PEMBERONTAKAN pernah berlaku di Sabah (North Borneo) semasa penjajahan British. Pemberontakan bukan kerana mahu kemerdekaan, akan tetapi hanya menentang pungutan cukai kepala.
Tiada catatan sejarah yang mengatakan bahawa ada pemberontakan di Sabah kerana menunut kemerdekaan.
Naluri kemerdekaan mungkin muncul selepas Malaya Merdeka pada 31 Ogos 1957. Di Sabah tertubuhlah parti-parti politik tempatan antaranya UNKO, USNO dan SCA untuk bergerak menjadikan Sabah merdeka.
Situasi tuntutan Filipina dan pendirian Indonesia terhadap Sabah, selain pengaruh komunis , menjadi pendorong kepada Perdana Menteri Malaya- Tunku Abdul Rahman Al-Haj mencadangkan penubuhan Malaysia yang meliputi Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura, kemudian Brunei menarik diri daripada cadangan itu.
Sebuah negara baru yang bakal ditubuhkan yang berbentuk persekutuan, perlu dianggotai oleh negara-negara atau wilayah merdeka. Atas sebab itu, untuk merealisasikan cadangan negara baru, maka wilayah-wilayah yang terlibat perlu dibebaskan atau dimerdekakan dahulu. Atas sebab itu, Sarawak menjadi bebas daripada penjajahan pada 22 Julai 1963 dan Sabah pada 31 Ogos tahun yang sama, sementara Singapura dilepaskan oleh British pada....
Sebelum Sarawak bebas daripada penjajahan dan Sabah dimerdekakan, satu fact finding ditubuhkan kemudian dipanggil sebagai Suruhanjaya Cobbold; Suruhanjaya itu menjalankan fact finding pada tahun 1962; dan berasaskan kepada fact finding atau boleh juga disebut sebagai refrendum, memutuskan bahawa lebih ramai yang menyokong kepada pembentukan negara baru yang kemudiannya disebut Persekutuan Malaysia.
Pihak penjajah dalam hal ini British berpuashati dengan temuan suruhanjaya itu, itulah penyebabnya mengapa Sarawak dibebaskan dan Sabah dimerdekakan.
Selepas Sabah dan Sarawak dimerdekakan, maka telah dipersetujui bahawa satu negara baru yang berbentuk persekutuan akan terwujud pada 16 September 1963.
Dalam proses pembentukan negara baru itu, memang wujud beberapa dokumen yang dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold yang kemudian disebut sebagai 18 Perkara bagi Sarawak dan 20 Perkara bagi Sabah.
Sebagai sebuah negara baru, perlembagaan baru juga diwujudkan. Asas kepada perlembangaan baru itu adalah Perlembagaan Malaya, diubah suai dan memasukkan perkara-perkara sepertimana dikehendaki oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Antara perkara yang dimasukkan itu berkaitan dengan imigrasion, tanah, agama, hasil mahsyul serta bahasa dan sebagainya.
Perkara 20 dan 18 dijadikan sebagai appendix kepada perlembagaan Malaysia.
Kini selepas 51 tahun pembentukan negara, ada pihak-pihak yang mempertikai kemerdekaan; malah ada yang mendakwa, perjanjian pembentukan negara banyak yang diabaikan dan tidak dipatuhi.
SEBENARNYA mereka yang bercakap soal kemerdekaan Sabah adalah berasaskan fikiran semula (after thought). Mereka yang bercakap itu sebenarnya tidakpun terlibat dalam proses kemerdekaan itu. mereka mengkaji tulisan-tulisan berkaitan dengannya dan kemudian mentafsir sendiri catitan-catitan itu.
Perkara dua puluh (20 points) misalnya hanya merupakan appendix kepada Perlembangaan Malaysia, di mana asal perlembangaan itu adalah pelembagaan Malaya apabila merdeka pada 31 Ogos 1957.
