Friday, August 15, 2014

Biar Rakyat Selangor Uruskan Selangor

BIAR Rakyat Selangor urus Selangor. Tindakan Tan Sri khalid Ibrahim sebagai rakyat Selangor yang enggan mematuhi desakan agar meletakkan jawatan untuk membolehkan Wan Azizah Wan Ismail rakyat Pulau Pinang menjadi Menteri Besar adalah tindakan betul.

Adalah "dayus' bagi Khalid mengikut kata orang bukan rakyat Selangor. Khalid tidak mahu digelar seperti rakyat Pulau Pinang yang mempunyai Ketua Menteri bukan daripada rakyat Pulau Pinang.

Walau bagimanapun, hasrat Khalid itu terbantut atas pembelotan dua ADUN Pas Saari Sungip ADUN Hulu Kelang dan Hasrul Baharuddin ADUN Morib.

Demi maruah rakyat Selangor; jika keputusan dua ADUN Pas itu tidak berubah sehingga 17 ogos, maka elok beliau mengadap Sultan Selangor untuk memohon agar DUN Selangor dibubar agar supaya rakyat Selangor dapat memilih kerajaan mana yang perlu memerintah.

Mereka yang membantah Khalid sebagai MB, dan menyokong Wan Azizah adalah satu pengkhianatan kepada rakyat Selangor.

6 comments:

Anonymous said...

negeri Selangor untuk rakyat Selangor, dari raja nya , MB dia, pekerja dia, patutnya semua rakyat Selangor, yang datang dari luar tu menumpang...sebab Selangor maju dan rezeki banyak di Selangor hasil usaha BN dulu dulu, yang tak tahu sejarah tetap tidak menerima bahawa Selangor maju sebab hasil kerja BN..UNTUK KEMELUT INI, BAIK BUBAR DEWAN DAN BIAR RAKYAT MENENTUKAN SIAPA MB mereka,,,Nampak sangat anwar ada agenda sendiri mau jadi MB, dah tak dapat paksa bini jadi MB...busuk hati punya anwar..

Anonymous said...

Saya orang luar setuju ketuanan diselangor oleh rakyat selangor. Orang luar cuma menumpang cari razeki... Oleh itu yg tak berkenaan tu kena sedarlah, jangan lebeh lebeh..atau dinyah keluar dari selangor

Anonymous said...

APA KATA SURUH NUAR JADI MB KG PINANG SEBATANG

Anonymous said...

Baik lagi kalau dia jadi MB diBamboo River.

Anak mamu said...

Al-Sultan Selangor Darulehsan dan jajahan2 dibawahnya mestilah mahukan Memanda Menteri Besar dari darah Darulehsan,son of the soil. Begitu juga negeri2 berdaulat yang lain. Cuba korang bayangkan Sultan Kelantan tersilap melantik MB dari Ceruk Tokkun (munkin Mamat ni kawin Mek Klaten dan menyamar jd Awe ).

Sultan " Yoo La Awe. Male2 buto puyam boh lagu ni ambo ghaso tak sedak peghok, lagu mano gamaknya rakyak ambo tepi sunga tu. lemukuba,ayeitik wat naik dah ko?"

MB "Ampun Tuanku, Mai nahabaq, pekena sayuq bayam ngan gulai ansa habaq mai kalu dok tepi sungai memang sah traboq. Elok ayam kampung goreng kaloo, awat hang kata gitu ".

Haru jadi nanti tambah Penang mai kaloo lagi haru nak habaq kat hang orang Selangog. Awat takda manusia da ka kat Selangog yang tak gila lagi?? Semua da jadi bodo dan gila ka??? Depa semua tu dok mai Selangog pasai nak cari makan. Cukup kat makan mentedaghah sajalah. Ni dah lebih nak amek kuasa pulak apahai??? Akai ada ka!!!!Malu oghang tanjung jer!!!

Anonymous said...

ANON 15 August 2014 17:45

Saya setuju dengan pandangan saudara. mmg sepatutnya negeri selangor di terajui oleh anak slemagor sendiri yg lebih tahu selok-belok negeri mereka. saya org pahang tetapi telah berbelas tahun bekerja di selangor. saya mengundi di selangor dan sedar akan hakikat ini kenapa anak selangor sendiri ramai yg gagal menilai lantas memberi negeri sendiri ditadbir oleh mereka yg hanya mementingkan kuasa dan asyik menipu rakyat? negeri lain selepas menang wakil2 rakyat dan pimpinan negeri terus sibuk mengurus negeri masing-masing secara muafakat tetapi lihatlah sendiri VALUE kepimpinan yg dipilih oleh rakyat selangor sendiri? sudah diberi mandat, kemudia sibuk berebut kuasa sesama sendiri. nama saja pakatan tapi TIADA NILAI PAKATAN DALAM PENTADBIRAN. saya harap sbg org luar yg mencari rezeki di sini, anak jati selangor sendiri perlu sedar dan tidak tertipu lagi. ramai yang boleh mendabik dada mampu mengurus negeri malah mengurus kerajaan jika diberi peluang tetapi jika satu negeri pun mereka ini GAGAL mentadbir secara baik demi rakyat, adakah mereka ini layak kita berikan hak untuk mentadbir sebuah negara? Saya amat berharap, cukup kali ini rakyat selangor dan pengundi yg pernah memberi peluang kepada org politik seperti ini mentadbir negeri. jadikanlah ini BENCHMARK supaya ia tidak berulang lagi.

Blog Archive