO, beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Anak Negeri Gred Satu yang membawa gelaran Orang Kaya-kaya dan di lantik menjadi ahli Majlis Perundangan Sabah pada tahun 1955.

Pada 24 Disember 1961, Datu Mustapha menggariskan cogan kata Parti iaitu Bersatu, Bersedia, Berkhidmat kearah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia. USNO sejak awal lagi menyokong gagasan Malaysia kerana ia dapat menjamin perkembangan ekonomi dan kestabilan politik Sabah. Malah pembentukan ini mampu menyekat perkembangan komunis di Sabah.

Datu Mustapha adalah pemimpin pertama Sabah yang menyokong agama Islam di jadikan agama rasmi Sabah dan begitu juga Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Dasar ini ketara bertentangan dengan dasar UNKO dan inilah yang menyebabkan kontroversi antara dua parti ini. Namun kedua-dua parti ini bersatu menjelang penubuhan Malaysia.

United National Pasok-Momugun Organization (PASOK-MOMUGUN)

PASOK-MOMUGUN di anggotai oleh suku-suku bumiputera dari kawasan pedalaman Sabah. O.K.K. Sedomon dan O.K.K. Sundang iaitu dua orang adik-beradik telah memimpin parti ini sejak ia di tubuhkan. Orang Murut berasa bimbang bahawa kemungkinan mereka akan ketinggalan dalam arus perubahan yang pesat di Sabah berbanding dengan orang Kadazan dan Melayu Muslim. Oleh itu, G.S.Sundang keluar dari UNKO dan menubuhkan United National Pasok Momugun Organization (Pasok Momugun) pada 4 Januari 1962 bersama-sama dengan Orang Kaya-Kaya Sedomon. Perkataan Pasok Momogun dalam bahasa Dusun membawa maksud People Of the Country,tetapi ia di anggotai oleh kebanyakan kaum Murut dan Dusun di Sabah .Pasok Momogun di tubuhkan oleh golongan Bumiputera Sabah yang tidak setuju dengan USNO yang menyokong gagasan Malaysia dan penggunaan “Kadazan” oleh UNKO.

Tujuan parti ini di tubuhkan adalah untuk melindungi hak kaum Bumiputera di kawasan pedalaman dan di sokong oleh segelintir orang Cina yang bimbang tentang kedudukan ekonomi mereka apabila menyertai Malaysia. Misalnya, Khoo Siak Chiew, seorang tauke Cina dari Sandakan menyuarakan kebimbangan mengenai Sabah akan di jajah oleh Tanah Melayu sekiranya Sabah tidak di beri hak berkerajaan sendiri terlebih dahulu.

Pada peringkat awalnya, orang Cina menggunakan orang Murut sebagai alat untuk menentang penubuhan Malaysia.Tauke-tauke Cina seperti Peter Chin dari Kota Kinabalu dan Khoo Siak Chiew dari Sandakan memberi sokongan kewangan kepada orang Murut untuk menubuhkan parti politik. Sebuah laporan di buat bahawa pada tahun 1962, United Party telah menyumbang wang sebanyak $250,000 kepada Pasok Momogun.

Pada dasarnya, Pasok Momogun juga menentang penubuhan Malaysia kerana kebimbangan terhadap dominasi Melayu Islam. Selain itu juga,parti ini mahukan Sabah mencapai kemajuan dan kemerdekaan sendiri sebelum menyertai sebarang persekutuan. Namun, walau bagaimanapun akhirnya Peter Chin dan Khoo Siak Chiew menerima pembentukan gagasan Malaysia apabila mereka sedar bahawa gagasan itu pasti akan menjadi kenyataan.

Setelah itu, bantuan kewangan kepada Posok-Momogun pun dihentikan dan G.S.Sundang di tinggalkan dengan sikap anti Malaysianya. Selepas itu, pengaruh Pasok-Momogun pun semakin merosot dengan beberapa kehadiran parti Cina dan parti Cina tersebut telah mula bergerak kearah berkerjasama dengan UNKO dan USNO.

