Sunday, August 10, 2014

Sodomi II: Anwar Korbankan Khalid Ibrahim

Langkah Kajang yang menyebabkan ADUN PKR kawasan itu secara tergesa-gesa meletak jawatan sebelum perbicaraan sodomi II pada awal Mac dan mengumumkan Anwar sebagai calon PRK dan bakal dilantik sebagai MB Selangor merupakan strategi Anwar mempengaruhi panel Hakim Mahkamah rayuan, namun para hakim tidak terpengaruh dengan langkah itu, sebaliknya menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kerana kesalahan meliwat. Ekoran hukuman itu, Anwar kehilangan kelayakan untuk bertanding dan beliau memilih isterinya menggantikannya.

Kini, Anwar berdepan dengan kes yang sama, di mana pengurusan rayuan sodomi II akan didengar pada 14 Ogos, atas sebab itu, untuk mengalihkan pandangan berkaitan isu itu, maka dilakukan tindakan melucutkan jawatan MB Selangor untuk digantikan oleh isterinya. Anwar mahu, sebelum beliau masuk penjara, biarlah isterinya mempunyai kekuatan daripada segi kuasa, kerana berjawatan sebagai Menteri Besar. Untuk mencapai hasrat itu, Anwar bersengkokol dengan DAP untuk melucutkan Khalid tanpa sebab munasabah, setidak-tidaknya itulah pendirian PAS yang dinyatakan sendiri oleh Presiden dan Mursidul Am parti itu.

Untuk mempercepat agenda menggantikan Khalid, PKR secara tergesa mengambil semua cara, termasuk memecat keahlian Khalid daripada parti; selain itu, menguar-uarkan bahawa Khalid kehilangan sokongan. Memang benar, Khalid kehilangan sokongan PKR dan DAP, tetapi belum tentu kehilangan sokongan daripada ADUN Selangor. ADUN Selangor mempunyai 56 kerusi, PKR dan DAP hanya mempunyai 28, sedangkan PAS dan BN termasuk Khalid juga 28.

Tindakan Anwar memecat Khalid, untuk mencapai hasratnya, tidak mudah direalisasikan, sebabnya jika Khalid masih mempunyai sokongan 28 ADUN termasuk dirinya, maka selagi itu beliau masih merupakan MB Selangor. Anwar lupa, bahawa dengan pemecatan Khalid, bererti, kerajaan PR Selangor telah tumbang dengan sendirinya; kini- Kerajaan Selangor adalah kerajaan Khalid.

Mengorbankan Khalid untuk mencapai hasrat Anwar, tidak akan tercapai dengan mudah, kerana Khalid mempunyai beberapa pilihan- menyertai PAS atau membubarkan DUN bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor memilih kerajaan mana yang menerajui Selangor.

Melihat keadaan sekarang, adalah elok bagi Khalid mohon perkenaan Sultan untuk membubarkan DUN; dari segi itu, setidak-tidaknya beliau mendepankan rakyat berbanding mengikut hawa nafsu Anwar.

No comments:

Blog Archive