10 Julai 2014 adalah pertemuan antara Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dengan Ketua-Ketua Bahagian Umno majoriti diduduki kaum Kadazan Dusun Murut (KDM); pertemuan itu merupakan inisiatif satu-dua Ketua Bahagian di mana kawasan masing-masing bukan diwakili oleh Umno akan tetapi oleh parti komponen BN.
Tujuan pertemuan itu sebenarnya untuk membincang dengan Perdana Menteri bagaimana membantu kawasan-kawasan tersebut daripada segi projek atau program yang boleh membantu rakyat.
Malangnya, peluang itu digunakan oleh 3-4 orang Ketua Bahagian sepertimana pengakuan Ketua Bahagian Beluran Datuk James Ratib. Ketua Bahagian Kudat Datuk Bolkiah Ismail dan Ketua Bahagian Sepanggar Datuk Jumaat Idris, untuk membincangkan pelan pertukaran kepimpinan Negeri Sabah.
AYT tidak perlulah menyebut 5 Ketua bahagian lain yang terlibat dalam tulisan ini, disebabkan Jumaat Idris telahpun menyebut nama-nama itu pada ucapannya semasa mesyuarat Umno bahagian Sepanggar baru-baru ini.
Dua nama yang disebut Jumaat sudahpun bersuara, bermula daripada Datuk Bolkiah dan pada Khamis diikuti oleh Datuk James Ratib.
Kedua-kedua Ketua bahagian itu menyatakan diperangkap/ diperalat, pada pertemuan dengan PM itu.
Dalam perkembangan yang sama Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Salleh Tun Said dipetik sebagai berkata, bahawa membincangkan pelan peralihan pemimpin negeri seharusnya tidak berlaku, atas sebab perlantikan Ketua Menteri Sabah adalah prerogatif Perdana Menteri.
Sebenarnya, pokok panggal kepada ketidak puashatian satu-dua Ketua bahagian yang bukan merupakan wakil rakyat itu adalah daripada segi projek daripada kerajaan negeri. Sebenarnya, mereka ini dari awal-awal lagi membolot projek-projek di kawasan masing-masing; apabila Musa menyedari perkara itu, maka memutuskan bahawa pemimpin atau orang lain juga perlu dibantu, bukannya hanya seorang. Inilah puncanya mengapa satu-dua Ketua bahagian itu mengambil jalan memburuk-burukan Musa kepada Perdana Menteri.
Perdana Menteri tahu fakta dan figure, ini yang terlepas pandang oleh Ketua-Ketua Bahagaian yang dimaksudkan. Semalam, dalam satu ucapan Musa yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, bahawa sejak enam bulan tahun ini, Sabah mengalami surplus perdagangan sebanyak RM4.9 bilion, ertinya bajet Sabah untuk tahun 2014 yang berjumlah RM4.088 bilion sudah terlampui. Dengan adanya surplus itu, maka simpanan kewangan negeri akan melonjak lagi. Adalah diperkirakan bahawa bajet Sabah untuk tahun 2015 yang dibentangkan pada suku akhir tahun ini nampaknya akan menjadi rekod lagi.
Malang sungguh, bagi ketua-ketua bahagian yang terpengakap dengan tindakan itu; untuk itu, dalam berpolitik janganlah terlalu haloba, kerana kerana kehalobaan itu akan membawa padah pada diri sendiri. Niat yang tidak ikhlas, tidak akan lama bertahan, akan terdedah, dan akhirnya membongkar nawaitu sendiri.
No comments:
Post a Comment