Latest News

MB Selangor: Lim Guan Eng Cuba Pesongkan Isu

Lim Guan Eng cuba pesongkan isu sebenar berkaitan perbalahan dalam penggantian Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu menekankan bahawa ada pihak-pihak dalam Pakatan Rakyat menolak penggantian itu atas sebab yang menggantikannya adalah seorang wanita.

Sebagaimana yang kita tahu, bahawa pegantian Khalid, tiada sangkut paut dengan isu gender, sebaliknya tindakan itu, adalah rancangan Anwar melalui langkah Kajang, agar supaya beliau dapat dilantik sebagai Menteri Besar.

Apabila Anwar gagal merealisasikan tindakan itu, atas sebab tidak boleh bertanding di peringkat DUN atas sebab sabit kesalahan penjara 5 tahun kerana meliwat; maka Anwar memlakukan strategi baru; dengan menamakan isterinya sendiri untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

Sebenarnya tiada isu berkaitan gender dalam rancanagan pelucutan jawatan Khalid. Pas awal-awal lagi tidak bersetuju dengan Langkah Kajang, walaupun akhirnya akur dan turut berkempen dalam PRK Kajang.

Dalam PRK Kajang, Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR telah dipilih sebagai alternatif kerana kegagalan Anwar menjadi calon.

Sebelum PRK Kajang malah selepas itu, Khalid Ibrahim yang diisukan bakal digantikan, dalam beberapa kenyataan ingin meneruskan jawatan MB sehingga penggalnya berakhir; tidak timbul katanya ada hubungan penggantian MB dengan langkah Kajang.

Pada pertengahan bulan lalu, Anwar mengumumkan Wan Azizah sebagai pengganti Khalid; reaksi Khalid pada pemgumuman itu, adalah beliau akan terus berkhidmat sehingga penggalnya tamat; juga sekutu PKR dalam PR-Presiden PAS dan Mursidul Am Pas; menyokong Khalid secara terbuka agar MB Selangor itu diberi peluang menamatkan tempoh penggalnya sebagai MB.

Menurut Nik Aziz, tiada sebab munasabah yang memerlukan Khalid digantikan; apabila menyokong kenyataan Datuk Hadi, bahawa tidak perlu menggantikan Khalid secara tergesa-gesa. Khalid diberi kepercayaan oleh rakyat Selangor semasa PRU-13 lalu, untuk meneruskan jawatannya dengan kemenangan kuasa 2/3 di dewan undangan negeri Selangor. Gabuangan PKR-DAP-PAS mendapat 44 kerusi daripada 56.

2 Responses to "MB Selangor: Lim Guan Eng Cuba Pesongkan Isu"

Anonymous said...

Sebenarnya tiada masalah kalau MB perempuan sebab PM kita sekarang pun perempuan. Najib hanya jurucakap bagi PM Rosmah.

Anonymous said...

Hoi sengal, dh makan ubat ke belum. Terlebih minum air oren ke ko ni... Bodo simpan sikit k....

Blog Archive