Borneo Utara sebelum diganti nama kepada Sabah telah dimerdekakan oleh British pada 31 Ogos 1963, ekoran ura-ura pembentukan Persekutuan Malaysia di mana sebelumnya berlakunya mencari fakta atau fact finding melalui Suruhanjaya Cobbold. Kalau dinilai kepada situasi pada masa itu, boleh jadi British memberi kemerdekaan kepada Sabah, atas sebab rancangan pembentukan Malaysia; boleh jadi juga kalau tiadanya rancangan pembentukan Malaysia, maka Sabah belum tentu dimerdekakan (contoh negara Brunei- lambat mencapai kemerdekaan).
Bagi mereka yang cuba mentafsir proses kemerdekaan Sabah; dengan mengatakan bahawa jika Sabah dan Sarawak serta Singapura tiada, maka tiadalah Persekutuan Malaysia; selain itu mereka memperbesar-besarkan bahawa Sabah dan Sarawak merupa equal partner dalam pembentukan Persekutuan Malaysia; secara zahirnya memanglah demikian, kerana sebelum Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaya membentuk Persekutuan Malaysia, dua wilayah itu dimerdekakan dahulu atau British melepaskan tanggungjawabnya.
Penulis tercari-cari catitan di mana kah bukti bahawa Sabah adalah sebuah negara (nation); catitan-catitan yang ada adalah dalam bentuk “state”; state diterjemahkan kepada negara; MISALNYA apabila TYT Sabah disebut Tuan Yang Dipertua Negara Sabah, bagi Sarawak disebut sebagai Gabnor Negara Sarawak. Pengiktirafan Sabah, Sarawak dan Singpura sebagai negara hanya melalui ucapan Tunku semasa mengistiharkan pembentukan negara baru pada 16 September 1963.
Pada asasnya Malaya terdiri daripada berbagai negeri dari Perlis hingga ke Johor; dan Sabah serta Sarawak berdiri dengan sendirinya; tanpa negeri di dalam wilayahnya.
Entah apa penyebabnya, mengapa Sabah dan Sarawak bertukar status kepada negeri, di mana kedudukannya sama seperti negeri-negeri di Malaya. Mungkin penyebab pertukaran itu mengambil contoh kepada Amerika Syarikat, di mana semua wilayah yang membentuk United states disebut state; demikian juga di Indonesia; semua wilayahnya disebut propensi; demikian juga di Filipina, wilayahnya disebut region. Adalah janggal dalam satu negara terdapatnya negara; seperti mana berlaku di Pakistan, di mana Bangladesh sekarang dahulu disebut sebagai Pakistan Timur- mungkin selepas negara Bangladesh wujud, maka Malaysia menukar istilah Malaysia Barat kepada Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur di Sebuat Sabah dan Sarawak Sahaja.
Pertikaian kini, semasa menyambut kemerdekaan adalah angka kemerdekaan, ada yang tidak suka kalau kewujudan negara lebih tua, atas sebab itu, pada tahun depan, hari kemerdekaan tidak lagi diiringi dengan angka, melainkan tarikh dan bulan sahaja. Bagi Sabah dan Malaya adalah OK tarikh kemerdekaan jatuh pada 31 Ogos, bagaimana pula dengan Sarawak yang merdeka pada 22 julai?
Apa kah elok jika hanya satu tarikh sahaja diingati? iaitu 16 September? iaitu HARI MALAYSIA
5 comments:
Negara sabah atau negeri sabah
http://www.negara-sabah.blogspot.com
Negara sabah atau negeri sabah
http://www.negara-sabah.blogspot.com
2 negara yg disebut keluar dari malaysia dan lambat merdeka iaitu singapura dan Brunei adalah antara negara kecil yang paling maju sekarang
Sebenarnya tarikh penubuhan Malaysia yang difikirkan oleh Tunku Abdul Rahman ialah 31 Ogos 1963. Akan tetapi, disebabkan reaksi negara jiran, Tunku terpaksa menangguhkan tarikh sehingga September 1963.
Assalamualaikum Wr. Wb.
WhatsApp Only::::{+33753893351}
Email:::::::::{aditya.aulia139@gmail.com}
{iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan CREDIT UNION DAYA LESTARI via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
Post a Comment