Setelah melihat perkembangan itu, akhirnya G.S. Sundang akhirnya terpaksa akur lalu mempertimbangkan semula gagasan Malaysia. 

Akhirnya, pada November 1962, Pasok Momogun menyertai Parti Perikatan Sabah sebagai salah satu komponen parti yang menyokong Malaysia. Kemudian Pasok Momogun telah bergabung dengan UNKO pada Jun 1964 membentuk United Pasok Momogun Kadazan Organization (UPKO).

Adalah dapat di lihat bahawa penubuhan Pasok Momogun ini berkait rapat dengan gagasan Malaysia dan akhirnya menjadi satu parti yang terdapat dalam Parti Perikatan Sabah.

Parti Politik Cina

Orang cina juga telah mula mencari idea terbaik untuk melindungi kepentingan komunitinya di Sabah. 

Timbul kebimbangan di kalangan orang Cina bahawa pembentukan gagasan Malaysia ini bukan sahaja menggugat peluang ekonomi mereka, malah orang Cina juga beranggapan ia akan membawa dominasi politik orang Melayu dan menjejaskan kedudukan bahasa Cina dan pendidikan mereka di Sabah.

Muncul dua aliran reaksi orang Cina di Sabah terhadap pembentukan gagasan Malaysia. Pertama, di satu pihak mereka inginkan sebuah pertubuhan politik, manakala di satu pihak lagi mereka inginkan sebuah badan bukan politik untuk memperjuangkan kepentingan mereka di Sabah. 

Akhirnya, orang Cina yang inginkan pertubuhan politik telah menubuhkan parti politik mereka pada tahun 1962. Pada awal tahun 1962, terdapat dua buah parti Cina iaitu North Borneo Democratic Party (NBDP) yang di bentuk di Kota Kinabalu yang di pimpin oleh Peter Chin dan United Party (UP) yang di bentuk di Sandakan pada Febuari 1962 yang di pimpin oleh Khoo Siak Chiew. United Party ini di sertai oleh peniaga-peniaga kaya dari golongan Hakka dan Teochew yang berpendidikan Inggeris serta sebilangan kecil golongan profesional.NBDP pula mewakili peniaga dan pedagang sederhana dari golongan Hokkien dan Hakka yang kebanyakan daripada mereka berpendidikan Cina.

Kedua-dua parti Cina ini inginkan Sabah mencapai kerajaan sendiri terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia. UP berpendapat bahawa penubuhan Malaysia adalah perkembangan yang terlalu awal bagi Sabah. Sementara NBDP menuntut taraf berkerajaan sendiri,tidak ada bahasa atau agama rasmi,bahasa Inggeris terus di kekalkan,hubungan rapat dengan Tanah Melayu dan Singapura mesti di jalankan secara beransur-ansur serta hendaklah di tentukan taraf orang Cina kacukan Dusun (Sino-Dusun) di Sabah.

Jika dibandingkan parti ini dengan UNKO dan USNO parti ini kecil yang memperjuangkan kepentingan dan masa depan komunitinya di Sabah. Penubuhan dua buah parti ini semakin penting memandangkan sejak tahun 1960, komuniti Cina telah menguasai 32 lesen kayu balak dan 90% ekonomi Sabah juga berada pada tangan orang Cina.Maka kepentingan ekonomi mereka di Sabah perlu lah di lindungi.

Menjelang pilihanraya tempatan pertama di Sabah, pada Febuari 1962, wakil-wakil Malayan Chinese Association (MCA) dari Tanah Melayu telah melawat Sabah dan berjaya memujuk kedua-dua buah parti ini untuk membentuk gabungan bagi mewakili komuniti Cina dalam pilihanraya yang akan di adakan di Sabah .Di bawah pimpinan Dr.Lim Swee Aun, MCA berjaya menyatukan kedua-dua parti tersebut untuk membentuk Borneo Utara National Party(BUNAP) pada 12 Oktober 1962.

