Latest News

Esok: Apakah Kerajaan PR Selangor Jatuh?

Untuk menjadi seorang Menteri Besar yang tidak akan berdepan dengan undi tidak percaya, calon itu perlu mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau sekurang-kurangnya 29 wakil rakyat daripada 56 keseluruhannya.

Semua sedia maklum Pas berang dengan Anwar kerana tidak berbincang dengan mereka sebelum 'pelan strategik' Kajang Move yang Anwar dilakukan. Malah dari dulu lagi kita mendengar ada pemimpin Pas yang mengatakan calon mereka lebih layak menjadi menteri besar atas alasan mereka mempunyai kerusi yang lebih banyak daripada PKR.

Kalau Pas mahu menawarkan ahlinya untuk menjadi calon menteri besar, ADUN terpaksa mengadakan pengundian untuk menentukan sokongan kepada calon menteri besar daripada Pas. Kalau ini terjadi maka satu senario yang menarik akan berlaku.

Bayangkan jika semua 12 wakil rakyat BN tidak mengundi calon menteri besar dan ditambah dengan 15 ADUN Pas, maka jumlah ahli yang menentang pencalonan yang pro Anwar ialah 27 ahli.

Hanya kurang dua kerusi untuk menidakkan Menteri Besar pilihan Anwar. Dalam keadaan ini Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mengundi menyokong penggantinya yang ditentukan Anwar, maka kedudukan akan menjadi seri 28-28. Kalau ada lagi seorang ADUN daripada pakatan pembangkang yang tidak sebulu dengan Anwar dan tidak mahu pilihan Anwar menjadi menteri besar dan tidak menyokong, maka impian Anwar untuk mengganti Menteri Besar Selangor dengan pilihannya akan berkecai.

Persoalannya apakah akan ada ADUN daripada PKR dan DAP yang berani membuat perubahan? Ingat, politik Selangor tidak pernah sunyi daripada kontroversi! 

4 Responses to "Esok: Apakah Kerajaan PR Selangor Jatuh?"

kutoOobambOo said...

pilihan di tangan anda

salam kutoo kembali dengan contest terbaru disini http://kutooobamboo.blogspot.com/2014/06/contest-kisah-di-bulan-puasa-jom.html

berasiam said...

dulu2 pas selalu kutuk umno yang lebih banyak kerusi di PP tapi ketua menteri diberi kepada gerakan. di selangor sekarang, mereka pun sama. kata dulang paku serpih betul. kalau pkr boleh main tukar mb sesama sendiri, memang keadaan pas selangor lebih teruk daripada umno pp ketika dahulu. tapi sebab umno selangor meneruskan tradisi mangkuk, pas boleh senyum lebar walau apa pun yang berlaku

Anonymous said...

Tolong bagi 1 sumbangan PAS pada umat Melayu Islam dan negara Malaysia...

Johan said...

apapun, politik dimalaysia agak menarik :)

Blog Archive