Friday, August 15, 2014

Sokongan Kepada Khalid: Berupaya Kah Hadi Mengekang Musang Berbulu Ayam Dalam Pas?

BERUPAYA KAH Presiden Pas Dato Haji Hadi Awang mengekang musang berbulu ayam dalam Pas? Belumpun Pas membuat pendirian kerana mesyuarat parti itu hanya akan diadakan pada 17 ogos, telah dua orang ADUN Pas bertindak bersendirian menentang arus. Tentangan mereka bukan sahaja ingkar kepada keputusan Presiden dan Mursidul Am Parti itu, akan tetapi ketetapan Majlis Syura dan Lajnah politik parti itu.

Dalam perkembangan lain, Naib Presiden Pas Hussam Musa menulis secara terbuka kepada Tan Sri Khalid Ibrahim di sini yang mendakwa bahawa MB Selangor itu telah memperalat Pas demi kepetingan peribadinya.

Berasaskan kepada surat terbuka Hussam itu, selain kenyataan daripada Timbalan Presiden Pas Mat Sabu serta dua ADUN Pas yang membelot; ternyata penyokong Anwar dalam Pas cuba mempengaruhi keputusan mesyuarat Pas agar Pas melakukan U turn, dan menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Kepimpinan Hadi dan Nik Aziz akan terlihat apa kah keputusan Pas pada 17 ogos, apa kah selari dengan pendirian Presiden parti itu atau kah terpaksa Presiden akur dengan desakan Anwarnise dalam Pas.

1 comment:

Anonymous said...

Apa pun... Pas dah nampak kesan buruk yg akan memusnahkan Parti olih musang musang yg berbulu ayam (ternakan Anwar)..
Langkah untuk bersihkan Parti perlu dipercepatkan.. Di Kelantan ramai..DiSelangor ..Ramai..di Johor pun ada..Di Perak ..ramai termasuk musang berjanggut..

Hj Hadi perlu tegas dan jujur dalam perjuangan Pas asal...

Kalau tidak...Pas pasti akan dihijack olih mika + syiah yg kuat bertaqiyah..

pertolongan sulit dari UMNo amat perlu demi servival Parti Melayu Islam..

jangan terus dibuai mimpi yg Anwar dendangkan..dan jangan percaya pada musang musang diperinkat kepimpinan... Harakah perlu pantau..ini alat propaganda Anwar dan musang ternakannya...

Blog Archive