Pada masa yang sama juga, MCA berjaya mengurangkan kebimbangan orang Cina tentang kedudukan ekonomi mereka apabila menyertai dan ini sekali gus mempengaruhi mereka untuk berkerjasama dengan kaum lain dalam proses Sabah menghadapi pilihanraya dan mencapai kemerdekaan. Menjelang tahun 1962, parti ini mengumumkan penerimaan gagasan Malaysia dan bersedia untuk berkerjasama dengan parti-parti yang menyokong gagasan Malaysia dan ini sekali gus telah membawa kepada penyertaan BUNAP dalam parti Perikatan Sabah.

Apabila Sabah menyertai Malaysia dan namanya ditukar daripada Borneo Utara kepada Sabah ,iaitu pada 16 Sept. 1963, nama BUNAP ditukar kepada Sabah National Party (SANAP).

Perikatan Sabah

Parti perikatan Sabah di anggotai oleh UNKO,USNO,SANAP dan PM. Penubuhan Perikatan ini adalah atas intensif dan usaha pemimpin-pemimpin politik Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu bagi mewujudkan satu perpadun untuk menyokong penubuhan gagasan Malaysia.

Pada awal penubuhan perikatan ini (1962-1967) masih wujud perbezaan pendapat dan asas antara parti yang menganggotai perikatan ini. Persengketaan dan perbezaan pendapat ini jelas kelihatan terutamanya antara parti UNKO dan USNO.Namun disebabkan oleh beberapa perkara akibat ancaman Filipina yang menuntut Sabah dan Konfrontasi Indonesia, persengketaan ini terpaksa di lupakan demi kepentingan dan kemerdekaan Sabah.

Pemimpin seperti Datu Mustapha, Donald Stephens, G.S.Sundang dan Khoo Siak Chiew telah bersama-sama menyatakan bahawa penduduk Sabah adalah bersaudara dan mereka harus berkerjasama untuk mewujudkan sebuah negeri yang makmur. Namun ia tidak dapat bertahan lama kerana terpaksa tunduk kepada kehendak masing-masing yang sentiasa wujud curiga mencurigai yang kurang percaya kepada parti-parti lain dalam komponen.

Walaupun berada dalam satu perikatan yang sama, namun masih wujud unsur perkauman dalam menyokong calon parti.USNO penyokongnya terdiri daripada Melayu-Muslim,UNKO disokong oleh Kadazan/Dusun dan Sino-Kadazan ,SANAP disokong oleh Cina manakala Pasok Momogun disokong oleh masyarakat Dusun dan Murut di Pedalaman.

Kerajaan Perikatan Sabah

Pada awal penubuhannya, asas penubuhan parti adalah tidak kukuh dan terburu-buru bagi menyokong penubuhan gagasan Malaysia. Di sebabkan hal ini, setiap parti yang ada dalam perikatan ini masih memperjuangkan hak kaum masing-masing. Dalam tiap-tiap parti ini masih wujud perasaan perkauman yang terlalu tebal yang lebih berpihak kepada kepentingan kaum masing-masing. 

Perikatan telah membentuk kerajaan selepas memenangi pilihanraya secara langsung menerusi ”Residency Electoral Colleges”yang di adakan pada bulan Mac 1963.

Pilihanraya ini di adakan bertujuan untuk memilih calon menduduki Majlis Dewan Undangan. Dalam pilihanraya tersebut, USNO menang 8 kerusi,UNKO 5 kerusi, SANAP 4 kerusi dan PM 1 kerusi. 

