APA KAH penyakit Anwar menular ke Sabah? Anwar mencipta Langkah Kajang dengan tujuan mengisi jawatan MB Selangor. Namun langkah itu disifatkan sebagai menggali kubur sendiri.
Kini di Sabah terdapatnya G-8, dan kini menjadi G-6 dan aktif menemui beberapa pemimpin dan terkini mereka menemuhi Dato Hishamuddin, salah seorang Naib Presiden Umno membicangkan pelan pertukaran kepimpinan negeri.
Sabah mempuyai 25 Bahagian Umno dan daripada 25 itu 17 Bahagian bermajoriti kaum bumiputera islam, di mana 32 ADUN yang disandang wakil-wakil rakyat Umno berlokasi.
G-6 adalah terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian Umno daripada kawasan bukan majoriti bumiputera islam; walaupun dikatakan kumpulan itu mendapat dokongan daripada pihak-pihak tertentu di kawasan yang diwakili bumiputera islam.
Kemuncak bagaimana tindakan G-8 (kini G-6) diketahui secara terbuka, apabila Ketua Bahagian Umno Sepanggar yang juga ahli parlimen kawasan itu mendedahkan pertemuan dengan Perdana Menteri pada 10 Julai lalu semasa berucap pada Mesyurat Bahagian itu baru-baru ini.
Diakui sendiri oleh Datuk Jumat Idris selaku jurucakap kumpulan itu, bahawa Perdana Menteri tidak melayan cadangan pelan kepimpinan negeri. Namun, kumpulan itu tidak berhenti di situ, malah semakin aktif dalam tindak tanduk mereka.
Kuasa melantik Ketua Menteri Sabah adalah dibidang kuasa Perdana Menteri; semuanya tahu itu. Namun mengapa kumpulan ini tidak mahu mengerti? Mengapa mereka mahu menceroboh bidang kuasa Perdana Menteri? Apa kah mereka tidak mahu menghormati atau tidak mengakui kuasa Perdana Menteri?
Satu persoalan mengapa kumpulan ini menimbulkan adanya keperluan mengubah kepimpinan negeri? Apa kah seperti tindakan Anwar? di mana sebenarnya tiada keperluan menggantikan Khalid Ibrahim. Dalam proses menggantikan Khalid, bukan sahaja menjadi krisis di Selangor, malah mereka melibatkan istana.
Di Sabah? mengapa perlu adanya pergantian kepimpinan? bukan kah sejak Musa dilantik pada tahun 2003, ekonomi Sabah menjadi mapan. Bukan kah semasa Musa dilantik, simpanan kewangan negeri hanya di atas RM100 juta, berbanding sekarang lebih RM3 bilion.
Awal minggu ini, Tan Sri Pairin dalam satu kenyataan, bahawa perdagangan Sabah untuk 6 bulan pertama mengalami surplus RM4.9 bilion; surplus itu telah melampui bajet negeri tahun 2014 yang sebanyak RM4.088 bilion.
Apa yang sebenarnya dilihat kepada kejayaan seorang Ketua Menteri? pertama bagaimana Ketua Menteri itu meningkatkan pendapatan negeri, bagaimana seorang Ketua Menteri itu membangun negeri, baik secara fizikal mahupun sosio-ekonomi.
Sabah di bawa Musa, bukan sahaja berjaya membawa projek mega, di mana projek-projek itu membuka ribuan lapangan pekerjaan, malah mampu mendapatkan saham dalam pembangunan minyak dan gas samada dalam negeri tetapi juga di luar negeri Sabah. Kejayaan Musa bernegosiasi dengan Petronas untuk mendapatkan Saham 10 peratus pada LNG-9 yang berlokasi di Sarawak merupakan satu kejayaan kerajaan negeri.
Usaha menurunkan kadar kemiskinan sedang rancak dilakukan, kini kadar kemiskian dalam lingkunan 8 peratus; kadar itu masih dapat diturunkan jika semua program melalui Sabah Development Corridor (SDC) dan Hala Tuju Sabah telah matang.
Membangun sebuah negeri yang luas seperti Sabah bukan mudah, kerana berseleraknya daerah-daerah baik yang terletak di pedalaman mahupun persisir pantai. Satu kawasan akan cepat berkembang pesat, jika cukup dengan penduduk yang terlibat dalam sosio-ekonomi; namun jika suatu kawasan yang hanya didiami oleh mereka yang bersifat hanya untuk keperluan sendiri, maka sukar membangun kawasan itu.
Dapat lihat bagimana kawasan yang didokong oleh penduduk yang cukup, lihat bagaimana Putatan membangun, lihat bagaimana Penampang membangun, lihat bagaimana Sepanggar membangun. Bagi mereka yang jarang-jarang melawat kawasan Pantai Barat, pasti akan terkejut dengan kadar pembangunan kawasan ini sejak 10 tahun lalu. Demikian juga, di kawasan-kawasan lain, seperti Pantai Timur, pasti akan terkejut dengan kadar pembangunan yang dalam periode itu.
Contoh mudah, 10 tahun lalu, Pekan Kota Belud adalah hanya pekan kecil, kini Pekan itu, bukan sahaja mengalami transformasi pembangunan, malah jalan raya sudah semakin sempit, disebabkan kenderaan yang terlalu banyak. Apa ertinya itu? ertinya rakyat mempunyai wang sehingga mampu membeli kenderaan.
Musa merupakan seorang CEO yang tahu bagaimana mendatangkan laba untuk sebuah syarikat. Laba yang diperoleh bukan melalui turn over syarikat yang sama, namun melalui turn over yang senantiasa meningkat; senantiasa mencipa peluang pekerjaan.
Menghandaikan bahawa Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan pada keadaan Kerajaan kuat, bukan satu contoh yang boleh dikaitkan dengan Musa, Musa hanya jadi ketua menteri selama 10 tahun, lebih setahun jinx ketua menteri Sabah. Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, malah lebih singkat berbanding Tun Taib mahmud menjadi Ketua Menteri Sarawak.
AYT bukan memperlekeh G-6 yang cuba membincangkan pertukaran kepimpinan negeri, namun perlu juga dilihat, apa kah sepak terajang mereka ini membawa kepada kemakmuran rakyat Sabah, atau hanya memenuhi keinginan masing-masing.
Rakyat kini telah bijak, tahu bagaimana menilai mana satu intan dan mana satu batu. Bagi AYT, tidak ternampakpun kumpulan G-6 ini mempunyai perjuangan untuk kemakmuran rakyat Sabah. Fikir-fikirkan lah.
1 comment:
Kajang Move dah merebak ke sabah.
Post a Comment