Latest News

DYMM Sultan Perak Sultan Azlan Shah Mangkat

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, tengah hari tadi. 

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi. 

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda. 

Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM.

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini. 

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.

Belangsungkawa

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah

- Almarhum baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak
- Anak kepada Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
- Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesembilan
- 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan Almarhum baginda sebagai Raja Muda Perak
- 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34 
- 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi

Pendidikan
- Government English School, Batu Gajah (kini SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah) 
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom pada tahun 1953
- 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn

Kerjaya
- Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
- Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen
- Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
- Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
- Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
- Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
- 1965 Almarhum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sekali gus menjadi hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel pada usia 37 tahun.
- 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
- 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
- 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara kelima menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara

Sumbangan
- Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
- Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986 hingga Mei 2014
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986
- Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999

Sukan
- Almarhun baginda Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
- Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
- Presiden Hoki Asia
- Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
- Membina Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983.
- Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.

27 Responses to "DYMM Sultan Perak Sultan Azlan Shah Mangkat"

Anonymous said...

Alhamdulillah, Si bangsat ini lah yang menjatuhkan kerajaan PAS Perak.

Anonymous said...

Kat akhirat lu merangkak ler cari dia..lol

Anonymous said...

beza pendapat tu boleh cuma kena tengok pada keadaan. Sayangnya dalam semua keadaan kita letak untuk berpolitik. Kalau ya pun seseorang tu ada buat salah, hukuman tetap ada. Sedangkan Nabi sendiri hormat pada jenazah Yahudi takkan sesama Islam kita tak boleh hormat..

Anonymous said...

Anon 16.57..apa punya sengal kau ni cakap mcm org tak da agama atau pun kau ni bukan Islam. Tu lah lain kali pergi belajar agama dgn guru2 agama yg betul..bukan dok dengar ceramah politik ustz pas je jadi camni lah. Bila ditimpa musibah seperti kematian begini maka sebutlah Innalillah wainna ilaihi rojiun dan doakan kebaikan untuk yg meninggal tu.
Lagi satu, bila masa pas bentuk kerajaan di perak?..2008 tu nizar lambai jadi mb sbb perlembagaan negeri tidak membolehkan org bukan Islam jadi mb..so jadilah dia.mb yg di tindik hidung oleh dap. Kerajaan tu jatuh tak da kena mengena dgn Almarhum Sultan Azlan sebab dia tak paksa pun 3 adun tu keluar pkr dan dap jadi bebas sokong BN. So nasihat saya balik belajar agama elok2 dan baca sejarah betul2. Moga Allah berikan kamu hidayah...

Anonymous said...

Anon 16.57,

May you, your family and your political party rot in HELL. Amen

I am so glad that PAS and PKR government collapsed in Perak. Long live the Malays and Malay Sultanate.

Anonymous said...

Innalillahi wainna ilaihi ra jiun.

Anonymous said...

Akhirnya mampos jugak...

Anonymous said...

Anon 16:57 and 19:59 - berhentilah jadi seorang Melayu kalau anda begitu kurang ajar dan biadap kepada Raja Melayu! Sengal!

Eloklah juga anda membantu calun DAP di Teluk Intan, tapi selepas itu jangan pijak lagi tanah Perak dan bumi Melayu ini!

Anonymous said...

Adun PKR dan DAP keluar parti tiada kena mengena dengan Sultan Azlan. Mereka keluar sendiri.

Anonymous said...

Jgn nak cakapkan hal org lain..sedar la diri sendiri tu dulu..pahala sebanyak mana???kebaikkan setinggi mana???setidaknya kita tau cara kematiannya mcm mana..bukan main cakap je..taubat nasuha la..masyaallah...tak tau bersyukur duduk di atas bumi yg aman damai..

musram rakunman said...

Yakinlah pemberi komen menghina DYMM baginda, bukan sejenis manusia yang diutus Allah di muka bumi ini, melainkan seorang manusia yang sejajar dengan iblis. Iblis akan menyesatkan manusia sehingga hari kiamat.

Syahrizan Zainan said...

Biadap

Anonymous said...

Betul2 saya sokong....banyak golongan Muslim munafik akan muncul di akhir zaman ini...Islam diluar tetapi didalam diri penuh kebencian kpd Islam Dan pemimpin Islam...Mari bersama bangkit serang golongan tentera dajal ini

Anonymous said...

Biadap punya org...tak tahu menghormati jenazah

Anonymous said...