Dalam kerajaan baru ini British dan semua ahli perikatan bersetuju untuk memilih Donald Stephens sebagai Ketua Menteri.Kalau di lihat melalui pemilikan jumlah kerusi,Tun Mustapha lebih layak menjadi Ketua Menteri tetapi Tun Mustapha mengalah dan memberi peluang kepada Donald Stephens dan memegang jawatan sebagai Yang Di-pertua Negeri dan nampak lebih adil untuk mengurangkan ketegangan antara bumiputera Islam dan bukan Islam.

Namun ada juga mengatakan bahawa Tun salah tanggapan pada jawatan Yang di-Pertua.Beliau beranggapan bahawa jawatan ini sama seperti Gabenor pada zaman British.Tetapi sangkaan beliau ini adalah sebaliknya.Kedudukan beliau sangat terkongkong dalam politik kerana semua kuasa pentadbiran Sabah di pegang oleh Donald Stephens.Ini menyebabkan beliau enggan berkerjasama dengan Donald Stephens lalu melemahkan kedudukan perikatan.

Ketegangan yang berterusan antara USNO dan UPKO ini telah memberi keuntungan kepada orang Cina. Hal ini bertambah rumit apabila Kerajaan Pusat campur tangan dan memaksa Donald Stephens meletak jawatan. Apabila Donald Stephens meletak jawatan dan memegang Menteri Hal-Ehwal Sabah ,jawatan Ketua Menteri telah di sandang oleh Peter Lo dari SCA.Parti UPKO berasa kecewa dengan tindakan USNO/SCA dan Kerajaan Persekutuan kerana mereka beranggapan bahawa perlantikan Peter Lo ini akan menjadi laluan kepada Tun Mustapha untuk menjadi Ketua Menteri selepas itu. Ini menyebabkan UPKO bertindak meminta supaya kemasukan Sabah ke Malaysia di kaji semula namun di tolak oleh Tunku dan ini menyebabkan Donald Stephens mahu berkerjasama dengan Singapura untuk menubuhkan Persekutuan 3 S (Singapura,Sabah,Sarawak). Ini di anggap ancaman kepada Tunku dan menyebabkan Tunku menekan perikatan Sabah supaya menggugurkan jawatan pemimpin UPKO ini. Untuk kepentingan penyokong UPKO,Donald Stephens dan Peter Mojuntin meletak jawatan dan kedudukan UPKO dalam perikatan semakin lemah.

Pada bulan Disember 1967, UPKO di bubarkan kerana Donald Stephens merasakan pengaruh beliau dan UPKO semakin lemah kerana hampir semua rancangan beliau gagal.Ini di tambah lagi apabila seorang demi seorang ADUN UPKO melompat parti kerana kedudukan mereka lebih terjamin dan mendapat keistimewaan.Setelah UPKO di bubarkan,USNO menguasai Sabah semula dan ia di sambut baik oleh Tunku dan Tun Mustapha.Ekoran dari itu,Donald Stephens di lantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia.

Dengan pembubaran UPKO dan ketiadaan Donald Stephens dalam politik Sabah telah meredahkan suasana ketegangan politik Sabah dan Sabah dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pembangunan negeri Sabah.

Kerjaan Perikatan Pasca Merdeka

Terdapat banyak kecacatan dalam pentadbiran Kerajaan Perikatan tahun 1967-1976. Sungguh pun begitu, pentabiran USNO masih membawa kebaikan kepada negeri dan rakyat Sabah .Pada era pentadbiran ini,keadaan politik stabil dan ini memudahkan lagi pembangunan Sabah untuk di jalankan.

Banyak Rancangan-rancangan pembangunan telah berjaya di laksanakan dengan licin disebabkan adanya perpaduan rakyat. 

Kerajaan perikatan pada tempoh ini sentiasa berusaha untuk menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat dan tanamkan semangat cintakan negara memandangkan terdapat banyak kaum di Sabah yang masing-masing dengan agama dan budaya tersendiri.

Oleh itu,adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyatupadukan rakyat demi kepentingan pembangunan Sabah.

