Esszone/Esscom sejak ditubuhkan April tahun lalu, telah membelanjakan ratusan juta. Penubuhan barisan depan pertahanan negara itu khususnya di Pantai Timur Sabah ekoran pencerobohan Kiram di kampung Tanduo Lahad Datu pada awal Februari 2013.
Memang pasukan keselamtan negara berjaya menyelesaikan pencerobohan itu, dengan melibatkan berbagai aset dan berbatilion angkatan bersenjata negara; sudah tentunya dengan kos yang cukup besar.
Untuk mencegah agar pencerobohan tersebut tidak berulang, maka ditubuhkan Esszone/Esscom yang dilengkapi berbagai persarana dan aset-aset ketenteraan yang diperlukan bersama-sama dengan jumlah pasukan keselamatan yang berribu jumlahnya.
Operasi seperti ini, bukan sahaja melibatkan masa dan perancangan, juga melibatkan kos yang tinggi, memandangkan panjangnya kawasan pantai yang meliputi 1,400km.
Meskipun, operasi, aset, pasukan tentera yang terlibat cukup ramai, namun usaha kecil-kecilan pihak penjenayah terutama kegiatan pencolekan masih berterusan. Kes penculikan terkini berlaku semalam, di daerah Kunak Sabah; penculikan kali ke tiga sehingga jun ini.
Disebabkan penculikan masih berlaku, biasanya pihak ketenteraan akan menambah aset atau anggota untuk mempergiat operasi; dan sudah tentunya memerlukan tambahan kos. Operasi seperti ini, akan terus berjalan, sehingga bila-bila masa, tanpa batas waktu; atas sebab, pihak penculik telah menjadikan tindakan penculikan sebagai bisnes baru yang menguntungkan. Atas sebab itu; menghapuskannya adalah sesuatu yang sukar dilakukan.
Soviet Union semasa menyerang Afghanistan telah muflis, kerana cara operasi yang sama; Sementara itu Amerika dan sekutunya yang kini berada di Afghanistan juga mengalami keadaan yang sama-muflis; kerana operasi ketenteraan gagal mengawal serangan Taliban. Inilah yang akan berlaku pada Esszone/Esscom; kerajaan akan terus mengeluarkan kos menjaga keselamatan, namun menghapuskan penculikan; terlalu samar untuk dielakkan.
Minggu lepas, Menteri pertahan Dato Hishamuddin Hussien baru sahaja menamatkan lawatan di pantai Timur, hanya selang seminggu, lawatan itu dibalas dengan tindakan penculikan.
3 comments:
mesti tengah syok tengok bola tu yang jadi kes macam ni.
yang tersirat disebalik kes penculikan !
a] penculikan ini adalah satu taktik, taktik oleh dua pihak yang berkepnetingan,
peniaga dari Hong Kong, taiwan , china , datang ke semporna buat projek ternakan ikan, udang dan sebagainya , bukan sebulan dua bulan ..tapi mereka dah berbelas tahun berniaga disana, untung juta juta !
keuntungan semuanya dibawa balik Taiwan, China, Hong Kong ..satu sen pun tiada disedekahkan, disumbangkan kepada penduduk kampung .
adat menumpang dikampung orang, berbudilah sedikit, sekurang2nya bila raya korban sedekahlah lembu sekor dua ..sumbanglah sedikit utk surau, masjid penduduk kampung. itu tandanya sedar diri ..tanda kenang budi.
atau bantulah pihak JKKK apa yang patut, berilah sumbangan kepada penduduk setempat.
malangnya peniaga/pelabur dari luar ini jenis tak sedar diri, mereka sombong, ego, tamak dan haloba melampau.satu sen pun tidak memberi kepada penduduk kampung sejak dahulu!
aku sokong penculikan ini , pasal apa? sebab mereka memang harus disuruh keluar, beri peluang kepada penduduk pula berniaga dan menternak ikan, dengarilah luahan dan rasa terkilan penduduk kampung !
apabila cina2 ini sudah takut, mereka akan lari, penduduk kampung boleh gantikan mereka menternak ikan, orang kampung lebih afdal dan utama , para penternak ikan ini semuanya dari luar, bukan orang malaysia pun !
anom 21:22..aku sokong hujah yg bagus sekali...sepatutnya ternakan ikan itu dibuat olih rakyat tempatan..tapi olih kerana mereka ni miskin tak dapat jolok banyak sangat kat setan setan diatas tu..itu sebab lah cina cina kaya dari luar bolih ambil alih...sepatutnya pihak berkuasa kena tenguk benda ni..jgn tenguk duit saja.
Post a Comment