Istighfar...yg meinggal ttp meninggal...doa yg terbaik...biar Allah yg menilai...doa bukan maki..islam tak mengajar cara begitu...malu lah pada Allah...

anon 16:57 bodoh said...

seluruh rakyat perak bersyukur atas pertolongan almarhum sultan tu, kalau x mmg rosaklah perak dibawah pas. namanya je bawah pas, tp mastermind nya dap. sampah sungguh. bodoh tahap piang.

Anonymous said...

Kurang ajar sungguh kpd yg menghina almarhum baginda.... al fatihah kepada Almarhum Sultan Azlan..

X tau apa nk jadi pd bangsaku...kematian pon hendak dipolitikkan... terlalu taksub..yakinkah kamu bahwa pihak yg lagi 1 akan mempertahankan dn memperjuangkan hak bangsa? Sekarang pon dh ketinggalan...kalau diberi peluang nnt...x tau mana letaknya..

Anonymous said...

bapak borek, anak rintik.sama2 kurang ajar.dari pemimpin pas hingga balaci dia.semua nk politik.bodoh sungguh bangsa melayu camni.

Anonymous said...

Sebb lu tak mampos lagi la

Anonymous said...

Hormat ler jenazah. Dia da meninggal. Kita doakan yg terbaik. Xkn org da meninggal pon nk kaitkan dgn hal dunia? Allah kn Maha Adil.

Anonymous said...

Politik is politik...ni kematian...soal kematian jgn campur gaul dlm politik...doakanlah yg terbaik utk Almarhum Sultan Azlan...smga rohnya dicucuri rahmat...sy beranggapan org yg menghina kematian Almarhum ni bukan seorg Islam...sbb Islam xpernah mengajar umatnya menghina kematian seseorg walaupun simati bukannya Islam...wallahualam...

Anonymous said...

mana korang tau dia x ada kaitan dgn politik perak.. kalo x tau jgn komen..jangan mudah menghukum orang bila nampak dia bg komen negatif.. asal negatif je korang hukum dia x tau agama.. mungkin dia tau kisah yg sebenar la dia berani komen.. korang tau apa.. moga Allah lindungi Perak dari pemerintah yg batil lagi..

Anonymous said...

sudah!!!!!!!!!!!!!!! jangan bergaduh, Sultan dah mangkat pun kau orang nak bergaduh, x kira apa dia buat , dia tetap seorang sultan , ketua agama dan ketua negeri, sebagai khalifah dia juga manusia, x lepas dari salah dan khilaf, tapi dia juga banyak jasanya , sebagai peguam, hakim , pemerintah , pendidik ,

maka kalau kamu semua nak menghukum seseorang, mulakan dengan diri sendiri dahulu,,

jangan menzalimi orang yang sudah pergi, kerana orang itu pun semasa hayatnya x pernah pun menzalimi kamu , pernah ke almarhum belah perut kamu sekeluarga kerana seulas nangka, atau paksa adik atau keluarga kamu menjadi gundik raja, atau masukkan kamu di dalam kandang binatang kerana mencuri,

Pernahkah!!!!!!!!!!

Ingatlah dia tetap manusia , tak perlu kita puja2 dia tapi tak perlu mengata, kerana kita sendiri tak tahu nasib kita di tanah!!!

Kepada Allah kita berserah
"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)

Kg. Kepayang, Fair Park / JDT

ziqrith wesker said...

Al-fatihah for Sultan Azlan Shah. Stop humiliating Sultan. Why are you people! Please give some respect..

Anonymous said...

Innalillah....Allah Maha Tahu, Mudahan-mudah Allah berbicara lembut dengannya ketika di hujung nyawa.Apa yang berlaku di Perak Mac 2009 tu adalah kegilaan kuasa Najib selaku pengerusi Umno Perak ketika itu... Almarhum Sultan tidak boleh melakukan apa-apa kerana kuasanya dikecilkan oleh bekas PM, Tun Mahathir. Semoga roh almarhum dicucuri rahmat, Al-Fatihah

Anonymous said...

Org yang dah tiada x perlu la.ungkit segala keburukannya..cuba salah ahli keluarga meninggal ke ape..then org bercakap tntg keburukan si mati..msti sakit ati kan..tlg jgn kaitkn lg isu politik yg xde kesudahan dgn org yg dah tiada..cuma igtlah almarhum tu sbg sultan yg penah memerintah..let by gone be by gone..kita ni nama he islam..tp bercakap td menunjukkn nilai yg baik..tlg la..bukak minda..positifkan diri..hmmm

Al-fatihah wat almarhum sultan azlan shah

Anonymous said...

Dalam islam tak ada ajaran untk mndoakn kcelkaan org lain...

Blog Archive