Latest News

Kemelut MB Selangor: Seperti Yang Diduga-PAS U Turn- Tolak Pula Khalid

Seperti yang diduga, Jawatankuasa Pusat Pas melakukan U Turn; daripada menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim kepada menolaknya. Namun Pas mebuat syarat, mencalonkan pula Azmin Ali selain menyokong Wan Azizah; ertinya PKR akan kemukakan dua calon kepada Sultan Selangor untuk dipilih sebagai MB Selangor menggantikan Khalid.

Reaksi Kahlid Ibrahim berhubungan perkembangan ini belum diperolehi. Melayari Tweeter tidak terdapat sebarang komen.

Berasaskan perkembangan terbaru ini, di atas kertas, kedudukan Khalid sudah terlucut; walaupun beliau masih menjalankan tugas sebagai MB sehingga satu usul undi tidak percaya dimuktamadkan melalui sidang DUN Selangor atau Khalid sendiri meletakan jawatan. Khalid, juga masih mempunyai pilihan iaitu membubarkan DUN Selangor; sudah tentunya dengan perkenaan Sultan Selangor.

Khalid boleh menyembah maklum kepada Sultan, hanya melalui PRN sahaja, kemelut politik Selangor akan dapat diselesaikan.

2 Responses to "Kemelut MB Selangor: Seperti Yang Diduga-PAS U Turn- Tolak Pula Khalid"

Anonymous said...

TSKI bubar saja DUN

Anonymous said...

DUN bubar..Pilihanraya..
Lepas keputusan..kalu tak percaya PAS DAP dan PKR (Pakatan Haram) tetap akan bercakaran rebut kerusi MB ....kita tunggu dan lihat....
Rakyat Selangor sekali lagi akan dibodohkan...Selamat berjuang orang Selangor LEMBU yg sokong PKR, DAP dan PAS Lembu

Blog Archive