Saturday, August 16, 2014

Kemelut MB Selangor: Elok Kembalikan Kepada Rakyat Selangor Melalui Pilihanraya Negeri

TIADA jaminan,jika iapun Wan Azizah dilantik sebagai MB Selangor, bahawa kemelut politik di negeri itu akan selesai. Kemelut dalam PKRpun tidak mampu diselesaikan oleh Wan Azizah, apatak lagi menyelesai isu politik sebuah negeri.

Elok rakyat Selangor sendiri selesaikan kemelut politik mereka, tanpa dicaturkan oleh orang luar. Adalah keputusan yang paling betul, jika Tan Sri Khalid sebagai anak Selangor, memohon perkenaan Sultan untuk membubar DUN Selangor bagi memberi ruang kepada PRN Negeri.

Isu Perak, tidak sama dengan Selangor, kerana di Perak pada tahun 2009, antara sesama rakyat Perak berebut jawatan; manakala Selangor, melibatkan orang luar yang ingin berkuasa di Selangor.

Tan Sri Khalid perlu berkorban, agar bersedia membubarkan DUN, meskipun selepas itu tiada jaminan bahawa beliau bakal menjadi MB. Setidak-tidaknya tindakan beliau itu mampu mengekang nafsu Anwar dan isterinya untuk berkuasa di Selangor.

Bagi Pas pula, janganlah melanggar kipranya selama ini, bahawa parti itu anti nepotisme, anti kronisme, sedangkan jika menyokong Anwar dan Lim Guan Eng adalah jelas mereka itu pengamal nepotisme. 

Pas yang bermusyuarat pada 17 ogos, tiada kesan kepada kedudukan khalid, atas sebab jumlahnya ADUN daripada parti itu hanya 13, dan jumlah itu tidak akan mampu mempertahankan Khalid meskipun tiada bantahan daripada 12 ADUN Bn. Atas sebab itu, adalah lebih elok agar Pas meminta Khalid membuarkan DUN, agar supaya rakyat Selangor menentukan sendiri parti mana yang perlu memerintah negeri itu.

PRN adalah sebaik-baiknya penyelesaian kepada kemelut politik Selangor.

2 comments:

Anonymous said...

Jalan terbaik.

Anonymous said...

Saya sebelum ni sokong PKR, tetapi kali ni saya dah bertaubat tak akan sokong lagi. Cakap kononnya nak tentang habis-habisan kronisme, nepotisme dan rasuah yg di praktikkan olih UMNO, tapi depan mata dapat melihat pemimpin PKR sendiri yg mempraktikkan. Cakap tak serupa bikin! Harapan saya dan kawan-kawan yg lain biarlah parti PKR terus berkubur di Selangor jika ada PRN nanti. Allahhuakbar!!

Blog Archive