Antara langkah yang telah di laksanakan ialah meingiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi manakala Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Sabah yang bertujuan penyatuan rakyat.

Walaupun USNO bukan parti Islam tetapi parti ini banyak berusaha untuk mengukuhkan dan meluaskan Islam di Sabah.

Di bawah pentadbiran USNO, agama Islam telah di jadikan agama rasmi negeri Sabah. Namun walau Islam sebagai agama rasmi negeri,tetapi agama lain bebas di amalkan.

Bagi menjayakan rancangan ini, Ketua Menteri telah menubuhkan United Sabah Islamic Association(USIA) pada bulan Ogos 1969 yang bertujuan untuk mentadbir Islam dan menyebarkan dakwah Islam di Sabah.

Selain USIA, Kerajaan USNO juga telah menubuhkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada tahun 1971 bagi menguruskan hal-ehwal Islam di Sabah. Namun, tindakan USNO ini tidak di senangi oleh bumiputera bukan Islam kerana mereka merasakan bahawa dasar ini tidak harus di laksanakan kerana Sabah terdiri daripada pelbagai agama.

Dasar-dasar yang di laksanakan oleh Tun Mustapha tidak berapa di senangi oleh bumiputera bukan Islam. Akhirnya perpaduan yang di kecapi telah goyah dan semangat perkauman dan keagamaan semakin menenebal di hati bumiputera Kristian dan Kadazan di Sabah.

Namun,walau wujud banyak kontroversi, terdapat juga pembangunan dari segi ekonomi dan pelajaran bumiputera Sabah. Pada tahun 1969 Yayasan Sabah telah di tubuhkan yang banyak memberi manfaat kepada bumiputera Sabah.

Walaupun banyak kontroversi,namun ia tidak lah sampai kepada tahap yang membimbangkan kerana kedudukan USNO pada waktu itu telah kukuh dan sukar untuk di tandingi.Walau pun ada cubaan-cubaan untuk menggugat kedudukan USNO,namun dengan cepat-cepat ia di atasi oleh USNO.Contohnya, Peter Mojuntin telah menubuhkan Union Of Sabah People (USAP) tetapi ia gagal di daftarkan kerana penyokong-penyokongnya di ancam dan pemimpinnya pula begitu mudah di sogok dengan wang.

Penentangan ke atas pimpinan USNO tidak berdiam begitu sahaja .Kemarahan dan ketidakpuasan di kalangan rakyat semakin membara di atas dasar-dasar USNO yang kurang di persetujui.Peluang yang di tunggu telah tiba apabila BERJAYA di tubuhkan untuk mengembalikan semangat politik rakyat Sabah.

Penubuhan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA)

Pembentukan Parti Bersatu Rakyat Sabah (BERJAYA) dapat di bincangkan berdasarkan hubungan antara Kerajaan Perikatan Sabah dan Kerajaan Pusat Kuala Lumpur pada tahun-tahun akhir pemerintahan Perikatan Sabah.

Pada era awal pemerintahan Perikatan Sabah, hubungan di antara Kerajaan Perikatan Sabah dan Kerajaan Pusat Kuala Lumpur adalah sangat baik dan erat terutama sekali semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri.

Namun, apabila Tun Mustapha sudah menjadi semakin kuat dan terlalu berkuasa, hubungan baik ini semakin renggang.

Tindak-tanduk Tun Mustapha semakin sukar untuk di kawal dan banyak bercanggah dengan dasar Kerajaan Pusat pimpinan Tun Abdul Razak.

Banyak berlaku pembaziran wang, penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa yang telah menyebabkan berlaku pertelagahan peribadi di antara kedua-dua tokoh Pusat dan Negeri itu.

Pertentangan yang berlaku ini telah menjadi faktor penting yang membawa Kerajaan Pusat untuk menyokong penubuhan BERJAYA.

