Namanya juga pakatan longgar!!! bila-bila sahaja bakal berpecah; sebenarnya keadaan berpecahnya ikatan longgar antara PAS dan parti-parti pembangkang; sudah bermula sejak tahun 90-an dan terakhir selepas PRU-11. Namun menjelang sahaja sebuah pilihanraya mereka berpakat lagi, terakhir mereka berpakat pada tahun 2008; walaupun masa itu berlakunya hampir free for all antara PKR-DAP dan PAS. Selepas keputusan PRU-12; yang memang tidak disangka-sangka tiga parti mendapat 82 kerusi parlimen secara keseluruhan; malah berjaya membentuk kerajaan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan mempertahankan Kelantan; maka diwujudkan PAKATAN tiga parti, hanya untuk sebutan; atas sebab; gabungan mereka tidak rasmi.
Ikatan tiga parti itu diperkuat pada PRU-13 lalu; di mana hampir semua kawasan mereka berdepan dengan BN satu lawan satu, walaupun ada kawasan-kawasan tertentu berlaku bertembungan antara PAS dan PKR; sementara kawasan yang ditandingi DAP tidak dicuit oleh mana-mana samada PKR atau PAS; atas sebab itu; DAP memenangi semua kawasan yang ditandinginya. Pada PRU-13, semua kita tahu, bahawa tiga parti itu menambah 7 kerusi parlimen, daripada 82 kepada 89; namun di peringkat dewan undangan negeri, tidak mampu mengulangi prestasi tahun 2008 bagi Kedah dan Perak; akan tetapi berjaya membentuk kerajaan dengan kuasa 2/3 di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.
Seperti biasa Anwar berpura-pura terperanjat dengan keputusan PRU-13; dengan bersandarkan kepada undi popular; maka Anwar enggan menerima keputusan PRU itu; yang sememangnya sejak negara diwujudkan kemenangan berasaskan kepada jumlah kerusi; bukannya undi popular.
Anwar menabur fitnah dengan mengajak penyokongnya berdemonstrasi menolak keputusan pilihanraya. Anwar menuduh BN membawa masuk 40,000 pengundi Bangla untuk mengundi; menduduh SPR melakukan penipuan dalam pilihanraya; dan berbagai-bagai fitnah; yang kemudiannya diketahui bahawa semua fitnah Anwar itu tetap fitnah.
Anwar terlopong untuk menjadi Perdana Menteri; namun dibenaknya dia mahu menjadi ketua. Ekoran daripada itu, maka timbullah LANGKAH KAJANG secara tergesa-gesa pada Januari tahun ini; tujuan langkah Kajang adalah selain mahu mempengaruhi keputusan Mahkamah atas kes liwat yang didengar pada awal mac, juga untuk membolehkan Anwar dilantik sebagai Menteri Besar Selangor; sebuah negeri yang terkaya dan termaju di negara ini.
Keputusan mahkamah rayuan menjatuhkan Anwar penjara 5 tahun; walaupun kes itu masih di mahkamah persekutuan dan akan dibicarakan pada ogos ini. Akibat keputusan mahkamah itu, maka menurut undang-undang tubuh kerajaan Selangor; Anwar hilang kelayakan sebagai calon; maka LANGKAH KAJANG sebenarnya hanya tinggal langkah.
Selepas Anwar gagal memenuhi kehendaknya menjadi MB Selangor, maka diwujudkan langkah baru, yakni untuk merealiasikan LANGKAH KAJANG; dengan menimbulkan isu baru; iaitu; Tan Sri Khalid perlu diganti. Penyokong Anwar mula mencari-cari alasan untuk menggantikan Khalid; maka bermunculanlah strategi menggulingkan MB itu; antaranya menggalakan Khalid untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR melawan Azmin Ali; satu langkah yang tidak dapat dibaca oleh Khalid sendiri; tujuan menggalakan beliau bertanding; agar kalau kalah ianya dijadikan alasan, bahawa akar umbi parti telah menolak beliau. Benar juga; Khalid bukan sahaja tewas malah kehilangan Ketua Cabang kerana kalah.
