Saturday, August 30, 2014

Khalid Caretaker MB Sehingga PRU-14?

SELAGI Sultan belum perkenaan perletakan Tan Sri Khalid Ibrahim dan 4 exco Selangor daripada Pas masih berstatus exco, selagi itu Khalid boleh meneruskan jawatan sebagai caretaker MB Selangor.

Tiada yang boleh dilakukan oleh Anwar dan DAP, kerana perlantikan MB sekarang terletak pada keputusan Sultan.

Salah Anwar sendiri, mengapa melakukan tindakan yang mengaitkan Sultan, sedangkan istana tidak mahu terlibat dengan masalah dalaman parti itu sendiri. 

Anwar melihat, bahawa Khalid perlu diganti untuk menjadikan isterinya MB Selangor, sementara itu bukan sahaja Sultan malahan rakyat Selangor sendiri tiada sebab mengapa tindakan itu perlu dilakukan.

Kalau dilihat daripada reaksi rakyat, tindakan yang dilakukan Anwar itu memang ditolak meskipun para wakil rakyat daripada PKR dan DAP yang menang pada PRU-13 lalu menyokong pertukaran itu.

Masa kini tidak sama dengan keadaan tahun 2013, walaupun 29 ADUN menyokong Wan Azizah, tidak semestinya rakyat majoriti menyokong. Atas sebab itu, demi merungkai kemelut politik Selangor, elok rakyat diberi pilihan melalui Pilihanraya Negeri.

3 comments:

Unknown said...

Pertukaran MB mesti dilakukan melalui U2 dan perkenan DYMM Sultan. Sekiranya kedua-dua ini tidak berlaku, YB Khalid akan kekal sebagai Caretaker. This is something good for Selangor. W/pun DUN menyokong perlantikan seseorang calon MB yang baru, tanpa memenuhi 2 syarat di atas....nothing will happened.

Anonymous said...

Sentimen bencikan anwar sudah merebak dan.membara di selangor. Syukur. Aku balik ke selangor dan risik isu mb. Peh!!! boleh mampos pkr di selangor. Eloklah, dimana ada pkr, dimana ada anwar disitulah pecah belah akan berlaku. Aku anak selangor.

Anonymous said...

Dah anak Penang, mana tahu hormat Sultan! Yang DAP pun gitu juga, Melaka asalnya, tak tahu juga cara bersultan! Eloklah ditolak mereka ini balk ke negeri masing-masing, buat kacau je di Selangor ini!

Blog Archive