Thursday, August 21, 2014

Kemelut MB Selangor: Dolak Dalik Pas Makan Tuan

AKHIRNYA Presiden Pas membuka mulut, penamaan Azmin Ali sebagai calon MB Selangor disamping Wan Azizah Wan Ismail bukan berpunca daripada istana atau titah Sultan Selangor, sepertimana dakwaan yang diwar-warkan oleh Ketua Pemuda Parti itu, yang juga dispin oleh MP Shah Alam Khalid Samad.

Kemelut MB Selangor bermula apabila Anwar menamakan isterinya untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim; berikutan itu Presiden Pas, Mursydul Pas, Majlis Syura dan Ulama membantah keputusan Anwar itu. Namun, pada 17 ogos Pas melakukan pusingan U menolak Khalid dengan memberi alasan bahawa Khalid bukan lagi ahli salah satu parti Pakatan Rakyat. Pusingan U itu, sebenarnya tidak mempunyai makna lagi, kerana sebelum itu dua ADUN Pas telah membelot dan menyokong Wan Azizah, sehingga ADUN Kajang itu mendapat 30 ADUN menyokong beliau termasuk Azmin Ali.

Bagi mempertahankan muka, parti itu menamakan Azmin Ali selain menyokong Azizah; disinilah timbul cerita karut, apabila Suhaizan Kiat menulis dan disiarkan oleh portal pro pembangkang Malaysiakini, kononnya nama Azmin dicadangkan selepas Hadi Awang mengadap Sultan Selangor.

Hadi tidak mahu bersubahat dengan kenyataan itu, walaupun keluar daripada Ketua Pemudanya sendiri; kerana memang kenyataan itu tiada kebenaran.

Melihat kepada cara Pas menangani kemelut MB Selangor, nampaknya ramai pemimpin parti itu terutama mereka yang tiada latar belakang agama, gemar membuat kenyataan yang tidak berasas dan lebih bersifat pembohongan.

No comments:

Blog Archive