Penyokong tegar Anwar seperti Shamul Akin Iskandar, mantan Ketua AMK menggunakan kekalahan itu; dengan mengandaikan bahawa akar umbi telah menolak MB Selangor itu, maka beliau perlu letak jawatan.
Melihat kepada keadaan itu; strategi Anwar untuk menggantikan/menggugurkan Khalid semakin bertapak; maka dengan bangga mengambil kesempatan dengan mengumumkan bahawa Khalid sewajarnya diganti; dan mengumumkan isterinya sendiri sebagai calon pengganti.
Pengumuman Anwar itu tidak dapat sambutan baik daripada Presiden PAS dan Mursidul Pas- Datuk Seri Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Aziz; walaupun beberapa pemimpin PAS yang tergolong profesional seperti Mat Sabu, Mahfuz Umar cuba menyanggah kenyataan Presidennya sendiri dengan menyatakan bahawa keputusan Presiden itu adalah pendapat peribadi. Konotasi kepada kenyataan Mat Sabu dan Mahfuz itu; bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Presiden sendiri; di mana ianya secara tidak langsung sebagai penentangan.
Adalah jarang berlaku; seseorang yang berjawatan lebih rendah dalam sesebuah parti; boleh menyatakan bahawa pendapat/kenyataan Presidennya adalah kenyataan Peribadi.
Apa yang kita nampak; isu pergantian MB Selangor; bukan bertujuan straregi politik; sebenarnya itu yang dilihat oleh Hadi dan Nik Aziz; perlucutan jawatan Khalid; hanya semata-mata bertujuan memenuhi keperluan nafsu dan kuasa Anwar.
Hadi dan Nik Aziz pemimpin ulung PAS, tidak mahu terjebak dengan memenuhi hawa nafsu Anwar; atas sebab mereka tidak mahu tercatat dalam sejarah negara sebagai pemimpin yang tamak dan haloba. Cukuplah negara ini, mempunyai pemimpin seperti Anwar yang penuh dengan fatamorgana; penuh dengan warna warni; namun ada sahaja rakyat yang menyokongnya.
Jika dalam isu perlucutan Khalid, Hadi dan Nik Aziz serta PAS akur; maka akan tercatat dalam sejarah negara, bahawa para pemimpin ulamak; tunduk kepada seorang yang mempunyai rekod moral bukan sahaja ditega dalam agama, akan tetapi diuar tabii kemanusian yang bertamadun.
Jika Hadi bertegas; maka selepas 10 ogos, kita akan ketahui, bahawa PR akan berpecah!! jika berpecah; maka parti mana yang membentuk kerajaan di Selangor? Kedududkan DUN Selangor masa ini, BN=12; PAS=15; DAP=15 dan PKR=14; jika PAS secara enblock menyokong Presidennya dan Khalid mampu membawa 3 ADUN; maka akan terbentuk kerajaan campuran di Selangor; sama-sama kita tunggu.
3 comments:
Barangkali Peresiden PAS tahu kalau TS Khalid ditukar,kedudukan Presiden PAS turuut tergugat dalam Muktamar yang akan datang.
Mungkin suara Anwar sudah hilang otoriti namun jangan lupa suara Dap jauh lebih berotoriti meskipun Karpal The King sudah tiada.
X payahlah kau buek analisa politik pjg lebar, buang maso kau yo. Berzikir lagi baik. Tidak2 pun kau analisa apasal parti sanjungan kau masih menjulang ketuo yg kaki betino dan kaki mongol. Berapo ramai 'ulama' yg menjilek buntut eh pulak. Pikir2 kan lah klu ko boto2 org ado otak. Tu bolom ceghito berapo bnyk duit dio dah makan dan berapo dan betapo bnyk suku sakat eh dah makan. Boto tak boto. Salam.
Post a Comment