Dengan sokongan yang di lakukan oleh Kerajaan Pusat Kuala Lumpur ini, Tun Mustapha tidak dapat menyekat pertumbuhan parti BERJAYA seperti yang pernah di lakukan oleh beliau sebelum ini ke atas parti politik yang lain.

Selain daripada sokongan daripada Kerajaan Pusat Kuala Lumpur, penubuhan parti ini juga turut di sokong oleh tokoh-tokoh seperti Abd.Ghafar Baba, Abd.Rahman Yaacub dan Yang Dipertua Negeri Sabah sendiri iaitu Tun Fuad juga turut menyokong penubuhan parti ini.

Pada awal tahun 1975, hubungan antara Kerajaan USNO-SCA dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi semakin tegang apabila Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, meminta dan menyokong supaya di bentuk satu parti baru yang lebih berbentuk multi-racial iaitu pelbagai corak bangsa di Sabah untuk menentang Tun Mustapha dan USNO. 

Suatu keputusan telah di capai untuk membentuk parti BERJAYA, suatu usul yang cepat dan sebuah parti baru ini telah di bentuk pada 15 Julai 1975.

Pemimpin yang menerajui parti BERJAYA ini terdiri daripada bekas pemimpin dalam USNO yang tidak puas hati dan tidak bersefahaman dengan kepimpinan Tun Mustapha, seperti Datuk Harris Salleh dan Datuk Salleh Sulong, bekas pemimpin parti UNKO seperti Tun Fuad Stephens dan Datuk Peter Mojuntin, pemimpin Parti Cina seperti Yap Pak Leong, Chong Thain Vun dan Lim Guan Sing serta ahli baru yang terdiri daripada sektor persendirian dan bekerja seperti Datuk Yeh Pao Tzu,Datuk K.Y.Lee, Wong Boon Ping, Nicholas Fung,Joseph Pairin Kitingan, Wong Yau Ket,Darius Binion,Datuk Fred Sinidol dan James P.Ongkili.

Apa yang unik mengenai parti BERJAYA ialah, parti ini merupakan parti pertama yang betul-betul bersifat multiracial yang di tubuhkan di Sabah sejak negeri mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963. Ini dapat di lihat apabila parti ini di terajui oleh pemimpin dari golongan bumiputera Muslim dan bukan Muslim iaitu terdiri daripada bangsa Kadazan/Dusun, Bajau ,Suluk, Rungus, Murut,Bisaya, Brunei,Orang Sungai, Kwijau,Tatana,Tidong dan Kimaragang.

Persatuan-persatuan Cina juga menyertai parti ini kerana keyakinan mereka kepada parti ini dalam membangunkan semua bangsa di Sabah dalam melibatkan diri dalam politik Sabah.

Kemunculan Parti BERJAYA ini telah di sambut baik oleh segenap masyarakat yang cintakan demokrasi.

Hal ini terbukti apabila Parti BERJAYA memenangi pilihanraya negeri dalam bulan April, 1976.

BERJAYA telah memperolehi 28 kerusi daripada 48 kerusi yang di pertandingkan. Manakala USNO hanya memperolehi 20 kerusi dan kebanyakan kerusi ini di perolehi daripada kawasan bumiputera Islam.

Parti BERJAYA hanya dapat menawan tiga buah kawasan penduduk Islam iaitu Lahad Datu, Papar dan Kawang.Tetapi memperolehi undi yang terbanyak daripada orang-orang Kadazan dan Cina.

Parti Penuh Kontraversi - Parti Bersatu Sabah (PBS)

Penubuhan Parti PBS tidak semudah penumbuhan parti Berjaya. PBS ditubukan Oleh Joesph Pairin Kitingan, selepas beliau dipecat daripada PBS, kemudian kawasan yang diwakili beliau Tambunan diturunkan status.

Apabila dipecat, maka satu pilihanraya kecil diadakan di Tambunan pada tahun 1984. Pairin menang menggunakan lambang bebas mengalahkan calon Berjaya- Roger Ongkili.

