Saturday, June 21, 2014

Mengapa Pertikai Malaysia Negara Islam?

Sejak merdeka, islam sudah menjadi agama persekutuan. Lima puluh (50) tahun, Malaysia jadi tuan rumah musabaqah Al-Quran peringkat antarabangsa. Malaysia anggota negara-negara islam (OIC). Sekian lama tiada yang protes. Namun selepas sahaja PRU-12, di mana BN kehilangan 2/3 kerusi dewan rakyat, muncullah kaum lain mempersoal agama negara.

Mengapa protes timbul? sebabnya orang islam sendiri. Parti pas melutut mahu sokongan cina dan india; PKR melutut hendak sokongan cina dan india. Demikian juga Umno melutut hendak sokongan cina dan india.

Selepas PRU-12, penduduk majoriti terpaksa melutut dan seperti peminta sedekah; sebabnya, kerana perpecahan.

Orang melayu/islam sungguh baik hati. Semasa kemerdekaan tidakpun mempersoalkan, orang lain menjadi rakyat. Orang melayu/islam akur dengan keputusan Tunku Abdul Rahman Al-Haj semasa negara mahu merdeka; orang lain yang didatangkan oleh British, diberikan kerakyatan; sama taraf dengan peribumi. Namun, kebaikan dan keikhlasan melayu/islam dan bumiputera itu kini dipersoalkan oleh mereka, yang lahir selepas kemerdekaan. Mereka ini, tidak mahu lagi melihat asal usul dan sejarah negara. Punca, keberanian mereka ini, atas sebab oleh kaum melayu/islam sendiri. 

Lihat bagaimana berani dan lantang mereka, Menteri yang bertanggungjawab berkaitan agama islam dan orang melayu/islam sendiri; diperlekeh, malah mahu dihadapkan Majlis Salah laku dewan rakyat; nasib baik; ada Speaker yang mahir dalam undang-undang; selepas meneliti jawapan bertulis menteri itu- Dato Jamil Khir johari; speaker- Tan Sri Pandikar mendapati tiada prima facie terhadap menteri itu; malah Speaker memperkuat, bahawa negara ini adalah islamic state, bukannya secular state; kerana hanya undang-undang yang diamalkan berasaskan secular.

Persoalannya disini, bukan kerana negara ini islamic state atau secular state, akan tetapi, berlakunya perpecahan penduduk asal; sehingga memberi ruang kepada pendatang mempertikai kewibawaan dan status penduduk asal.

Penduduk asal bakal kehilangan kuasa, cepat atau lambat; kalau keadaan mementingkan diri tidak dikikis. orang asal bukan sahaja mabuk kuasa, akan tetapi sudah melupakan hukuwah ummah, sudah melupakan persahabatan, sudah melupakan sifat gotong royong; sudah melupakan apa itu aur dan tebing; sebaliknya penyakit seperti enau dalam belukar menjadi anutan dan pegangan.

4 comments:

Anonymous said...

Jangan salahkan sesiapa kecuali pemimpin yang lemah iaitu PM Najib laki Rosmah. Dia lah punca semua ini berlaku. Jika di era TDM, kaum pendatang tidak berani bersuara.Sekarang habis semua dipertikaikan oleh kaum pendatang sehinggakan jika diminta pinjamkan Rosmah pun Najib sanggup.Kita kena ingat Najib hanya pentingkan diri sendiri dan kuasa dan tidak peduli apa saja yang berlaku terhadap kaum Melayu.

David Only. said...

Kalau Pihak Malaya mahu menjadi Negara Islam, kami di Sabah dan Sarawak tidak mahu ambil kisah semua itu, tapi jangan tipu kami dengan memujuk kami bergabung dengan Malaya untuk membentuk Negara Persekutuan Malaysia yg pada awalnya di katakan negara Sekular.

Sebanarnya PERLAMBAGAAN Persekutuan Tanah Malayu 1957 Bukannya PERLAMBAGAAN bagi Negara Persekutuan Malaysia 1963. Rakyat Sabah dan Sarawak telah ditipu tentang perkara ini.
Semasa membentuk Persekutuan Malaysia, Persekutuan Tanah Malayu @ Malaya telah wujud dengan 11 buah negeri2 Malayu ada di dalamnya dan ketika itu sudah ada Perlambagaanya sendiri. Tanah Malayu yg dibentuk ketika itu berdasarkan Perjanjian Pembentukan Persekutuan Tanah Malayu 1957 dan ditadbir oleh seorang Ketua Menteri, iaitu Tengku Abd. Rahman Putera.
Pada tahun 1963 berdasarkan pada Perjanjian Malaysia 1963, Singapura, Sabah, Sarawak dan Malaya bersetuju untuk "BERGABUNG" membentuk sebuah negara baru yang dikenali sebagai "Negara Persekutuan Malaysia". Ini bermaksud Malaya(yg ada 11 buah negeri di dalamnya), Sabah, Singapura dan Sarawak yg sama taraf dan bukannya negeri2 Malayu yg ada dalam Kerajaan Malaya.
Disebabkan urusan pembentukan Persekutuan Malaysia ini dibuat secara terburu-buru, suatu Perlambagaan Baru untuk Malaysia yang sepatutnya digubal telah TIDAK disediakan. Apa yg berlaku adalah Perlambagaan Persekutuan Tanah Malayu 1957 telah di adaptasikan (di naik tarafkan) menjadi Perlambagaan Malaysia dengan cuma menambahkannya Artikel2 baru yg berkaitan dengan kepentingan untuk Sabah Sarawak.
Sepatutnya Perlambagaan Persekutuan Tanah Malayu 1957 tidak boleh menjadi Perlambagaan bagi Persekutuan Malaysia 1963. Satu Perlambagaan Baru untuk Negara Persekutuan Malaysia perlu di Gubal, namun ianya belum digubal sehinggalah ke hari ini. Bagi menjaga keadilan, keutuhan perpaduan dan rasa saling hormat-menghormati dikalangan semua rakyat dan Institusi2 yg ada di Malaysia, sepatutnya Pemimpin2 Politik di ketiga-tiga wilayah yg bergabung itu berusaha, berkerjasama dan kometed untuk menyediakan suatu PERLAMBAGAAN yang baru bagi Malaysia sekarang ini.

Anonymous said...

Siapa yang pertikai? Kalau negara Islam gunalah Undang-Undang Islam. Ni masih agungkan Comman Law? BINGAI !!!

Anonymous said...

Penduduk asal sudahpun kehilangan kuasa, bukan sebab mereka berpecah.. sebaliknya masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh ideologi politik "ketuanan Melayu UMNO".. salah siapa bila sabah dibanjiri warga asing dan warga projek IC? Zahid sendiri pernah mengaku bahawa ramai menteri di malaysia berasal dari Indonesia termasuk dirinya sendiri.. jadi memang betullah ORANG ASAL Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu sudah kehilangan kuasa... kerana yang berkuasa sekarang adalah "Melayu" dari Indonesia.. yang baik hati itu, bukanlah Melayu Islam, sebaliknya ORANG ASAL atau ORANG ASLI dari Sabah/Sarawak/Tanah Melayu..

Blog Archive