Saturday, August 09, 2014

Khalid Dibelasah Ramai-Ramai

Anwar Ibrahim dengan balah tenteranya membelasah MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagi Anwar, jika dahulu, Khalid merupakan salah seorang anggota pasukannya, kini, bukan lagi, atas sebab Khalid sudah bertukar warna.

Seperti sekumpulan kera, jika salah seekor ditangkap lalu warna bulunya ditukar, semua kumpulan kera itu menyerangnya, sementara yang diwarna kulitnya terpingah-pingah kerana diserang oleh semua anggota kumpulannnya. Inilah yang berlaku kepada Khalid. Apa kah beliau mampu bertahan? atau akan mengikuti jejak seekor kera yang ditukar warna itu yang biasanya berakhir dengan kematian.

Anwar mempergunakan 13 ADUN PKR di DUN Selangor bersama-sama dengan semua jajaran PKR untuk memaksa Khalid meletakkan jawatan, agar isteri beliau Wan Azizah Wan Ismail boleh dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika halangan pertama ini, bakal dimenangi Anwar, halangan kedua adalah apa kah sekutunya PAS akan akur? Pas akan bermesyuarat pada 13 Ogos untuk memutuskan apakah menyokong tindakan Anwar atau sebaliknya.

Halangan ketiga yang bakal berdepan dengan pergantian MB Selangor adalah Sultan Selangor. Apa baginda akan bersetuju melantik Wan Azizah, atau kah baginda akan meminta nama lain?

Khalid masih mempunyai peluang, jika PAS berpihak kepadanya; atas sebab keadaan ADUN akan seimbang antara yang menyokong Khalid dan yang bukan. DAP dengan 15 plus 13=28; sementara Khalid +PAS+Bn=28. Jika Sultan melihat, bahawa Wan Azizahpun tidak sokongan majoriti mudah; demikian juga khalid, maka kemungkinan besar Baginda Sultan akan bertitah untuk mempertahankan status quo; ertinya Khalid meneruskan jawatan sebagai Menteri Besar sehingga masa tertentu, atau baginda akan bersetuju agar DUN dibubar untuk membolehkan PRN Negeri.

Khalid sedar, bahawa dalam PKR kini, beliau adalah pemimpin yang tidak disenangi; jika demikian, maka sebaiknya beliau memohon kepada Sultan untuk membubarkan dewan; kecuali ada 2 atau 3 orang ADUN PKR berpihak kepadanya. PKR akan membuat keputusan berkaitan status Khalid sebagai ahli seumur parti itu pada bila-bila masa daripada sekarang.

2 comments:

Anonymous said...

PAS 15 kerusi DUN ...tak berani buka mulut ke...konpom pemimpin PAS bacul..
PKR berapa kerusi eh??? Bolih pula jadi MB...heran ya...patutlah Nuar Aljub dgn Jijah kipas hikmat bolih LEMBU kan PAS

Anonymous said...

PAS bukan penakut dan sudah beri keputusan mereka. Majlis Syura (badan tertinggi PAS), TGHH(Presiden) dan TGNA(Mursyidul Am) telah memaklumkan sekiranya TSKI belum dibuktikan mengkhianati amanah rakyat Selangor mengapa perlu dia diturunkan?

PAS bukannya tamak jawatan MB, tetapi jika PKR tidak bersungguh menjaga amanah rakyat, PAS mungkin menuntut jawatan tersebut.

Wan Azizah bukan calon terbaik sebagai MB kerana beliau bukan berasal dari politik Selangor. Kalau TSKI tak layak, mengapa tidak dicadangkan ADUN PR yang lain untuk ganti beliau? DAP ada 15 calon yang layak, PAS ada 15, PKR ada 13 (sebelum WA menang di Kajang).

Mengapa bekas ADUN Kajang perlu meletakkan jawatan? Takkan tiada seorang pun daripada 35 ADUN PR yang lain layak jadi MB? Saya kira Dr Rani, Iskandar sudah tentu layak jadi MB. Mengapa perlu WA

Blog Archive