NAMPAK gayanya Tan Sri Khalid Ibrahim berlumba dengan waktu. Semakin hari, waktunya bergayut dengan jawatan Menteri Besar Selangor semakin hampir kepada penamat.
Jika sekiranya Sultan Selangor percaya bahawa Wan Azizah mendapat sokongan mudah, dan Tuanku perkenaan Selangor mempunyai MB yang diimport, maka usia jawatan Khalid akan sampai kepada penamat.
Sebelum 11 Ogos, Khalid bergayut kepada sokongan 15 ADUN Pas dan tanpa bantahan daripada 12 ADUN Bn, untuk terus menjadi MB Selangor, namun pada Khamis dua ADUN Pas membelot daripada arahan parti, maka kedudukan Khalid tidak perlu menunggu mesyuarat Pas esok, kerana jawapannya sudah diketahui. Apa kah Pas menyokong tidak berbaloi lagi, kerana jumlah ADUN yang menyokong MB Selangor itu tidak mencukupi untuk beliau bertahan.
Satu jalan yang perlu diambil Khalid, agar orang luar tidak menjadi MB Selangor adalah memohon perkenaan daripada Sultan untuk membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan PRN diadakan.
Rakyat Selangor perlu diberi mandat untuk menentukan siapa yang bakal memerintah mereka bukannya ditentukan oleh Anwar Ibarhim.
2 comments:
TSKI betul dan tidak bohong bila mengadap DYMM bahawa dia ada sokongan majority atas representasi PAS (dan UMNO). Atas sebab itu, betullah DYMM titah TSKI masih boleh terus jadi MB. PASlah yang perlu jawab kenapa kata sokong TSKI kemudiannya dua ahlinya belot. Inilah massalah bila masih nak ikut telunjuk punaisihat dari penasihat. Jika Pakatan ada majority, tunggulah sessi DUN bulan November untuk undi tidak percaya. Nak kelam kabutkan rakyat apa hal??? Masaalah dalaman PKR dan PAS bukan hal yang DYMM patut campur. Memang Istana tak ada campurtangan pun. Malahan, pihak2 yang mendakwa ada campurtangan Istana dan pinta Istana jangan campurtangan sebenarnya mereka itulah yang telah mencampuri urusan Istana.
Dengan bebrapa ahli PKR dan PAS lompat keluar. Dengan DAP dan PKR putuskan pertalian saudara dengan PAS. Kini yang ada `majoriti` mudah adalah UMNO. Pakatan bukan gabungan yang berdaftarpun. MB dari UMNO kerana dikira parti yang paling banyak kerusi DUN. MB tidak boleh dari kaum bukan Melayu (DAP kira out).
Selangor sedang terjerumus ke dalam krisis politik. belum nampak jalan penyelesaian sehingga hari ini. kemungkinan dun dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan tidak dapat dinafikan.
namun jika beberapa orang adun pkr mengambil langkah berani, krisis ini boleh dinokhtahkan dengan cepat. daripada seramai 11 adun pkr (wan azizah dan azmin dikecualikan), hanya 3 orang yang berani dan bertanggung jawab perlu mengisytiharkan diri keluar parti dan menyokong tski sebagai menteri besar.
yang diharapkan lebih bersemangat untuk mempertahankan negeri supaya kekal ditadbir oleh anak jati Selangor sudah tentulah dari kalangan adun beragama Islam yang juga anak jari Selangor. adun Islam pkr yang berjumlah 8 orang yang mempertimbangkan kepentingan rakyat dan negeri mendahului parti perlu mengambil langkah yang wajar dalam krisis ini.
jika bekas exco pun ditolak, hanya tinggal 6 orang adun pkr beagama Islam yang boleh diharapkan untuk muncul sebagai penyelamat.
N11 IJOK
PKR: Idris Ahmad
N16 BATU CAVES
PKR: Amirudin Shari
N32 SERI SETIA
PKR: Nik Nazmi Nik Ahmad
N33 TAMAN MEDAN
PKR: Haniza Mohamed Talha
N40 KOTA ANGGERIK
PKR: Yaakob Sapari
N50 SRI MUDA
PKR: Mat Shuhaimi Shafiei
tumpuan seharusnya diberikan kepada mereka berenam. mereka mempunyai kapasiti untuk menokhtakan krisis. siapa yang lebih bersemangat mempertahankan negeri akan menyelamatkan negerinya lebih daripada partinya. itulah patriot sebenar.
tentang ganjaran, mungkin tidak perlu diperincikan kerana semua sedia maklum. jika mereka berindak betul, kos yang diselamatkan juga perlu diambil kira. maka ganjaran untuk mereka adalah berbaloi untuk semua.
Post a Comment