Kejatuhan Parti Berjaya diambang pintu, dengan menlihat kepada sambutan pengundi KDM semasa PRK Tambunan. Mengapa kejatuhan Berjaya diambang pintu? sebabnya Parti itu sebenarnya dari awal-awal lagi disokong oleh kaum KDM. Dengan melihat sokongan kaum KDM kepada Pairin, dapat diduga bahawa kejatuhan Berjaya hanya menunggu masa.

Kemenangan Parti PBS dalam pilihanraya pada tahun 1965 telah memeranjatkan semua pihak terutamanya parti BERJAYA dan Kerajaan Persekutuan sendiri.

Namun bagi rakyat ia sememangnya telah di duga memandangkan keadaan politik pada masa tersebut yang tidak menentu.

Rakyat sememangnya menunggu kemunculan parti baru yang lebih baik yang mampu mempertimbangkan tentang keperluan dan hak mereka.

Keadaan pergolakan politik pada masa tersebut telah di gunakan sebaik mungkin oleh PBS untuk meraih sokongan daripada rakyat.

Walaupun wujud 40 hari sebelum pilihanraya berlangsung namun pemimpin-pemimpin hebat seperti Joseph Pairin Kitingan,Joseph Kurup,Benard Giluk Dompok serta pemimpin Kadazan yang lain yang berpendidikan tinggi telah berusaha sekuat-kuatnya untuk menumpaskan parti BERJAYA.

Parti PBS turut mendapat sokongan kuat daripada orang Kadazan/Dusun yang tidak puas hati dengan tindakan Datuk Harris yang menarik taraf daerah Tambunan dan sikap tidak adil Parti BERJAYA dalam mengagihkan kekayaan kepada penduduk yang kurang berada di bandar dan luar bandar.

Sokongan padu daripada rakyat ini dapat di lihat apabila PBS memenangi pilihanraya pada 10 April 1985.Daripada 48 kerusi yang di pertandingkan, PBS telah memenangi 25 kerusi manakala USNO 16,PASOK 1 dan BERJAYA 6 kerusi.

Kemenangan ini mengejutkan Kerajaan Persekutuan dan presiden BERJAYA apabila Datuk Harris kalah di tempat sendiri iaitu di Tenom kepada calon baru PBS yang tidak terkenal iaitu Encik Kadoh Agundang.

Kemenangan PBS dalam pilihanraya ini membolehkan PBS membentuk kerajaan baru di Sabah.

Datuk Jospeh Pairin Kitingan sebagai presiden parti telah di lantik sebagai Ketua Menteri manakala Mark Koding telah di lantik sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar.

Selepas kejatuhan parti BERJAYA ini, maka Sabah terdedah semula kepada politik yang bersifat perkauman.

Bumiputera Islam kebanyakannya menyokong perjuangan parti USNO manakala bumiputera bukan Islam menyokong perjuangan PBS.

Namun, Datuk Joseph Pairin Kitingan menyatakan bahawa parti ini untuk semua kaum tetapi di sebabkan ia dibentuk oleh pemimpin dari orang Kadazan/Dusun dan penyokong ramai dari Kadazan/Dusun dan Murut maka ia kelihatan seperti di kuasai oleh satu kaum sahaja.Tatapi PBS juga berhasrat untuk menarik sokongan bumiputera Islam dan orang-orang Cina.

Pada permulaan,PBS kurang mendapat sokongan daripada bumiputera Islam kerana kurang yakin dengan wakil bumiputera Islam dalam PBS.Wakil tersebut adalah Encik Nahalan Hj.Damsal dan Puan Ariah Tengku Ahmad.Wakil-wakil ini tidak di yakini oleh bumiputera Islam kerana Encik Nahalan Hj.Damsal yang merupakan pengikut ajaran Qadiani manakala Puan Ariah merupakan saudara baru yang berketurunan Australia. Oleh itu,kesetiaan mereka terhadap Islam masih di ragui.Tanpa wakil Islam yang berpengaruh dalam PBS,sokongan Orang Melayu-Muslim tetap kurang.Tetapi sungguh pun begitu,Datuk Pairin tetap berusaha untuk menjadikan PBS sebagai parti yang berbilang kaum.

