Latest News

Kemelut MB Selangor: Mat Sabu Jadi Ayam Daging Anwar dan Guan Eng- Zuhdi Marzuki

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki mengkritik keputusan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana bersetuju dengan keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.

Beliau memanggil Timbalan Presiden PAS itu dengan gelaran “ayam sabung PAS’ yang hilang tajinya.

“Ayam sabung PAS sudah menjadi ayam daging (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng,” tulisnya dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Bahkan beliau juga dilihat membidas kegagalan bagi mempertahankan keputusan sebulat suara yang telah diputuskan oleh PAS sebelum ini.

“PAS Pusat telah sebulat suara mencalonkan dua pemimpin PKR. Keputusan sebulat suara inipun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan DAP.

“Paling tidak beritahu pada PKR dan DAP, kami perlu bawa balik kepada PAS Pusat keputusan PR hari ini yang hanya mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah. Tak akan perkara itupun tak boleh buat?,” tulisnya lagi.

Semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan untuk tetap dengan keputusan mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, PR akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Keputusan ini telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan saya sendiri,” katanya pada sidang media di Empire Hotel, Subang semalam.

1 Response to "Kemelut MB Selangor: Mat Sabu Jadi Ayam Daging Anwar dan Guan Eng- Zuhdi Marzuki"

Anonymous said...

Satu pandangan menarik mengenai parti PAS di Selangor. Tiada seorang pun dikalangan 15 Adun PAS di Selangor yang dapat menyakinkan setiap pemimpin PAS pusat bahawa mereka memiliki kritieria sebagai MB di Selangor. Maka atas semangat setiakawan, pemimpin tertinggi PAS mencadangkan ketua yang bakal dilantik diberikan kepada parti lain untuk buat pilihan..

Dengan ertikata lain, sampai bila pun YB PAS di Selangor akan menjadi seorang pembantu (barua) kepada ketua yang dilantik dari parti lain. Jika anda yang bercita-cita ingin menjadi seorang ketua kerajaan (MB) di Selangor pada masa akan datang, lupakan hasrat anda sebab parti PAS bukanlah sebuah parti yang akan membimbing anda menjadi seorang pemimpin tertinggi di Selangor..

Blog Archive