Setelah mengalahkan parti USNO dan BERJAYA, PBS memenangi pilihanraya pada 5 dan 6 Mei 1986 sekali lagi.

Usaha USNO, Berjaya serta BN untuk menyekat pengaruh PBS tidak berjaya.Dalam pilihanraya tersebut PBS memenangi 34 kerusi manakala USNO dan Berjaya masing-masing 12 dan 1 kerusi. Dengan 6 wakil yang di lantik oleh kerajaan selaras dalam peruntukan Perlembagaan Negeri Sabah, PBS menguasai 40 daripada 54 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah dan melayakkan PBS di terima sebagai ahli BN namun kekecohan terus berlaku sehinggalah PBS keluar dari BN menjelang pilihanraya tahun 1990 dan menyertai pakatan pembangkang di Semenanjung yang diketuai Tengku Razalegh Hamzah. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai Tikam belakang.

Ekoran tikam belakang itu, Usno sebagai anggota BN pusat sama dengan PBS, menjemput Umno masuk Sabah, dan membubarkan parti itu agar semua ahlinya memasuki Umno secara enblock.

Lahirlah anak sulung Umno di Sabah melalui Pilihanraya kecil di Usukan, di mana Tun Mustapha mewakili Umno menentang calon PBS mantan Pegawai Daerah Kota Belud Jap Omar. Sepertimana diduga, Tun Mustapha menang mudah, kerana kawasan Usukan adalah kawasan majoriti islam.

Menjelang PRN tahun 1994, ramai pemimpin PBS keluar parti antara Yong Teck Lee dan menubuhkan parti SAPP, Bernard Dompok- PDS, Joseph Kurup- PBRS bergabung dengan Umno AKAR dan LDP membentuk BN Sabah.

Sebenarnya punca kejatuhan PBS berpunca pada penubuhan AKAR tahun 1989 apabila pemimpin PBS seperti Mark Koding, Pandikar Amin Haji Mulia dan Kalakau Untol menubuhkan parti itu.

Pada PRN tahun 1994, PBS sebagai kerajaan hanya menang 25 daripada 48 kerusi DUN Sabah. Di sinilah bermulanya kerajaan BN Sabah yang ditunjangi Umno, apabila dua ADUN PBS menyertai Umno, iaitu Lajim Ukin ADUN Klias dan Roben Balang, ADUN Kemabong.

Apa Yang Dapat Disimpulkan

Sebenarnya hanya Usno yang benar-benar berjuang untuk kemerdekaan Sabah dan seterusnya menyokong pembentukan Malaysia.

UNKO meskipun pada akhirnya bersetuju dengan pembentukan Malaysia, akan tetapi bersyarat.

Manakala kaum cina yang pada mulanya memperalatkan Pasok Momogun untuk menentang pembentukan Malaysia, akhirnya membuat pusingan U.

Walaupun pemimpin Pasok Momogun tetap menolak pembentukan Malaysia, akhirnya akur, kerana parti itu tidak mempunyai sokongan akar umbi di Pendalaman.

Bibit-bibit penentangan Persekutuan Malaysia, sebenarnya bermula sebelum Sabah merdeka lagi; bibit-bibit itu diteruskan oleh golongan yang sama, walaupun Sabah telah merdeka 51 tahun.

Suara-suara sumbang yang ada berkaitan Persekutuan Malaysia yang diuar-uarkan sejak akhir-akhir ini, berpunca daripada golongan yang sama. 

Pertanyaan, sampai bila ianya akan tamat?

No comments:

Blog Archive